BTC USD 81,307.0 Gold USD 4,023.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh bagi hari kelima berturut-turut pada Isnin, melepasi paras rintangan 1,560, disokong oleh minat baharu pelabur terhadap pusat data serta petunjuk positif daripada rundingan perdagangan geopolitik. Prestasi baik itu, sejajar dengan pasaran serantau, turut disokong oleh keyakinan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) akan datang. Bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif AS-China pada 12 Ogos ini. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.26 mata atau...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Vivax-Metrotech Corporation (VXMT), peneraju global dalam teknologi pengesanan dan pemeriksaan utiliti termaju mengumumkan pelaburan RM48 juta untuk penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang yang mewujudkan 175 pekerjaan berkemahiran tinggi. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kemudahan itu mempunyai 16 barisan pengeluaran untuk pemasangan dan operasi bilik bersih khusus, membolehkan syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai teknologi berketepatan yang digunakan dalam telekomunikasi, air, gas dan utiliti elektrik. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata pengembangan syarikat itu mengukuhkan lagi rantaian bekalan global VXMT...
Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Platform tiket bas dalam talian, redBus Malaysia dikendalikan oleh Ibibo Group Sdn Bhd, memperluaskan sistem operasi dan tiket digitalnya kepada pengendali bas di kawasan pendalaman untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redBus Prakash Sangam berkata inisiatif itu memberi tumpuan kepada kawasan seperti Jerantut dan Pekan di Pahang; Lenggong dan Pasir Tumboh di Perak dan Jeli serta Jelawat di Kelantan, pengusaha di sana masih di peringkat awal dalam penggunaan peralatan digital. “Kami sedang mendigitalkan operasi bas walaupun di kawasan pendalaman dan mengendalikan sistem penilaian dan ulasan yang membantu pengembara untuk...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan minyak dan gas, dengan badan pentadbir yang menguruskan aset minyak dan gas huluan negara, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) di bawah Petronas, membuka beberapa lembangan yang berpotensi di dalam negara. Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab berkata promosi lembangan di Sabah dan Sarawak, serta Langkasuka di bahagian barat Semenanjung Malaysia akan diteruskan susulan minat daripada peserta industri. “Kami telah menarik peserta utama seperti BP dan syarikat tenaga bersepadu Eni. Eni, secara khususnya, berminat untuk menguji formasi geologi di Malaysia. Jadi, aktiviti cari gali di...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank) telah memperkasakan seramai 5,735 usahawan pada separuh pertama 2025, peningkatan 158 peratus berbanding 2,225 usahawan dalam tempoh yang sama pada 2024. SME Bank yang merupakan anak syarikat  Bank Pembangunan Malaysia Bhd berkata pencapaian itu dipacu oleh badan latihan dan pembangunan kapasitinya, Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) yang bertindak sebagai pelaksana utama. Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata antara program melangkaui pembiayaan yang diamanahkan kepada SME Bank adalah Program Maju Usahawan MADANI yang diperkenalkan bagi memperkukuh ekosistem...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhasrat mengembangkan kehadirannya di Kanada memandangkan negara itu kini merupakan antara ppembekal utama gas asli cecair (LNG), kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan, Mohd Jukris Abdul Wahab. Beliau berkata Petronas mempunyai kira-kira 50 trilion kaki padu (TCF) gas di Kanada dan projek LNG Canada kini hanya berada di fasa satu, justeru Petronas telah memulakan beberapa projek LNG yang disokong oleh portfolio sumbe itu. "Berasaskan 50 TCF, kami boleh menyokong beberapa lagi projek LNG kerana saiz sumber bukanlah masalah," katanya semasa Taklimat Pengarang di sini, hari ini. Beliau turut menyatakan harapan supaya kerajaan...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka aliran harga minyak yang rendah ketika ini akan berterusan dan berada dalam jajaran US$64 hingga US$65 setong, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluannya Mohd Jukris Abdul Wahab. Justeru, katanya, Petronas sedang mengkaji semula kecekapan operasi dan kosnya serta pendekatan dari segi penyelenggaraan, operasi lapangan, pengurusan logistik, pemerolehan hinggalah kepada menjalankan kemudahan luar pantai dan daratannya bagi menangani keadaan ini. "Kami sedang mengkaji semula kecekapan operasi dan kos kami (kerana) cara kami menjalankan operasi sepanjang 50 tahun yang lalu tidak semestinya dapat memastikan kami berdaya saing...
JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, dan Johor Special Water (JSW) Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan air pulih guna bagi memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat dalam industri pusat data di Johor. Ketua Pegawai Eksekutif IWK, M. Narendran berkata IWK dan JSW hari ini menandatangani tiga perjanjian bagi membekalkan sumber air alternatif tersebut kepada dua pusat data di negeri ini. Beliau berkata ia termasuk pembekalan efluen terawat dari IWK melalui sistem agihan bersepadu ke Loji Air Pulih Guna di Bridge Data Centres (BDC) dan Computility Technology (Malaysia), manakala JSW akan membekalkan sumber air alternatif kepada Dayone Data...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh pengembangan berterusan dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan bukan kediaman, masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit ketara sebanyak 22.2 peratus dan 16.2 peratus. “Subsektor bangunan kediaman turut menyumbang menerusi pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 13.9 peratus. “Selain itu, subsektor kejuruteraan awam mengekalkan trend positif dengan pertumbuhan marginal sebanyak 7.5 peratus,”...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan beliau menandakan satu langkah penting dalam komitmen syarikat terhadap pembangunan yang sejajar dengan kepentingan awam dan tadbir urus yang lebih kukuh ketika ia memasuki fasa pertumbuhan baharu, kata Classita dalam satu kenyataan hari ini. Ia juga berkata peralihan kepimpinan ini bertepatan dengan kemunculan NexG Bhd sebagai pemegang saham utama Classita berikutan pengambilalihan terbaharunya sebanyak 32.61 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat itu. Dengan pengalaman berkhidmat selama beberapa dekad dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini. Laporan Aliran Dana oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB) bagi minggu berakhir 8 Ogos 2025 menunjukkan India dan Filipina sebaliknya mencatat aliran keluar bersih. Taiwan mencatat aliran masuk bersih sebanyak US$2.06 bilion atau lebih 2.5 kali daripada US$820.8 juta pada minggu sebelumnya yang juga minggu ketujuh berturut-turut bagi pembelian asing, dipacu oleh pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun 2025. “(Agensi penarafan) Fitch...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan kawasan tanaman koko dapat diperluaskan kepada 10,000 hektar di seluruh negara menjelang 2030 berbanding 5,985 hektar masa ini bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap koko berkualiti tinggi. Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin berkata Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan menjadi inisiatif strategik KPK serta Lembaga Koko Malaysia bagi merancakkan peluasan kawasan tanaman koko melalui sektor perladangan. “Esok misalnya, saya akan menyertai Program Libat Urus Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan Wilayah Sabah di Tawau (Sabah)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Lo...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM13.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi Malaysia sebagai hab AI serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam ekosistem digital global. Sumbangan AI dan teknologi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 adalah 23.5 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatannya kepada 25.5 peratus menjelang akhir 2025. “Saya yakin sasaran ini boleh dicapai berdasarkan perkembangan positif...
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM13.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi Malaysia sebagai hab AI serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam ekosistem digital global. Sumbangan AI dan teknologi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 adalah 23.5 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatannya kepada 25.5 peratus menjelang akhir 2025. “Saya yakin sasaran ini boleh dicapai berdasarkan perkembangan positif...
Oleh Farhana Poniman GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) – Industri teknologi perubatan Pulau Pinang muncul sebagai salah satu sektor paling berpotensi di negeri ini dengan prospek pertumbuhan kukuh, disokong oleh permintaan global, keupayaan tempatan dan ekosistem yang padu. Ketua Pegawai Eksekutif Invest Penang Datuk Loo Lee Lian berkata kepakaran kejuruteraan kejituan dan automasi negeri, hasil sampingan industri semikonduktor Pulau Pinang yang berkembang maju, telah memainkan peranan penting dalam pengembangan teknologi perubatan di negeri ini. “Dalam semikonduktor, kejituan dan automasi adalah penting, dan kemahiran ini dipindahkan terus bagi menghasilkan instrumen pembedahan, implan dan peranti perubatan ketepatan tinggi. "Malah...
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal khususnya untuk mengawal selia e-dagang bagi memastikan ia lebih tersusun dan efektif di peringkat nasional. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata cadangan itu berpaksikan tiga teras utama iaitu penetapan tanggungjawab industri yang lebih jelas, penguatkuasaan lebih berkesan serta perlindungan menyeluruh kepada pengguna dan peniaga kecil dalam ekosistem digital. “KPDN akan memastikan bahawa ekosistem e-dagang yang bukan sahaja inovatif, tetapi juga selamat, telus dan beretika. Untuk itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting...
GEORGE TOWN, 9 Ogos (Bernama) -- Peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang (KDNK) dari RM116 bilion pada 2023 kepada RM156 bilion menjelang 2030 adalah antara metrik utama yang mencerminkan kejayaan Pelan Induk Ekonomi Digital (DEMP) 2025-2030 yang baru dilancarkan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri, Zairil Khir Johari berkata pelan strategik itu bertujuan untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 35 peratus daripada KDNK Pulau Pinang menjelang 2030, pada masa yang sama, mensasarkan pelaburan digital sehingga RM20 bilion dalam reka bentuk litar bersepadu (IC) serta RM130 bilion melalui pembuatan semikonduktor termaju. Pelan itu juga menggariskan beberapa sasaran...
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Bagi ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk merealisasikan pertumbuhan inklusif, keselamatan wanita perlu dianggap sebagai keutamaan ekonomi, termasuk menghapuskan struktur yang menjadi punca kepada keganasan berterusan. APEC menerusi satu kenyataan hari ini berkata, keganasan terhadap wanita bukan isu terpencil dan merupakan penghalang sistemik kepada pertumbuhan, saling berkaitan dengan ketidaksamaan gaji, jurang kepimpinan dan kurang inovasi. "Ia menghalang ekonomi untuk memanfaatkan separuh daripada kumpulan bakat mereka, yang seterusnya membawa kepada kerugian produktiviti dan kos ekonomi yang ketara. Malah, apabila separuh daripada populasi tidak selamat, tidak ada jaminan seseorang...
PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) melancarkan misi perdagangan antarabangsa ke China bermula 8 hingga 10 Ogos ini. KUSKOP berkata misi tersebut diadakan bersempena Ekspo Francais China 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Baru Shanghai (SNIEC). Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan bersama wakil daripada Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS), MFA serta sembilan jenama francais terkemuka Malaysia. Antara jenama yang menyertai misi tersebut ialah Marrybrown, HOME Maths Therapy, Q-Dees, Smart Reader Kids, Midyson, US Pizza, Kenny Rogers Roasters, D’Sara Fried...
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan piawaian keluli yang sesuai bagi penggunaan dalam bangunan. Timbalan Menteri MITI Liew Chin Tong berkata langkah itu diambil berikutan maklum balas daripada arkitek yang lebih selasa menggunakan keluli tetapi mereka sering berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkaitan dengan jenis dan kualiti keluli. Walaupun konkrit masih menjadi pilihan utama kerana kos yang agak rendah, beliau berkata, keluli sebenarnya menawarkan beberapa kelebihan lain kerana ia tahan lasak, lebih ringan, dan mudah untuk diubah bentuk yang seterusnya dapat mengurangkan pembaziran bahan sepanjang jangka...
Back
Top
Log in Register