BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memilih untuk tidak melaksanakan projek mega yang memberi kesan terhad kepada rakyat dalam masa terdekat setelah mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. “Pendekatan kerajaan adalah untuk menyalurkan perbelanjaan dalam program-program yang benar-benar memanfaatkan kehidupan rakyat seperti pembaikan sekolah dan klinik luar bandar yang turut menjana limpahan ekonomi dan menyediakan peluang perniagaan untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana,” kata beliau ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini. Amir Hamzah turut berkata peningkatan prospek...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pengurus dana global, Macquarie Asset Management menunjukkan minat untuk melabur dalam pelbagai sektor di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata Macquarie yang merupakan antara pelabur terkemuka dunia melihat potensi besar untuk melabur dalam sektor seperti infrastruktur dan tenaga boleh baharu, sejajar dengan dengan inisiatif Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) dan Pelan Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR). "Minat mereka membuktikan bahawa Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan utama, terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi dan hijau. "Komitmen mereka mengukuhkan lagi usaha kita untuk menjadi hab...
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Sebelum mesyuarat AEM yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Sept di Kuala Lumpur itu, para menteri akan bersidang pada mesyuarat khas DEFA pada 28 Ogos melalui sidang video, yang akan dipengerusikan oleh Tengku Zafrul. “Kami akan memberi penekanan utama terhadap DEFA memandangkan ia penting bagi ASEAN, terutamanya Malaysia, kerana ia adalah salah satu daripada Keberhasilan Utama Ekonomi (PED)  yang akan...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya, SIRIM, memperkasakan langkah pengawalan import sisa plastik dan melaksanakan Pensijilan Bahan kitar semula pascapengguna (PCR) untuk memperkukuh ekonomi kitaran dalam sektor perindustrian. Kementerian itu menjelaskan usaha tersebut bertujuan memastikan sumber sisa plastik yang diimport adalah berkualiti tinggi untuk digunakan semula dalam proses pembuatan. “Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah asli dan meminimumkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan,” menurut MITI dalam jawapan yang dibacakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini...
SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembinaan dan pengoperasian RHDC dengan pelaburan berjumlah RM400 juta itu akan dibangunkan di tanah berkeluasan 5.423 hektar (13.4 ekar) dan dijadualkan bermula September ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata kemudahan berkenaan dilengkapi dengan Teknologi Automasi, AI dan Sistem Pengurusan Pintar...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 sebanyak RM438.94 juta daripada RM406.02 juta pada suku yang sama tahun lepas. Prestasi lebih baik ini disokong oleh pengurusan perbelanjaan operasi dan modal yang berdisiplin serta realisasi manfaat penggabungan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. Hasil meningkat kepada RM3.18 bilion pada suku dalam tinjauan berbanding RM3.11 bilion sebelumnya. Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun, 2025, keuntungan bersih melonjak kepada RM822.71 juta berbanding RM782.48 juta pada separuh pertama 2024. Sementara itu, hasil bagi tempoh itu juga melonjak kepada RM6.39 bilion berbanding RM6.28 bilion pada...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, berkata ekuiti dan mata wang Asia berjaya mengharungi dengan baik kejutan tarif Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan tiga peratus sejak awal tahun. “Bagaimanapun, Thailand menongkah arus dengan ekuitinya dan juga baht gagal mencatatkan kenaikan sejak April. "Kami berpandangan, ini sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakstabilan politik domestik dan konflik sempadan yang berterusan dengan Kemboja," katanya menerusi laporan Soalan dan Jawapan Prospek untuk Asia hari ini. BMI berkata ia menurunkan unjuran pertumbuhan hanya dalam lingkungan 0.2-0.3 mata peratusan bagi kebanyakan ekonomi utama lain disebabkan oleh tarif...
GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan UMC berkata kemudahan baharu itu, yang dilancarkan pada 15 Ogos, mempunyai ruang pengeluaran tambahan seluas 20,000 kaki persegi berbanding kemudahan sedia ada milik UMC sebanyak 30,000 kaki persegi. “Pengembangan itu merangkumi tiga komponen utama, iaitu Pusat Penjagaan Kesihatan UMC, Perkhidmatan Ambulans Penyelamat Perubatan, dan Pusat Pembelajaran UMC, dan pertumbuhan ini menunjukkan komitmen mereka kepada masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia,” menurut...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd hari ini telah melancarkan perkhidmatan liputan dalam bangunan (IBC) terkini, ULTRA5G, yang direka untuk menyampaikan rangkaian 5G yang mantap serta konsisten di persekitaran dalaman dan luaran. Ketua Pegawai Teknologi, Woon Ooi Yuen, berkata syarikat itu komited untuk melengkapkan sebanyak 170 bangunan dengan liputan ULTRA5G pada tahun depan dan sehingga 600 bangunan dalam tempoh empat tahun akan datang. "Pelancaran ini menandakan permulaan pelancaran rangkaian 5G generasi akan datang U Mobile, dengan sasaran pemasangan untuk mencapai liputan 80 peratus kawasan penduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026. "Kami telah memasang ULTRA5G di lebih daripada 70 bangunan sekarang ini...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memacu penjajaran serantau, menambah baik pengawasan, dan memangkinkan sumbangan sektor swasta yang lebih besar di seluruh  rantau ini. Ia merupakan saranan utama yang dikemukakan dalam ‘CSR in ASEAN Report’’, iaitu pelan tindakan komprehensif pertama seluruh rantau bagi mengukuhkan sumbangan korporat dan kedermawanan merentas sempadan di ASEAN. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi ASEAN-BAC Tan Sri Nazir Razak berkata cadangan Kumpulan Kerja CSR itu merupakan cara praktikal untuk menyelaraskan piawaian, mengukuhkan pengawasan dan menggerakkan sektor swasta sebagai kuasa...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) --  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sedang menjalankan kajian terhadap Kajian Separuh Penggal Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) bagi memastikan pelaksanaannya kekal relevan. Timbalan Menterinya Liew Chin Tong berkata NAP2020 digubal untuk tempoh 10 tahun, namun perubahan pesat dalam industri menuntut penilaian semula agar dasar itu selari dengan perkembangan semasa termasuk Kenderaan Generasi Baharu (NxGV). “Kajian ini melibatkan sesi libat urus secara mendalam dengan pemain industri, pembuat dasar, dan agensi berkaitan bagi memastikan dasar ini sejajar dengan keperluan pasaran semasa dan perkembangan teknologi...
PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Industri perkapalan Malaysia kekal berdaya tahan dengan memenuhi permintaan global yang meningkat dan menjana keuntungan walaupun berdepan ketidaktentuan perdagangan global, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin. Beliau berkata industri terus menyumbang pelaburan yang besar untuk meningkatkan kapasiti dan memacu teknologi bahan api boleh baharu dan hijau, mempersiap industri untuk dinamik perdagangan global yang baharu. “Industri telah melabur untuk memenuhi permintaan yang meningkat ke atas sasaran penyahkarbonan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa. “Keuntungan besar yang dicapai oleh industri dalam tempoh lima tahun lepas sebahagian besarnya dilaburkan...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Suntikan modal baharu berjumlah RM116.7 juta daripada setiap pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Digital Nasional Bhd (DNB) memberikan rangsangan mudah tunai jangka masa pendek kepada syarikat itu, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB). Atas permintaan DNB, setiap pemegang saham MNO, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd dan YTL Power International Bhd, telah menyediakan pendahuluan tambahan pemegang saham sebanyak RM116.7 juta secara tunai dan pada masa sama mengekalkan pegangan masing-masing pada 19.44 peratus dalam DNB. Pelaburan terkumpul setiap MNO kini berjumlah RM350 juta, termasuk pendahuluan terdahulu sebanyak RM233.2 juta. Menerusi nota penyelidikan hari ini, bank...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025). MBSB Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.0 peratus sebelum ini mengambil kira bahawa KDNK S2 2025 sedikit lebih rendah berbanding anggaran awal, manakala pertumbuhan separuh pertama 2025 masih lebih baik daripada anggaran terdahulu. “Walaupun eksport komoditi merosot, perdagangan luar menunjukkan daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan sebelum ini berikutan kesan menambah belian pada...
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing terus mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah US$389.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd. Dalam Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 15 Ogos 2025, bank pelaburan itu berkata hanya India dan Thailand mencatatkan aliran keluar asing bersih manakala negara lain menyaksikan aliran masuk bersih. Korea Selatan mencatatkan aliran masuk terbesar sebanyak US$587.5 juta selepas Presiden Lee Jae Myung dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan sidang kemuncak pertama mereka pada 25 Ogos di Washington untuk membincangkan langkah memperkukuh pakatan antara kedua-dua negara dan kerjasama dalam...
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) memperkasakan 19 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang berjaya memperkukuh prestasi serta melonjakkan perniagaan melalui ILTIZAM Catalyst 2024, sebuah program teras di bawah tonggak keusahawanan ILTIZAM. Pengerusinya, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat-syarikat ini melalui perubahan berstruktur dengan tumpuan kepada pengukuhan asas perniagaan melalui empat teras utama. Katanya, empat teras utama berkenaan iaitu pengurusan kewangan dan pematuhan, penjenamaan dan pemasaran digital, adaptasi teknologi serta pembangunan kepimpinan. “ILTIZAM Catalyst membina ketajaman strategi, mengasah bakat, memperkukuh operasi dan...
KUANTAN, 17 Ogos (Bernama) -- Program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 yang dianjurkan di Pahang hari ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) khususnya sektor kesihatan tidak ketinggalan daripada arus kemajuan teknologi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan program berkenaan bertujuan memperkasakan penerapan penyelesaian teknologi masa hadapan dalam kalangan PMKS, selain membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap dan inklusif. “Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk demonstrasi penyelesaian teknologi masa hadapan, sesi perkongsian bantuan transformasi penjagaan kesihatan masa hadapan, pengalaman realiti maya (VR) dan...
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pelaburan strategik oleh YCH Fusionaris Sdn Bhd membuktikan potensi pelaburan kini direalisasikan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pelaburan bernilai RM500 juta di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor oleh syarikat logistik terkemuka itu bermula daripada potensi yang dikenal pasti semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Singapura. “Pelaburan ini bukan sahaja akan melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan serantau malah juga akan membuka 100 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan,” katanya menerusi hantaran di platform X. Beliau berkata YCH juga sedang giat membina kerjasama dengan rakan kongsi logistik...
PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 sebanyak RM178 juta, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM101 juta akan diagihkan kepada 74,300 peserta di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini. “Saya mengucapkan syabas kepada Felcra kerana kejayaan mengekalkan prestasi yang baik iaitu kenaikan hampir RM2 juta daripada prestasi bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 projek-projek peserta Felcra di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan...
Oleh Jailani Hasan KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Aplikasi e-panggil pertama Sabah yang dibangunkan secara tempatan, Borneo VeGO E-Pengangkutan (Borneo VeGO), kini dilancarkan secara rasmi, menandakan pencapaian baharu dalam usaha negeri ini ke arah inovasi digital dan keusahawanan dipacu komuniti. Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajij Mohd Noor pada Sabtu, dengan kehadiran kalangan pemimpin koperasi, usahawan dan pihak berkepentingan masyarakat. Pengerusi Penasihat Koperasi Usahawan Pengangkutan Borneo (KUPBB), Rosli Awang Damit berkata Borneo VeGO yang dibangunkan di bawah KUPBB itu bukan sekadar perkhidmatan pengangkutan, malah juga...
Back
Top
Log in Register