BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Malaysia akan mempekenalkan tiga tindakan susulan utama iaitu program jangkauan pengeksport, pembaharuan kawal selia dan inisiatif pemetaan rantaian bekalan di seluruh negara. Ini berikutan perjanjian rundingan semula tarif baru-baru ini dengan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan pengurangan tarif ke atas barangan Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perjanjian yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu dicapai selepas “beberapa bulan rundingan yang intensif tetapi teliti serta sistematik” tanpa Malaysia berkompromi terhadap “garisan merah” dalam bidang-bidang utama. “Paling penting, kita berjaya mencapai...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd bercadang untuk mengambil alih 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd pada harga RM40 juta. Mutiara Perlis adalah pemaju induk bagi Koridor Maritim Perlis (PMC), dianggarkan menelan kos pembangunan kasar sebanyak RM27.8 bilion. ia merupakan usaha sama antara Mutiara Infra dan kerajaan negeri Perlis menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) Perlis. Mutiara Infra memegang 80 peratus kepentingan manakala MBI memegang baki 20 peratus. Citaglobal dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan pengambilalihan itu akan dibuat melalui pembelian 20 peratus kepentingan atau 600,000 saham dalam Manjaran Sdn Bhd yang mewakili 12.8 peratus kepentingan...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd tidak mempunyai rancangan segera dalam mengusahakan tawaran awam permulaan (IPO) untuk TNG Digital Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Bhd dan CIMB Malaysia Gurdip Singh Sidhu berkata syarikat itu masih menunjukkan prestasi yang baik dan mula menjana keuntungan pada awal tahun ini serta layak sebagai syarikat berstatus unicorn. “Soal penyenaraian IPO adalah sesuatu yang akan sentiasa kami nilai, namun ia bukanlah sesuatu yang kami mahu laksanakan secara tergesa-gesa. “Buat masa ini, perniagaan sedang berkembang dengan baik dan kukuh. Kami telah mula mencatatkan keuntungan selepas beberapa tahun dalam tempoh inkubasi, tetapi kami masih belum tergesa-gesa untuk...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) telah mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM173.09 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 daripada kerugian bersih berjumlah RM248.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2024. Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memberitahu pendapatan menurun sebanyak 19 peratus kepada RM1.43 bilion berbanding RM1.78 bilion pada suku kedua tahun kewangan yang lepas berikutan purata harga jualan yang agak lemah selain pengukuhan dalam dolar US berbanding ringgit. Dalam suku kedua tahun kewangan 2025, purata penggunaan loji adalah pada 46 peratus, lebih rendah daripada 47 peratus yang disaksikan...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengekalkan status mereka sebagai jenama terkemuka masing-masing dalam sektor minyak dan gas (O&G) dan utiliti di ASEAN, menurut Laporan Energy 100 Brand Finance. Dalam satu kenyataan hari ini, Brand Finance berkata Petronas terus dilihat sebagai jenama boleh dipercayai dan menawarkan nilai yang baik bagi wang, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sektor tenaga. Katanya, Petronas juga berada dalam kedudukan ketiga jenama O&G paling kukuh di peringkat global dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) 83.7/100 dan penarafan kekuatan jenama AAA. “Mengikut jejak Petronas di rantau ASEAN sebagai antara jenama O&G...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pembaharuan struktur terus menyokong daya tahan Malaysia, memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan meluaskan peluang ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. Beliau berkata kemajuan yang dicatatkan dalam bidang strategik seperti peralihan tenaga, infrastruktur digital dan pembuatan bernilai tinggi sedang meletakkan asas untuk ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing. “Pembaharuan ini penting bukan sahaja untuk pertumbuhan malah juga bagi kestabilan mata wang. Ini amat penting khususnya dalam persekitaran hari ini, apabila situasi kejutan menjadi lebih kerap, dan ketidaktentuan semakin menjadi norma,” katanya ketika berucap di...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kenaikan harga buah tandan segar (BTS) merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada kadar penanaman semula rendah pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, kenaikan tersebut telah mendorong syarikat perladangan dan pemilik ladang sawit untuk mengekalkan pokok sawit sedia ada bagi memperoleh pendapatan jangka pendek. “Harga BTS merupakan antara faktor penting yang dipertimbangkan oleh syarikat perladangan dan pemilik ladang sawit dalam membuat keputusan untuk melaksanakan aktiviti penanaman semula sawit atau sebaliknya. “Hal ini kerana mereka masih memperoleh pendapatan hasil jualan BTS walaupun pengeluaran BTS di paras yang sangat rendah,”...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sektor kewangan perlu terus kekal sebagai asas transformasi Malaysia apabila negara memasuki lembaran agenda pembangunan seterusnya berlandaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata sektor itu perlu kekal mudah suai, berdaya saing dan inklusif di samping melindungi kepercayaan, integriti dan daya tahan sebagai terasnya. Sektor kewangan Malaysia telah mencatatkan kemajuan yang besar sepanjang beberapa dekad lepas, serta mengukuhkan asasnya, memperluas akses dan melaksanakan transformasi digital mengikut Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, katanya. “Sektor ini memberi sumbangan yang sangat besar bukan sahaja kepada Keluaran Dalam Negara...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan setiap dasar ekonomi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah seliaannya akan dilaksanakan sebaik mungkin, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini, ia bagi memacu pertumbuhan Malaysia yang mampan serta terangkum dan akan memperkukuh tadbir urus Kerajaan, meningkatkan kualiti hidup rakyat selain membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). “Melalui inisiatif ini, MITI beriltizam memacu pelaksanaan dasar strategik bagi memastikan aspirasi RMK13 tercapai, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pemacu potensi global,” katanya. Beliau berkata, dari...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) --  Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Malaysia tidak mengalah dalam beberapa tuntutan AS semasa rundingan, termasuk dasar bumiputera, di samping beberapa tuntutan lain yang dipersetujui oleh negara-negara lain selain Malaysia. “Tetapi kita masih dapat 19 peratus (kadar tarif timbal balas). Paling penting (adalah) dasar bumiputera yang dianggap diskriminatori (oleh AS), dan mereka tidak boleh terima (kerana) itu bertentangan dengan semangat perdagangan antarabangsa. “(Bagaimanapun) kita tak boleh...
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 5 Ogos (Bernama) -- Barisan pimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (DPIM WP Labuan) telah dilantik semula tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunannya (AGM) bagi 2025. Pengerusinya, Datuk Dr Ramli Tahir berkata ahli jawatankuasa itu dikekalkan menerusi AGM yang berlangsung pada akhir minggu lepas. Dr Ramli yang juga naib presiden Jawatankuasa Pusat DPIM itu, turut menggesa agar ahli terus berdaya tahan dalam mengharungi ketidaktentuan landskap ekonomi masa kini. Beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa bersatu dan saling menyokong dalam usaha memperkukuh asas-asas ekonomi Labuan. “Dalam tempoh mencabar ini, kita perlu menegakkan semangat solidariti dan bekerjasama...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai kerjasama untuk tempoh lima tahun bernilai RM1.0 bilion dengan Microsoft bagi memacu transformasi digitalnya. Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, kerjasama tersebut akan menyaksikan Maybank memanfaatkan keupayaan rangkaian kerjasama, teknologi awan dan kecerdasan buatan (AI) Microsoft untuk meningkatkan keutamaan pelanggan, mempertingkat operasi dan menggalakkan budaya inovasi yang berterusan. Ia turut termasuk menaik taraf keupayaan sedia ada kepada Microsoft 365. “Sebagai teras utama kerjasama ini, Maybank akan menggunakan Microsoft Azure sebagai antara platform awan utama untuk beberapa sistem, fungsi dan beban kerja data yang paling strategik,”...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menerusi Gentari Renewables Sdn Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Amazon Web Services (AWS) bagi membekal tenaga boleh baharu (TBB) daripada projek tenaga angin denga kapasiti 80-megawatt (MW) di Tamil Nadu, India. Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga bersih itu berkata perjanjian itu menandakan langkah pengukuhan dalam mencapai cita-cita untuk menyediakan projek  TBB berskala utiliti yang baharu dan menjimatkan kos. "Projek ini dijangka beroperasi pada pertengahan 2027, dan menjana sehingga kira-kira 300,000 megawatt-jam (MWh) TBB setiap tahun. “Menerusi pembekalan TBB ini, Gentari memajukan visi mereka untuk mengaplikasikan tenaga bersih...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan MADANI menurunkan defisit secara berfasa bagi mengurangkan beban hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata sekiranya defisit diturunkan secara mendadak, ia berisiko membantutkan peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kesihatan. Anwar berkata defisit yang dicatatkan pada kadar 5.5 peratus pada 2022 telah menurun secara berfasa kepada lima peratus pada 2023 dan seterusnya kepada 4.1 peratus pada 2024. “Sasaran kita ialah menurunkan defisit secara berfasa. Selagi defisit tidak diturunkan, jumlah hutang akan bertambah. “Sebab itu, dari segi hutang, saya sebut bahawa pada 2021, hutang baharu adalah sebanyak RM100 bilion...
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu. Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu telah bertindak menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Kecerdasan Buatan (AI) hari ini yang menggariskan pendekatan dalam kawal selia dan pembangunan, termasuk bidang keutamaan untuk kerjasama diterajui industri serta penerimagunaan AI yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan. “Menjelang akhir tahun ini, kita akan menerbitkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka yang menetapkan visi (BNM) bagi ekosistem...
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 5 Ogos (Bernama) -- Strategi ekonomi berteraskan Sabah yang baharu membuka laluan kepada usaha pembangunan jangka panjang yang lebih bersasar, sekali gus menawarkan harapan terhadap pemulihan ekonomi negeri dan penciptaan pekerjaan, kata seorang pakar. Bekas Presiden Institut Berkanun Logistik dan Pengangkutan (CILT) Malaysia merangkap Naib Presiden CILT Antarabangsa bagi Asia Tenggara Datuk Dr Ramli Amir berkata Model Ekonomi Baharu Sabah (SNEM) yang baharu diperkenalkan itu tepat pada masanya dan diperlukan bagi sebuah negeri yang memiliki keperluan pembangunan tersendiri. SNEM dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Institut Kajian Pembangunan...
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sidang Kemuncak Penjual Lazada 2025 menampilkan pelbagai inovasi teknologi dan pendekatan pemerkasaan penjual bagi membentuk masa depan e-Dagang yang lebih inklusif dan mampan di Malaysia. Acara anjuran Lazada Malaysia itu menghimpunkan lebih 1,000 penjual dari seluruh negara yang didedahkan dengan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI), strategi penjenamaan, serta pendekatan dagangan sosial yang dipacu pencipta kandungan. Memasuki tahun kedua penganjurannya, sidang kemuncak ini turut memperkenalkan alat penjual baharu berasaskan AI yang direka untuk membantu penjual mengurus operasi harian, melaksanakan kempen dan mencapai jualan pertama dengan lebih pantas. Timbalan Menteri Komunikasi Teo...
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada polisi dilaraskan mengalami pelarasan premium yang kurang daripada 10 peratus dan lebih 200,000 polisi mendapat manfaat penangguhan pelarasan premium dan lebih 14,000 polisi telah diaktifkan semula setakat 30 April, 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF). Dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Dewan Rakyat, MoF menyatakan langkah interim telah diperkenalkan bagi mengurangkan kesan kewangan terhadap pemegang polisi pada masa ini serta memastikan perlindungan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang berterusan. Langkah interim tersebut adalah pengagihan pelarasan premium untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun; pengagihan pelarasan premium bagi pemegang...
KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kemajuan mengenai Keberhasilan Utama Ekonomi (PED)  adalah antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) ke-48 selama dua hari bermula hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob turut menilai pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, dengan tumpuan untuk mempercepat komitmen yang belum selesai. MITI dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis makan malam HLTF-EI di sini malam ini berkata mesyuarat berkenaan juga akan melibatkan perkongsian pandangan mengenai perkembangan ekonomi serantau dan global...
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasar untuk meningkatkan bilangan firma bersaiz sederhana dalam komposisi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada 1.6 peratus sekarang kepada 5.0 peratus menjelang 2030. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata KUSKOP akan terus membangunkan PMKS melalui pelaksanaan intervensi bersasar. "Demi memastikan kelangsungan perniagaan dalam jangka masa panjang, penskalaan perniagaan PMKS akan menjadi agenda utama dalam melonjakkan pertumbuhan mereka dan sekali gus mewujudkan PMKS yang lebih berdaya tahan menghadapi sebarang kejutan pada masa depan. "Beberapa inisiatif baharu telah dikenal pasti sebagai pemacu kepada agenda ini, termasuk...
Back
Top
Log in Register