BTC USD 81,700.1 Gold USD 4,138.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

MPOB Jangka Eksport Minyak Sawit Pulih Pada Separuh Kedua 2025
Oleh Shakir Husain NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama. “Dari segi permintaan terutamanya India adalah disebabkan keperluan untuk menambah semula stok bagi musim perayaan, harga minyak sawit yang menarik dan duti import yang lebih rendah ke atas minyak sayuran mentah,” kata Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir kepada Bernama. Ahmad Parveez berada di New Delhi minggu lalu untuk berucap pada persidangan anjuran Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA). Pada separuh pertama tahun ini, eksport minyak sawit dan produk berasaskan...
Proton International Corp Sasar Eksport 6,000 Unit Kenderaan Pada 2025
Ketua Pegawai Eksekutif PICSB Edmund Lim Meng Thong (KREDIT : PROTON) KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) --  Proton Holdings Bhd (Proton) menerusi anak syarikat milik penuhnya Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) menyasarkan untuk mengeksport sebanyak 6,000 unit kenderaan pada tahun ini. Proton dalam satu kenyataan di sini berkata, syarikat menyasarkan untuk menggandakan angka tersebut pada tahun depan dengan melebihi 10 kali ganda jumlah berkenaan menjelang 2030. Pada masa ini, katanya, syarikat mengeksport ke 19 negara termasuk Brunei, Fiji, Papua New Guinea, Trinidad & Tobago, Singapura, Bermuda, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Mauritius, Sri Lanka, Mesir, Iraq, Ghana, Angola, Kenya, Afrika Selatan, Mozambique dan Zimbabwe...
MBSB Jangka Pertumbuhan Ekonomi Berterusan Tetapi Rendah Pada 2025
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan berterusan pada 2025 walaupun pada kadar yang lebih perlahan berikutan Indeks Pelopor (IP) kekal mendatar pada Mei 2025, kata MBSB Investment Bank Bhd. Bank pelaburan itu dalam nota hari ini berkata trend jangka panjang yang lancar menunjukkan IP kekal di bawah ambang 100.0 mata pada Mei 2025, menandakan momentum pertumbuhan yang sederhana pada masa hadapan. IP adalah alat yang digunakan untuk memberikan petunjuk awal mengenai titik perubahan dalam kitaran perniagaan dan hala tuju ekonomi dalam jangka masa terdekat. “Walaupun ketidaktentuan luaran masih berterusan, ekonomi Malaysia akan terus disokong oleh penggunaan domestik yang berdaya tahan...
Bekalan Makanan Haiwan Peliharaan Di Malaysia Masih Stabil Meskipun Ketegangan Thai-Kemboja
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang masih berterusan tidak dijangka menjejaskan bekalan makanan haiwan peliharaan berasaskan tuna di Malaysia buat masa ini. Bagaimanapun, beberapa beberapa pemain industri melahirkan kebimbangan akan peningkatan kos dan potensi cabaran logistik sekiranya krisis itu semakin memburuk. Stanley Saw, pengarah urusan ABCO Asia Sdn Bhd, pengimport makanan haiwan peliharaan dan pengedar produk tuna dari Thailand dan Jepun, berkata persengketaan antara kedua-dua negara jiran itu tidak dijangka menjejaskan rantaian bekalan tuna, kerana aktiviti perikanan dan pertanian utama berpusat di Laut China Selatan. "Ini adalah kes terpencil, dan...
Loji Jana Kuasa CCGT Tangani Isu Ketidaktentuan Solar, Sokong Matlamat Sifar Bersih Negara
Ketua Jurutera Grid System Operator Malaysia Rofidah Mohamed - Kredit: Edra Power Holdings Sdn Bhd Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dijangka berperanan penting dalam menangani isu jurang grid kuasa dan ketidaktentuan tenaga solar, ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata seorang pakar. Ketua Jurutera Grid System Operator Malaysia Rofidah Mohamed berkata negara ini dikurniakan cahaya matahari yang banyak, membolehkan pengeluaran tenaga solar yang tinggi pada waktu siang dan mengurangkan kebergantungan kepada penjana konvensional. “Bagaimanapun, jika tiba-tiba hujan atau awan menutupi cahaya matahari...
IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Perak berharap lebih banyak sesi libat urus diadakan bagi memberikan penjelasan berterusan kepada penggiat industri berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada 1 Julai lepas. Timbalan Pengerusi FMM Perak Mark Chan Chow Loong berkata langkah itu penting memandangkan peluasaan skop SST membabitkan lebih 3,000 barangan tambahan sekali gus menimbulkan banyak persoalan teknikal dalam kalangan pengilang. “Seperti yang diketahui, peluasan SST ini baru sahaja diumumkan, oleh itu masih banyak syarikat atau pengilang yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai cara pelaksanaan serta impaknya terhadap kos pengeluaran. “Jadi, sesi ini sangat...
Pelan Hala Tuju Pasaran Modal SC Seiring Dengan Rancangan Malaysia Ke-13, NETR
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal 4 (CMP4) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan datang bakal seiring dengan keutamaan semasa negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan inisiatif kerajaan yang lain. Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata ia akan memberi momentum kepada mobilisasi modal untuk peralihan, penyesuaian dan pembiayaan daya tahan iklim. “Kami berharap untuk meningkatkan jumlah pelaburan hijau bagi menyokong peralihan tenaga kami dan membantu persiapan bagi masa depan yang lebih panas,” katanya ketika berucap pada Persidangan Eko-Perniagaan 2025 hari ini. Sebelum ini, Mohammad Faiz telah menekankan bahawa tahun ini, SC akan memulakan...
Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 4.2 Peratus Pada Jun 2025 - DoSM
Kredit : DOSM KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 4.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Jun 2025, selepas susut 3.6 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua sektor mencatatkan penurunan tahun ke tahun pada bulan lalu, dengan sektor perlombongan dan pembuatan menjadi penyumbang utama kepada trend negatif bagi keseluruhan indeks. Sektor perlombongan merosot 8.0 peratus selepas penyusutan 15 peratus pada Mei 2025, dipengaruhi oleh penurunan dalam indeks pengekstrakan gas asli (-12.0 peratus) dan pengekstrakan petroleum...
10,000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm Ltd - Amirudin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari SUBANG JAYA, 28 Julai (Bernama) -- Seramai 10,000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk semikonduktor dari United Kingdom, Arm Ltd dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata inisiatif itu menyasarkan sekitar 1,000 peserta setiap tahun, dengan kumpulan pertama seramai 400 jurutera telah mendaftar. “Jadi, jika kita melaksanakan sebanyak dua atau tiga kumpulan, kita boleh mencapai sasaran itu setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program latihan Arm On-Demand di sini hari ini. Program itu merupakan kerjasama strategik dengan Advanced...
MITI Sedia Kaji Insentif Bagi Pelabur KRC Guna Pelabuhan Di Pulau Pinang, Kuala Perlis
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis. Timbalan Menteri Liew Chin Tong berkata ini sebagai galakan kepada pelabur untuk merancakkan penggunaan pelabuhan, terutama bagi pelabur di sekitar Kedah Rubber City (KRC). “MITI bersedia mengkaji dan memberi cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memberi insentif atau pelbagai cara meningkatkan pelabuhan-pelabuhan tempatan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari...
Bank Negara Semak Semula Unjuran KDNK 2025 Pada 4.0-4.8 Peratus
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) --  Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula  unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. Menerusi kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata unjuran pertumbuhan terkini mengambil kira senario tarif yang pelbagai, merangkumi senario kemungkinan kenaikan tarif yang berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih menggalakkan. Unjuran itu akan terus bergantung pada ketidakpastian ekonomi global, sama ada pertumbuhan menjadi perlahan atau pesat. “Hasil rundingan perdagangan menggalakkan, dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju, permintaan berterusan...
Paydibs Peroleh Akses Langsung Sistem FPX Daripada PayNet
Kredit: Paydibs KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet. Dalam satu kenyataan, Paydibs berkata akses langsung ini membolehkan syarikat itu memproses transaksi FPX secara kendiri tanpa keperluan perantara, sekali gus menawarkan faedah seperti penyelesaian pembayaran yang lebih pantas, kecekapan kos yang lebih baik serta kawalan lebih besar kepada peniaga di seluruh negara. Ketua Pegawai Komersial Paydibs Tee Kean Kang berkata...
Pelaburan Infineon Kukuhkan Malaysia Sebagai Hab Semikonduktor Global, Cipta 1,500 Pekerjaan
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) --  Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi pelaburan RM30 bilion itu semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jerman, susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Infineon di sana. “Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion...
Megah Port Fokus Rancangan Kerjasama Baharu Di Festival Flora Borneo 2025
LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) memanfaatkan penyertaan dalam Festival Flora Borneo 2025 untuk menonjolkan keupayaan logistik maritim dan operasi pelabuhan Labuan, di samping menggariskan perancangan libat urus dengan agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum. Ketua Komunikasi Korporat MPM Annira Dulaab berkata syarikat itu berhasrat memperkukuh kedudukan Labuan sebagai hab maritim strategik melalui jalinan kerjasama dengan pihak berkepentingan awam dan swasta serta meningkatkan kesedaran terhadap peranan pelabuhan yang semakin berkembang merangkumi pengendalian kargo, perkhidmatan kapal, operasi kapal persiaran serta pembangunan infrastruktur. MPM merupakan antara lebih 30 pempamer di...
Xiaomi Buka Cawangan Utama Asia Tenggara Terbesar Di TRX Exchange
--fotoFB Xiaomi Malaysia KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia. Pengurus Negara Xiaomi Malaysia Eddie Huang berkata kedai baharu itu merupakan cawangan utama kedua jenama itu di negara ini dan susulan kejayaan kedai runcit pertamanya di pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara, Selangor. “Selepas kejayaan kedai runcit IPC Shopping Center, kami teruja untuk menyediakan pengalaman runcit yang lebih holistik kepada pelanggan kami dengan pembukaan cawangan kedua ini. "Kedai ini mencerminkan misi kami untuk menjadikan teknologi inovatif terkini boleh diakses oleh semua...
Kerajaan Persekutan Tekad Perkasa JS-SEZ - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas hari ini. MUAR, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)  dan melonjakkan pembangunan Johor sebagai pintu masuk strategik negara. Perdana Menteri berkata usaha mewujudkan JS-SEZ bukan sahaja akan mempercepatkan aliran pelaburan ke negeri itu, malah ia membina sinergi kukuh antara dua negara dari aspek pembangunan industri, tenaga kerja dan teknologi. “Saya sendiri telefon Perdana Menteri Singapura ketika itu dan runding. Kini dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence...
MCBA Minta Komuniti Perniagaan Malaysia Di Kemboja Bertenang Susulan Konflik Thailand-Kemboja
Presiden Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) Datuk Seri Ricky Yaw KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa komuniti perniagaan Malaysia yang beroperasi di Kemboja supaya bertenang dan mengambil langkah proaktif susulan ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand. Presiden MCBA Datuk Seri Ricky Yaw berkata persatuan itu kekal komited untuk menyokong ahlinya dengan maklumat dan panduan tepat dari semasa ke semasa bagi memastikan kesinambungan perniagaan dan kestabilan operasi. “Pembangunan perniagaan Malaysia yang lama bertapak di Kemboja dibina atas kepercayaan bersama, kestabilan dan kerjasama serantau. “Berikutan ketegangan di sempadan, kami menggesa komuniti perniagaan untuk...
Chitose Group Rancang Kendali Kemudahan Pengeluaran Mikroalga Seluas 10 Juta Hektar
Pameran Chitose Group's "ALGAL by Matsuri" di Ekspo 2025 Osaka Kansai (Kredit: Chitose Group). Oleh Christine Lim KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Chitose Group yang mengendalikan kemudahan pengeluaran mikroalga terbesar di dunia menggunakan fotobioreaktor jenis panel rata di Kuching, Sarawak menyasarkan untuk membangunkan 10 juta hektar ladang penanaman mikroalga berskala besar di Malaysia, Indonesia, India, Timur Tengah dan kawasan berpotensi lain menjelang 2050 meliputi saiz pasaran US$4.2 trilion (US$1=RM4.22). Pegawai Eksekutif Chitose Bio Evolution Pte Ltd (syarikat induk Chitose Group) Ryosuke Koike berkata Chitose Group dengan operasinya di Jepun, Singapura, Brunei, Thailand dan Vietnam merancang untuk menghasilkan...
Kerjasama NVIDIA-YTL Power Berupaya Jadikan Malaysia Hab, Pusat Kecemerlangan AI ASEAN
x.com/tzafrul_aziz KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Malaysia kini berada di landasan untuk muncul sebagai hab Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di ASEAN menerusi pemeteraian kerjasama antara Corporation dan YTL Power International Bhd. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pemeteraian itu bertujuan untuk membangunkan infrastruktur AI menggunakan tenaga hijau di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM10 bilion. “Projek mega ini meliputi pembangunan pusat data AI, penggunaan unit pemprosesan grafik (GPU) berkuasa NVIDIA, dan yang paling penting, penciptaan model bahasa raya (LLM) berdaulat Malaysia sendiri,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini. YTL Power...
Back
Top
Log in Register