BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Oleh Engku Shariful Azni and Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) – Pendidikan berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dengan menumpukan kepada pembelajaran berasaskan aplikasi merupakan komponen penting dalam usaha membina ekonomi bernilai tambah tinggi. Ahli-ahli ekonomi berkata strategi yang menfokuskan kepada kedua-dua bidang itu adalah sangat penting memandangkan minat terhadap STEM yang semakin merosot manakala Malaysia masih ketinggalan dalam bidang AI walaupun terdapat retorik yang sebaliknya. Menggalakkan pelajar mengembangkan minat dalam bidang STEM adalah penting untuk meningkatkan aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi dan mencapai matlamat yang...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai menyifatkan keputusan itu tepat pada masanya dan strategik, terutamanya dalam persekitaran perdagangan global semasa. “Meskipun penurunan enam mata peratusan itu dilihat kecil, ia memberi kesan pada pemain industri, terutamanya bagi sektor yang beroperasi dengan margin yang kecil atau mereka yang bersaing dalam rantaian bekalan yang sensitif dengan perubahan harga global. “FMM percaya kos tarif...
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini. “Pada Isnin, Tengku Zafrul akan memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai keputusan dalam isu tarif timbal balik ini,” katanya. Terdahulu, Tengku Zafrul dalam kenyataan berkata keputusan AS itu mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua...
Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan memberitahu Bernama bahawa tarif perdagangan pada kebiasaannya memberi kesan boleh diukur terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan baki fiskal 12 hingga 15 bulan selepas pelaksanaan. Bagaimanapun, beliau berkata tahap impaknya bergantung kepada respons kerajaan dan syarikat, bagi kes...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda stabil pada Julai dengan kadar penyederhanaan mereda ketika persekitaran permintaan pulih secara beransur-ansur, kata S&P Global. Ahli Ekonomi Risikan Pasaran S&P Global Usamah Bhatti berkata kalangan pengilang Malaysia mengalami tekanan lebih rendah dari segi persekitaran operasi pada awal separuh kedua 2025 dengan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) terkini menunjukkan sektor terbabit sedang ke arah stabil. “Pesanan baharu rendah sedikit berbanding Jun, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan jualan eksport yang pertama kalinya dalam tempoh lapan bulan. “Sehubungan itu, tahap pengeluaran dikurangkan pada kadar lebih perlahan,” katanya dalam nota...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Cypark Resources Bhd (Cypark) menerusi anak syarikat 51 peratus milik tidak langsungnya, Reviva BACRE (Ulu Remis) Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) untuk membangunkan kemudahan biogas 1.5 megawatt (MW) di Layang-Layang, Johor. Penyedia tenaga boleh ubah bersepadu dan penyelesaian alam sekitar itu berkata kelulusan tersebut diberikan mengikut program e-bidaan Tarif Galakan atau ‘Feed-in Tariff (FiT) SEDA 2025. “Projek dengan kapasiti eksport bersih sebanyak 1.3MW dijadualkan siap menjelang 25 Julai, 2028. “Selepas mendapat pentauliahan, ia akan membekalkan elektrik boleh ubah kepada grid kebangsaan selama 21 tahun di bawah mekanisme...
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia. Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif strategik itu akan diperluaskan ke bandar utama termasuk Kota Bharu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan usaha syarikat melibatkan perniagaan tempatan untuk turut serta dalam pertumbuhan dan transformasi rangkaian lapangan terbangnya. Sebagai sebahagian daripada transformasi strategiknya untuk meningkatkan prestasi operasi dan penyampaian perkhidmatan, Malaysia Airports...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Capsphere, platform pembiayaan rakan setara berasaskan aset pertama di Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk memperkenalkan produk pembiayaan baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Produk pembiayaan PKS tersebut disokong oleh jaminan kredit CGC Digital, direka bagi mengurangkan risiko kredit dan memperluas akses pendanaan bagi PKS yang layak. Dalam satu kenyataan hari ini, CGC berkata menerusi kerjasama itu PKS kini boleh memohon pembiayaan menerusi platform Capsphere dan mendapat manfaat daripada perkongsian kredit risiko yang disokong oleh CGC Digital. Penawaran itu...
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi. Menterinya, Anthony Loke berkata bermula hari ini, semua fungsi MAVCOM termasuk pengawalseliaan ekonomi kini dilaksanakan oleh CAAM. “Langkah strategik ini membuka lembaran baharu kepada sektor penerbangan Malaysia ke arah sistem kawal selia yang lebih efisien, responsif dan berpaksikan tadbir urus yang lebih baik selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik yang digariskan...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menetapkan visi transformasi struktur yang berani, keterangkuman sosial dan daya tahan terhadap iklim namun keberkesanannya bergantung kepada keazaman politik dan pelaksanaan yang berdisiplin, menurut Kenanga Investment Bank Bhd. Bank pelaburan itu menjelaskan tumpuan strategik kerajaan terhadap semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan pelancongan menunjukkan hasrat yang jelas untuk meningkatkan rantaian nilai global. Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang disokong oleh infrastruktur digital, menjadi asas utama bagi usaha perindustrian pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi Malaysia, tambahnya...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Saham UMS Integration Ltd dibuka tinggi pada penampilan sulungnya di Pasaran Utama hari ini, sekali gus menjadikannya syarikat pertama yang disenaraikan di Singapore Exchange (SGX) memperoleh penyenaraian sekunder di Bursa Malaysia. Saham UMS dibuka pada RM5.15, peningkatan 3.0 peratus daripada harga rujukan pada RM5 sesaham. Penyenaraian tersebut dilakukan menerusi pengenalan, bukan tawaran awam permulaan (IPO) konvensional, sekali gus tidak melibatkan sebarang aktiviti pengumpulan dana daripada syarikat atau pemegang sahamnya. Ketua Pegawai Eksekutif UMS Integration Andy Luong berkata syarikat itu berhasrat untuk membuat pelaburan lanjut sebagai sebahagian daripada rancangan lima tahun akan datang...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS) percaya purata sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5–5.5 peratus di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), seiring dengan sasaran defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada KDNK menjelang 2030, boleh dicapai. Dalam satu nota yang dikeluarkan hari ini, CGS berkata ia mengambil kira purata pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4.6 peratus selepas Krisis Kewangan Global (2010-2024), atau 5.3 peratus, dengan pengecualian tahun pandemik pada 2020. Katanya, ia turut sejajar dengan sasaran defisit fiskal dengan matlamat jangka sederhana yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. “Walaupun kadar penyatuan defisit...
GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu juga meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara ASEAN lain, sekali gus mewujudkan "padang permainan yang sama rata" dalam hubungan perdagangan serantau. "Langkah itu merupakan perkembangan positif yang memberi sedikit kelegaan kepada sektor eksport negara khususnya di Pulau Pinang, dan ia satu rahmat kadar itu (tarif) diturunkan dan kini setanding dengan...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MITI menjelaskan paling utama, pendirian Malaysia tidak berganjak bagi pelbagai perkara dalam rangkuman ‘garisan merah’, dan kadar tarif 19 peratus telah dicapai tanpa mengkompromi kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar penting bagi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosiokonomi negara. “Keberhasilan positif ini berikutan sesi libat urus berterusan antara kedua-dua kerajaan melalui pelbagai platform dua hala dan...
BANGKOK, 1 Ogos (Bernama) -- Tarif baharu sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan dari Thailand, berkuat kuasa hari ini, mewakili hasil yang saling menguntungkan bagi mengekalkan asas eksport Thailand dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang. Jurucakap kerajaan Jirayu Huangsap berkata kerajaan Thailand telah berjaya mengadakan rundingan dan memuktamadkan perjanjian tarif import dengan AS. “Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dan mencerminkan pendekatan yang seimbang, bagi melindungi asas eksport Thailand dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman web kerajaan Thailand pada Jumaat. Beliau berkata kadar baharu itu jauh lebih rendah...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) meraikan pencapaian pentingnya dengan penganjuran edisi ke-30 Anugerah CGC, menandakan usaha 30 tahunnya memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekosistem kewangan yang lebih luas. Dalam satu kenyataan hari ini, CGC berkata anugerah itu mengiktiraf sumbangan cemerlang institusi kewangan (IK), kewangan Islam, kewangan pembangunan, rakan niaga strategik, agensi kerajaan dan PMKS yang berjaya. Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menekankan kepentingan menyokong PKS agar ia terus berdaya saing dan berdaya tahan dalam menempuh persekitaran ekonomi yang semakin dinamik. “CGC dan industri kewangan memainkan...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN, dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada hari ini. Menerusi perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada 31 Julai 2025, tarif sama turut dikenakan ke atas Kemboja, Filipina, Thailand serta Indonesia. Pada 7 Julai lepas, Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif pada kadar 25 peratus ke atas semua produk Malaysia ke AS yang berasingan daripada tarif mengikut sektor, berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025 -- satu mata peratusan lebih tinggi daripada pengumuman yang dibuat pada April lepas. Dalam pada itu, Vietnam dikenakan kadar tarif lebih tinggi pada 20 peratus dan diikuti oleh Brunei pada 25...
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif yang lebih rendah sebanyak 19 peratus ke atas import Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025. Pada 7 Julai, Washington mengumumkan AS akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu, berasingan daripada semua tarif sektor, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, dan angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang telah diumumkan pada April. Bagaimanapun, tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat Malaysia, memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS. Malaysia telah berunding dengan Washington mengenai tarif sejak April, dengan matlamat untuk mengurangkan tarif 24...
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan lebihan dagangan negara dapat dikekalkan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan pembangunan industri bernilai tinggi serta peningkatan kompleksiti ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata meskipun import dijangka kekal tinggi sejajar dengan keperluan pembangunan ekonomi, Malaysia telah lama mencatatkan lebihan akaun semasa dan keseimbangan perdagangan yang positif. “Imbangan sentiasa memihak kepada kita. Namun pentingnya, bila kita mengolah industri-industri baharu dan melabur dalam sektor bernilai tinggi, kita dapat meningkatkan nilai tambah dan mengekalkan lebihan dagangan yang...
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor kewangan perlu memainkan peranan transformatif bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi sektor pertumbuhan strategik dengan peranan yang signifikan ketika Malaysia merangka dan menetapkan hala tuju masa depan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata sektor ini meliputi industri berpotensi besar seperti semikonduktor, aeroangkasa, tenaga boleh baharu, pusat data dan teknologi pemerangkapan karbon. Menurutnya penjajaran sedemikian penting memandangkan negara memajukan agenda transformasi nasional melalui kerangka dasar utama termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu dan Pelan Hala Tuju Peralihan...
Back
Top
Log in Register