BTC USD 81,605.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang. ZLNG, kini dalam pembinaan, dijangka mula beroperasi pada separuh kedua 2027. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerjasama ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam mencapai matlamat pembangunan jangka panjang Sabah, yang termasuk menggalakkan pertumbuhan industri, meningkatkan keselamatan tenaga dan mewujudkan peluang baharu untuk memacu kemajuan negeri. “Melalui pelaburan strategik seperti ZLNG...
Keuntungan Bersih Ancom Nylex Turun Kepada RM63.49 Juta Untuk Tahun Kewangan 2025
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Ancom Nylex Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 (TK2025) susut kepada RM63.49 juta berbanding RM81.47 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024. Hasil turun kepada RM1.87 bilion daripada RM1.99 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Ancom berkata hasil lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh sumbangan berkurangan daripada segmen bahan kimia industri disebabkan oleh harga dan volum jualan lebih rendah, manakala keuntungan bersih lebih rendah pula kebanyakannya disebabkan oleh kos pengangkutan tinggi dan turun naik pertukaran mata wang asing (forex). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Datuk Lee...
Brahim's Optimis Terhadap Pelanggan Baharu, Pengembangan Halal Di Peringkat Global
Pengerusi Eksekutif Brahim's Holding Bhd, Datuk Seri Ibrahim Ahmad BANGI, 17 Julai (Bernama) -- Brahim's Holdings Bhd sedang membina semula perniagaan katering penerbangan dan mengembangkan kehadirannya dalam segmen makanan halal global, kata Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Ibrahim Ahmad. Bercakap kepada pemberita semasa sambutan ulang tahun ke-37 syarikat itu di sini hari ini, beliau berkata lebih ramai pelanggan telah menyambung semula perkhidmatan dengan syarikat itu termasuk syarikat penerbangan baharu. "Pada Februari lepas, kira-kira separuh daripada 37 pelanggan dari syarikat penerbangan kembali mendapatkan perkhidmatan Brahim’s. Hari ini, lebih ramai telah kembali, dua syarikat baharu telah menyertai kami. “Antaranya ialah...
Unit Pelabuhan Bintulu Tegaskan Komitmen Perkukuh Operasi Tenaga Luar Pesisir
Bintulu Port KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Bintulu Port Holdings Bhd (Bintulu Port), Borneo Oil and Gas Supply Base Sdn Bhd (BOGSB) menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh operasi tenaga luar pesisir melalui pembangunan infrastruktur strategik dan perkhidmatan bersepadu. Menurut kenyataan Bintulu Port, komitmen berkenaan ditegaskan menerusi penyertaan BOGSB dalam Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 yang diadakan dari Selasa hingga hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini. “Acara itu menyediakan platform untuk perbincangan bermakna bersama pihak berkepentingan industri sekali gus memupuk potensi kerjasama bagi memacu sektor tenaga Sarawak ke hadapan. “Sebagai satu-satunya pangkalan bekalan...
Sektor Hartanah Malaysia Tumbuh Kukuh Pada Separuh Pertama 2025 – Knight Frank
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia. Dalam laporan Sorotan Hartanah bagi Separuh Pertama 2025 yang merangkumi segmen perindustrian, pejabat, runcit, hospitaliti dan kediaman, Knight Frank Malaysia berkata pasaran juga telah memaparkan tanda-tanda kestabilan meskipun dalam senario ketidaktentuan global. Sektor Industri Mengikut laporan itu, sektor industri terus berkembang, dipacu oleh pelaburan pusat data berjumlah RM163.6 bilion pada 2024 serta disokong oleh infrastruktur strategik...
Petronas Perkukuh Kerjasama Di Sabah, Meterai Perjanjian Ekuiti Dengan SMJ Energy
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd. PFLNG 3 Sdn Bhd merupakan syarikat projek yang membangunkan kemudahan pengeluaran gas asli cecair (LNG) terapung berasaskan darat yang akan dibina di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang, Sabah. “Pengambilalihan ekuiti yang dicadangkan akan dilaksanakan menerusi perjanjian muktamad yang bakal dimeterai selepas HoA,” kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Petronas, HoA tersebut menandakan satu langkah...
Harga Kediaman Di Johor Bahru Meningkat Selepas Pelancaran JS-SEZ - JLL Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Harga hartanah kediaman di Johor Bahru telah melonjak pada suku kedua 2025 (S2 2025), didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih kukuh untuk hartanah mewah berikutan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Pengarah Urusan Perunding Hartanah JLL Malaysia Jamie Tan berkata purata harga urus niaga untuk pangsapuri servis melonjak sebanyak 20.4 peratus berbanding purata tahunan pada 2024, manakala rumah teres dua tingkat menyaksikan peningkatan kira-kira 8.6 peratus dalam tempoh sama. Beliau berkata pertumbuhan harga itu disokong oleh minat daripada pembeli tempatan dan serantau, penambahbaikan infrastruktur bandar yang berterusan dan kesan limpahan JS-SEZ. “Peningkatan infrastruktur...
AmBank Group Unjur KDNK Malaysia Pada Empat Peratus Bagi Suku Kedua 2025
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group)  menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh sederhana kira-kira empat peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2025, dengan disokong oleh aktiviti ekonomi yang dilaksanakan lebih awal, sekali gus memberi manfaat kepada sektor luar. Ketua Ahli Ekonomi Firdaos Rosli berkata momentum pertumbuhan pada suku pertama 2025 dilihat menurun pada suku kedua disebabkan pengeluaran perindustrian yang lemah. "Kami mengunjurkan KDNK suku kedua akan sedikit menyusut, terutamanya disebabkan penurunan indeks pengeluaran perindustrian (IPP). Bagaimanapun, secara keseluruhannya, pertumbuhan dijangka kekal pada lingkungan empat peratus," katanya kepada pemberita...
Ringgit, Ekuiti Asia Bakal Raih Manfaat Susulan Jangkaan Dolar AS Terus Lemah - Stanchart
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank. Ahli Strategis Pelaburan Kanan Yap Fook Hien berkata bank itu juga tidak menjangkakan dolar AS akan pulih dalam masa terdekat selepas mengambil kira sebahagian besar faktor kelemahannya. “Kami berpendapat dolar AS akan lemah bagi tempoh 12 bulan akan datang berikutan faktor kitarannya, malah dijangka terus rendah seiring dengan sasaran kami bahawa Indeks Dolar AS akan susut kepada 96 mata. “Namun, pada masa sama, adalah penting untuk menyatakan bahawa...
Tingkat Pelaburan R&D Kunci Jadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi, Berdaya Saing
Chang Lih Kang KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah kunci untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Menterinya Chang Lih Kang berkata MOSTI komited untuk memperkukuh ekosistem R&D negara dengan memastikan hasil penyelidikan tidak hanya kekal berada di makmal tetapi dapat diterjemahkan menjadi satu penyelesaian yang nyata. “Penyelesaian ini seterusnya akan memberi impak kepada rakyat, memperkukuh industri tempatan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi berteraskan inovasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Chang berkata walaupun pelaburan negara dalam R&D...
Pembaharuan Struktur Jangka Panjang Perlu Bagi Tangani Kos Sara Hidup - Ahli Ekonomi
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank Firdaos Rosli KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih holistik dan berpandangan jauh ke hadapan bagi mengurus kenaikan kos sara hidup, melebihi sokongan fiskal jangka pendek, kata Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank Firdaos Rosli. Beliau berkata pemindahan tunai kekal sebagai langkah jangka pendek yang berkesan dan ia boleh mengurangkan kos sara hidup dengan serta-merta. “Ia berkesan dan mudah untuk dilaksanakan. Tetapi ini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Untuk membina daya tahan jangka panjang, kita memerlukan strategi ekonomi yang mampan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi panel Forum Ekonomi Malaysia 2025 di sini hari ini. Firdaos...
Peluang Malaysia 55 Peratus Untuk Kurangkan Tarif AS Kepada 15-19 Peratus - Apex Securities
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd. Menurut firma pembrokeran saham itu, perjanjian perdagangan AS-Indonesia baru-baru ini, yang menyaksikan tarif dikurangkan kepada 19 peratus daripada 32 peratus adalah isyarat yang memberangsangkan untuk Malaysia. Keadaan ini menyokong pandangan bahawa Washington masih terbuka kepada rundingan sekiranya menawarkan konsesi yang bermakna, katanya. Selepas Laporan Anggaran Perdagangan Nasional 2025 oleh Wakil Perdagangan AS mengenal pasti beberapa...
Kontrak Pusat Data RM10 Bilion Dijangka Diraih Walaupun AS Mungkin Hadkan Eksport Cip AI
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menganggarkan nilai kontrak pusat data berjumlah RM10 bilion akan diterima tidak lama lagi walaupun Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan mengehadkan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia. Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank IB berkata tender berkenaan melibatkan empat projek pusat data dengan kapasiti gabungan kira-kira 500 megawatt (MW) -- dua projek oleh Eco World Development Group Bhd (ECW) dan dua lagi oleh Sime Darby Property Bhd (SDPR) -- yang akan disewakan kepada Pearl Computing, syarikat yang disokong oleh syarikat gergasi enjin carian AS. “Dengan menggunakan penanda aras RM20 juta/MW, kami menganggarkan projek bernilai kira-kira...
ICents Group Sasar Pertumbuhan Pendapatan 10 Peratus Pada 2026
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus pada 2026, didorong oleh jangkaan sumbangan yang meningkat daripada operasi pembuatannya. Pengarah Urusannya, Ong Mum Fei berkata pengilangan kelengkapan bilik bersih dan produk berkaitan kumpulan menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan pendapatan dengan sumbangan dijangka meningkat berikutan syarikat meningkatkan pengeluaran dan memperluas kemudahannya. “Kami juga giat mendapatkan projek dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pada tahun ini, kami menjangka memperoleh lebih banyak projek pusat data walaupun kebanyakan pendapatan yang diiktiraf akan diperoleh pada 2027,” katanya pada sidang media selepas...
Tarif AS Boleh Seret Turun Pertumbuhan KDNK ASEAN-5 Kepada 1.5 Peratus Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN-5 dijangka turun kepada 3.0 peratus pada 2025 dan serendah 1.5 peratus pada 2026 sekiranya kesan kumulatif daripada tarif Amerika Syarikat (AS) berterusan, kata ahli ekonomi. Ahli Ekonomi Bloomberg bagi Asia Tenggara, Dr Tamara Mast Henderson berkata prestasi itu jauh lebih rendah berbanding angka pertumbuhan 4.5 peratus yang dicatatkan pada 2024. Beliau berkata kesan kumulatif itu meliputi kekurangan aliran pelaburan, eksport yang tidak memberangsangkan serta penurunan keyakinan perniagaan. ASEAN-5 meliputi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. “Lebih banyak kesan gangguan akan timbui daripada pelaburan pada 2025, manakala...
Program Kesedaran Kewangan i-Saraan Perkasa Generasi Muda
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying (tiga, kiri) pada Majlis Penyerahan Sumbangan KWSP i-Saraan Kepada Pelajar B40 Tanjong hari ini. GEORGE TOWN, 17 Julai (Bernama) -- Program i-Saraan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan inisiatif penting dalam memperkasakan generasi muda dengan ilmu dan kesedaran kewangan sejak awal. Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata skim itu bukan sekadar bertujuan membantu golongan bekerja sendiri seperti peniaga kecil, petani, nelayan dan suri rumah, malah kini turut dibuka kepada remaja seawal usia 14 tahun. “Langkah ini diambil bagi memupuk budaya menabung dan membina kesedaran pengurusan kewangan sejak usia muda agar generasi akan datang lebih bersedia dan...
Sarawak Tampil Sebagai Peneraju Tenaga Bersih Melalui IEW 2025
Kredit: International Energy Week (IEW) 2025 KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Minggu Tenaga Antarabangsa Keenam (IEW) 2025 yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak mengesahkan semula peranan pentingnya sebagai peneraju global dalam inovasi tenaga bersih di tengah-tengah peralihan dunia ke arah tenaga lestari. Diadakan di bawah tema "Dari Sarawak ke Dunia: Perjalanan ke arah Kepimpinan Tenaga Bersih", IEW 2025 mempamerkan hala tuju negeri tersebut bagi menerajui peralihan tenaga di seluruh rantau Asia Pasifik dan seterusnya. Informa Markets Malaysia melalui satu kenyataan hari ini memberitahu acara berprestij itu dibuka secara rasmi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Antara tetamu...
ASSAR Umum Dividen Akhir 3.0 Sen Seunit
KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengagihan kali kedua selepas pengagihan interim pada Januari lepas akan melibatkan pembayaran sebanyak RM14.52 juta kepada 57,870 pelabur, dikira berdasarkan baki pegangan unit pada 30 Jun 2025. “Jumlah keseluruhan pulangan dividen ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah sebanyak 6.0 sen seunit, iaitu dividen interim 3.0 sen seunit ditambah dengan dividen akhir 3.0 sen seunit, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM28.76 juta,” katanya semasa mengumumkan pengagihan dividen itu di sini. Abang Johari berkata...
Greenyield Jual Tanah Industri Di Selangor Pada RM8 Juta
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta. Menurut syarikat agroteknologi itu, penjualan tanah seluas 10,660 meter persegi itu yang dimiliki oleh anak syarikat milik penuh, Greenyield Industries (M) Sdn Bhd (GISB) adalah sebahagian daripada strategi kumpulan untuk mengoptimumkan gabungan asetnya serta mengewangkan dan merealisasikan nilai simpanan tanahnya. “Hasil daripada penjualan tersebut akan digunakan oleh kumpulan sebagai rizab dan menambah baik tahap kadar hutang serta nisbah semasa berikutan rizab yang meningkat,” katanya dalam makluman...
MAA Gesa Dasar Lebih Konsisten Di Bawah RMK-13 Untuk Tingkat Industri Automotif
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa dasar yang lebih konsisten dan telus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk memastikan daya saing jangka panjang industri automotif Malaysia, khususnya ketika peralihan kepada kenderaan elektrik dan hijau. Presiden MAA Mohd Shamsor Mohd Zain berkata dasar yang konsisten penting bagi pengeluar peralatan asal (OEM) untuk melabur dan merancang dengan lebih berkesan. “Saya fikir rancangan yang sedang dikaji kerajaan dari segi tenaga hijau baharu dan sebagainya adalah sesuatu yang dinanti-nantikan sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju tenaga negara. "Dari segi pertumbuhan negara, kita perlu meningkatkan teknologi dan pelaksanaan kita. (Oleh...
Back
Top
Log in Register