BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Usaha Rapatkan Jurang Digital Penting Untuk Sokong Pertumbuhan Inklusif Logistik Sabah
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Sektor logistik dan perdagangan Sabah hanya boleh berkembang maju sekiranya usaha untuk mendigitalkan industri dipadankan dengan sokongan padu terhadap perniagaan kecil dan komuniti luar bandar, kata seorang pakar logistik serantau. Bekas presiden Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah (CILT) Malaysia dan naib presiden CILT Antarabangsa bagi Asia Tenggara Datuk Dr Ramli Amir berkata walaupun berlaku kemajuan digital dalam infrastruktur pelabuhan dan perancangan logistik, namun banyak bahagian di Sabah masih belum terhubung secara digital. "Kita perlu memastikan usaha pendigitalan tidak menyebabkan jurang pembangunan semakin melebar. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan...
UOB Malaysia Raih Tiga Anugerah Utama, Perkukuh Kedudukan Bank Asing Terkemuka
Kredit: UOB Malaysia KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- UOB Malaysia meraih tiga anugerah berprestij sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai bank asing terkemuka di negara ini. Bank itu berkata, pada Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2025, bank ini dinobatkan sebagai Bank Terbaik untuk Pengguna di bawah Kategori Perbankan. Selain itu, pada Anugerah FinanceAsia Tahunan ke-29 2025 – Asia Tenggara, UOB Malaysia diiktiraf sebagai Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik dalam kategori Malaysia antarabangsa. “Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen berterusan UOB Malaysia terhadap kecemerlangan perbankan, kemampanan dan inovasi yang berpusatkan pelanggan. "Pengiktirafan Euromoney menandakan pencapaian penting untuk francais perbankan...
Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM16.59 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.53 bilion dalam dana Islam. Hari ini, BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik terdiri daripada RM3.2 bilion untuk tujuh hari, satu repo berbalik Islam sebanyak RM200 juta bagi tujuh hari dan satu tender repo berbalik semalaman berjumlah RM4 bilion untuk sehari. Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga...
Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada US$120.9 Bilion
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025. Menerusi kenyataannya hari ini, BNM berkata angka itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab ini adalah rizab pertukaran asing (US$107.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) serta aset rizab lain (US$2.3 bilion). Jumlah aset sebanyak RM613.13 bilion yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR...
Data, Pendigitalan Penting Dalam Manfaatkan Potensi Perdagangan Sabah
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Data dan pendigitalan menjadi alat yang penting dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan dan logistik Sabah, kata seorang pakar logistik. Bekas Presiden Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia merangkap Naib Presiden CILT International bagi Asia Tenggara Datuk Dr Ramli Amir berkata transformasi digital termasuk pembangunan platform data logistik berpusat adalah penting bagi memastikan Sabah kekal berdaya saing di peringkat serantau dan global. “Tanpa data, kita tidak dapat merancang, menyelaras dan mengoptimumkan operasi. “Data membolehkan kita menilai prestasi dan mengenal pasti jurang, sama ada dalam operasi pelabuhan, sambungan darat mahupun prosedur...
Tarif: IPA Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Pastikan Industri Tempatan Tidak Terjejas - Tengku Zafrul
Foto Ilustrasi REUTERS/Dado Ruvic/REUTERS KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penubuhan Majlis Pemandu Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan berperanan memantau, menilai dan menyelaras tindak balas terhadap perubahan landskap perdagangan global, kejutan tarif dan halangan bukan tarif. “Usaha ini bertujuan memastikan industri strategik dan ekonomi negara kekal berdaya tahan selain mampu bersaing dalam persekitaran global yang semakin mencabar dan...
Inflasi Malaysia Naik Perlahan Kepada 1.1 Peratus Pada Jun 2025
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.1 peratus pada Jun 2025 dengan indeks mencatatkan 134.5 mata berbanding 133.0 pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun 2025 oleh jabatan itu, penurunan juga dapat disaksikan pada Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan, yang mencatatkan penyusutan negatif 3.6 peratus pada Mei 2025. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 59.2 peratus barangan, iaitu 339 daripada 573 item, mencatatkan kenaikan harga. “Bagaimanapun, daripada jumlah itu, sebanyak 329 item (97.1 peratus) mencatatkan kenaikan kurang atau sama dengan 10...
Kerangka Kerja Pusat Data  Akan Pastikan Penyelarasan Dasar Dan Pembangunan - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berucap ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kuala Lumpur Control & Command Centre (KLCCC) hari ini. KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerangka Kerja Pusat Data yang akan dibangunkan oleh Kementerian Digital menerusi Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) akan memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan pusat data diselaras secara menyeluruh. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kerangka yang akan dilancarkan menjelang bulan Oktober 2025 itu akan menilai aspek kepentingan pusat data dalam menyediakan penyelesaian kepada isu berkaitan integrasi data yang diperlukan. "DCTF itu adalah satu committee (jawatankuasa) di mana kita hendak bawa bersama aspek-aspek yang berkaitan apabila kita menerima...
BCX, UEM Lestra Meterai MoC Untuk Lelongan Pertama CRESS
Kredit : Bursa Malaysia KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS). MoC itu ditandatangani pada majlis dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Datuk Fad’l Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Lestra Bhd Harman Faiz Habib Muhamad. Fad’l berkata MoC itu memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan korporat ke arah amalan yang lebih hijau. “Paling ketara, kami berbuat demikian dengan mengukuhkan piawaian...
239,053 Pekebun Kecil Terima Manfaat IPG Bernilai RM523.4 Juta Sehingga Jun 2025
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah memberi maanfaat kepada 239,053 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM523.4 juta sejak pelaksanaannya dari September 2015 hingga 30 Jun 2025, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Katanya IPG dilaksanakan untuk menjamin kebajikan pekebun kecil getah agar masih memperoleh pendapatan yang wajar apabila harga getah jatuh di bawah Paras Harga Pengaktifan (PHP). “Bermula tahun 2024, PHP IPG telah dinaikkan kepada RM3.00 sekilogram,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam. KPK menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung langkah strategik kementerian dalam memastikan harga getah kekal...
RMK-13 Sasar Pertingkat Daya Saing Malaysia Menerusi Pembuatan Bernilai Tinggi - Ahli Ekonomi
Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff Oleh Anas Abu Hassan dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dijangka meningkatkan daya saing Malaysia dengan mempromosikan pembuatan bernilai tinggi menerusi dasar mesra perniagaan dan pelabur, kata ahli ekonomi. Profesor Madya Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata RMK-13, berfungsi sebagai pelan indikatif dari 2026 hingga 2030 akan membantu merangsang pelaburan domestik dan asing melalui pembaharuan dasar dan insentif. “RMK-13 boleh meletakkan Malaysia sebagai peneraju dengan memanfaatkan kekuatan sedia ada dalam pembuatan dan semikonduktor, memacu integrasi serantau menerusi rangka kerja ASEAN dan menerima pakai...
Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan
Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat. Rundingan berterusan antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), kadar fret yang agak tidak berubah dan ketegangan geopolitik yang menjejaskan laluan maritim, membayangi prestasi sektor itu. Walaupun begitu, semasa tempoh tersebut pelabuhan tetap menunjukkan prestasi yang positif, merekodkan peningkatan dalam jumlah pengendalian kargo. Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA) Mohamed Safwan Othman berkata...
Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US
Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan. Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.2230/2450 berbanding dolar US daripada 4.2320/2365 ketika ditutup semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beliau menjangkakan ringgit akan mengekalkan prestasi positifnya hari ini, bagaimanapun ketidaktentuan tarif AS akan terus menjejaskan sentimen pasaran. Petunjuk daripada pegawai AS tidak menentu dan tidak menyakinkan, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent menunjukkan...
Kerangka Kerja Pusat Data Mampan Dijangka Diperkenal Oktober Ini
(Kredit: Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz X) KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerangka Kerja Pusat Data yang mampan dijangka diperkenalkan pada Oktober ini, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Menerusi satu hantaran di platform X malam ini, beliau berkata kerangka tersebut akan diletakkan di bawah Kementerian Digital, yang antara lain akan menyaksikan koordinasi strategik bersama semua agensi berkaitan dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembangunan pusat data. Tengku Zafrul berkata persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) 2025, yang dipengerusikan bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini. "Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia...
Cahya Mata Beri Kontrak Bina Kemudahan Klinker Bernilai RM673 Juta Kepada Sinoma
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Unit Cahya Mata Sarawak Bhd, iaitu Cahya Mata Cement Sdn Bhd telah menganugerahkan kontrak bernilai RM673 juta kepada Sinoma Industry Engineering (M) Sdn Bhd, untuk membina barisan pengeluaran klinker baharu 6,000 tan sehari di Loji Bersepadu Mambong di Kuching. Cahya Mata dalam maklumat kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek itu dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran klinker anak syarikatnya lebih dua kali ganda daripada 900,000 tan kepada 1.9 juta tan. “Ia juga akan meningkatkan kecekapan kos kumpulan dan menghapuskan keperluan import klinker pada masa depan, yang akan mengurangkan kesan karbon dengan ketara dalam pengeluaran simen syarikat. “Projek itu akan bermula pada Ogos 2025 dan...
CLMT Optimis Prospek Separuh Kedua, Namun Berhati-hati Impak SST, Tarif Tenaga Baharu
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas. Bagaimanapun, firma itu kekal berhati-hati terhadap potensi impak daripada semakan dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), serta caj tarif elektrik baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Ketua Pegawai Eksekutif CapitaLand Malaysia REIT Management Sdn Bhd (CMRM) merangkap Pengurus CLMT Yong Su-Lin berkata impak semakan SST terhadap kos operasi dijangka minimum, manakala cukai ke atas sewaan akan dipindahkan kepada penyewa. “SST kini dikenakan ke atas pajakan dan sewaan CLMT, namun kami boleh memindahkan cukai tersebut...
Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CLMT mencatatkan perolehan lebih tinggi pada suku kedua 2025 iaitu sebanyak RM115.73 juta daripada RM113.65 juta pada suku yang sama tahun lepas. Syarikat mengaitkan perolehan yang lebih tinggi ini daripada prestasi lebih baik seperti dicatatkan oleh kebanyakan hartanah dalam portfolio CLMT. Prestasi yang lebih baik diperoleh daripada hasil kenaikan sewa yang positif, peningkatan sewa bertahap serta pengiktirafan pendapatan sewa daripada Glenmarie Distribution Centre dan Senai Airport...
RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara
Lim Hui Ying KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara. Rang Undang-Undang itu dibentangkan bagi bacaan kali kedua dan ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. Beliau berkata RUUKP digubal bagi menangani kelompongan ketara dalam industri tidak dikawal selia khususnya perniagaan yang menyasarkan pengguna kredit rentan dan mudah terdedah kepada eksploitasi. RUUKP juga bertujuan menyeragamkan rangka kerja pengawalseliaan dalam landskap kredit pengguna ketika ini berbeza-beza di Malaysia. RUUKP 2025 telah diluluskan dengan sebulat suara selepas dibahaskan oleh 24 Ahli Parlimen. Di bawah RUUKP...
Tarif AS Terhadap Malaysia Boleh Dikurangkan Kepada 11-15 Peratus - CGS International
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International. Dalam nota penyelidikan hari ini katanya unjuran itu berdasarkan andaian bahawa Malaysia berjaya merundingkan perjanjian perdagangan dengan AS dan pengurangan tarif yang diberikan adalah setanding dengan yang diterima oleh Vietnam atau Indonesia. Tarif Vietnam dikurangkan daripada 46 peratus kepada 20 peratus manakala tarif Indonesia turut direndahkan daripada 32 peratus kepada 19 peratus. “Anggaran kami adalah kepada kadar yang lebih tinggi daripada julat ini...
SKP Akan Laksana Rangka Kerja Kawal Selia BNPL Secara Menyeluruh Dan Mampan - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan melaksanakan rangka kerja kawal selia bagi skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) secara menyeluruh dan mampan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang, sekali gus membawa kepada peningkatan muflis. Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata menerusi rangka kerja tersebut, syarikat-syarikat BNPL akan diwajibkan untuk melakukan penilaian kemampuan berhutang sebelum meluluskan pinjaman kepada pengguna kredit. “Penilaian tersebut amat penting untuk memastikan pengguna kredit mampu membayar balik wang yang dipinjam tanpa mengalami tekanan kewangan yang serius dan tidak terjerumus dalam perangkap...
Back
Top
Log in Register