BTC USD 80,654.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Oleh Wong Cheng Hau KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 40 peratus daripada 120,000 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) di Malaysia akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk beralih kepada perkhidmatan bernilai tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif AGOS Asia Joon Teoh berkata, apabila syarikat dan entiti bukan korporat berkembang ke peringkat antarabangsa, sektor ini membolehkan syarikat multinasional (MNC) dan organisasi lain memusatkan operasi perniagaan seperti kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat dan perolehan. AGOS Asia, syarikat perunding yang beribu pejabat di Malaysia membantu MNC dan perusahaan besar Malaysia menubuhkan dan memperluas operasi perkhidmatan bersama mereka dengan mereka...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI Mastura Ahmad Mustafa berkata ASEAN bukan sahaja sebagai pasaran besar, malah merupakan sumber inovasi, kreativiti dan tenaga dengan jumlah penduduk menghampiri 700 juta orang, dan hampir satu pertiga daripadanya adalah golongan belia. “Kelebihan demografi yang kita miliki, berserta kelas pengguna yang berkembang pesat, peningkatan kesalinghubungan dan penerimaan digital yang semakin pantas...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kesan langsung daripada sekatan atau cabaran pasaran Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak sawit Malaysia dijangka pada tahap minimum, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Menurutnya minyak sawit dari Malaysia dipersijilkan mampan oleh Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan mempunyai ciri dan fungsi khusus yang sukar digantikan dengan minyak lain. “Oleh itu, tahap kebergantungan industri di AS terhadap bahan berasaskan sawit yang mampan adalah tinggi,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen hari ini. KPK menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mengenai pelan jangka pendek dan sederhana yang dirangka kerajaan untuk industri...
KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjalin kerjasama strategik dengan Invest Sabah Berhad (Invest Sabah) menerusi Jelajah Bioekonomi 2025 untuk membantu memperkukuh ekosistem bioekonomi Sabah. Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata usaha ini seterusnya akan dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pembangunan lestari untuk rakyat negeri ini. Beliau berkata penyertaan memberangsangkan pada Jelajah Bioekonomi 2024 Sabah tahun lepas menunjukkan bidang bioteknologi dan berasaskan bio di negeri ini memiliki potensi yang amat besar. Justeru, beliau yakin sokongan strategik agensi negeri dalam siri jelajah kali ini...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah memperoleh tiga juta saham biasa Solarvest Holdings Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.08 peratus. Pengambilalihan saham itu dibuat pada 15 Ogos, menjadikan Urusharta Jamaah sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu, kata Solarvest Holdings dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. Solarvest, yang merupakan pemain tenaga bersih serantau dan beroperasi di lapan negara, telah membangunkan lebih daripada 2,000 megawatt projek solar yang sedang berjalan dan yang telah disiapkan. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2458902
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- S P Setia Bhd (Setia) telah memeterai syarat kerjasama utama dan perkongsian strategik dengan Ally Logistic Property Co Ltd (ALP) Taiwan bagi membangunkan gudang bina untuk pajakan di atas plot seluas 16.99 hektar di Setia Alaman di Klang. Setia berkata Taman Perindustrian Setia Alaman yang terletak lima kilometer dari pembangunan perbandaran mercu tanda kumpulan itu, Bandar Setia Alam, merupakan sebahagian daripada pelan induk tapak eco-industri Setia, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM4.0 bilion. “Ini menandakan perkongsian pertama Setia dengan ALP, menunjukkan komitmennya bagi mencipta nilai jangka panjang, inovasi dan kemampanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024. Hasil turun kepada RM2.5 bilion daripada RM3.15 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Dialog Group berkata prestasi lemah tahun itu kebanyakannya dipengaruhi oleh kerugian selepas cukai yang dilaporkan pada suku kedua, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan sekali gus dalam projek petrokimia dan boleh diperbaharui serta projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) lebihan kos projek. Bagi suku keempat berakhir 30 Jun, 2025 (suku keempat 2025), kumpulan itu...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- TSH Resources Bhd melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM49.23 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2025 berbanding RM20.63 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh produktiviti dan harga produk sawit yang lebih baik. Kumpulan perladangan minyak sawit itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatan turut meningkat kepada RM268.77 juta daripada RM252.52 juta. Untuk separuh pertama 2025, keuntungan bersih naik lebih dua kali ganda kepada RM97.42 juta berbanding RM40.70 juta sebelum ini, manakala hasil menokok kepada RM544.10 juta daripada RM494.90 juta. Kumpulan itu mencatatkan kenaikan pendapatan untuk suku kedua tahun kewangan 2025...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Titijaya Land Bhd (Titijaya) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Titijaya Development (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (Titijaya Development) memeterai perjanjian usaha sama dengan Mines Heights Development Sdn. Bhd (Mines Heights). Usaha sama berkenaan untuk pembangunan bercampur berorientasikan transit (TOD) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM554.30 juta. Mines Heights merupakan pemilik tanah seluas 1.21 hektar di Taman Connaught, Cheras. Dalam satu kenyataan hari ini, Titijaya berkata, di bawah terma perjanjian, Titijaya Development akan membangunkan tanah itu menjadi sebuah projek pembangunan bercampur mengikut kelulusan pembangunan dan pelan yang diluluskan termasuk sebarang...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pusat data itu merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Bhd dan NVIDIA bagi membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau. "Projek mega bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja melahirkan model bahasa besar (LLM) berdaulat Malaysia sendiri, tetapi juga merangsang pembangunan bakat dan kepakaran tempatan. "Ia sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi seperti saintis data dan jurutera AI," katanya dalam...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mencapai kecekapan pelepasan selaras dengan piawaian global selepas pelaksanaan penambahbaikan ruang udara, pencapaian penting dalam keupayaan pengurusan trafik udara Malaysia. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata pihaknya berjaya melaksanakan “Simultaneous Independent Parallel Departure Operations” (SIPDO) atau operasi berlepas serentak secara bebas di landasan selari dalam Sistem Tiga Landasan KLIA, menandakan era baharu dalam kecemerlangan operasi. Dalam kenyataan hari ini katanya operasi ini membolehkan pesawat berlepas secara serentak dari beberapa landasan berasingan yang selari sekali gus membolehkan tiga pesawat...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Perpetual Capital Bhd melancarkan Program Sukuk Wakalah Dinilai kekal dengan nilai nominal berjumlah RM2.0 bilion. Keseluruhan program bernilai RM2.0 bilion itu dijamin oleh EcoWorld dan diberikan penarafan kredit akhir  A IS(CG) dengan prospek stabil oleh MARC Ratings Bhd. Syarikat itu berkata anak syarikat berkenaan berjaya memuktamadkan terbitan pertama di bawah program itu, sekali gus mengumpul RM800 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Hasil daripada terbitan sukuk kekal bernilai RM800 juta itu akan digunakan oleh EcoWorld dan entiti kumpulannya bagi keperluan modal kerja, pelaburan, pengambilalihan dan...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini. Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatannya juga merosot kepada RM943.73 juta berbanding RM1.49 bilion yang disaksikan pada suku yang sama tahun kewangan 2024, yang kebanyakannya disumbang daripada pembangunan tempatan. Penjualan, bagaimanapun, menyaksikan peningkatan pada RM1.186 bilion daripada RM883 juta, datang daripada projek domestik kumpulan. Bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2025, keuntungan bersih adalah lebih rendah pada RM166.82 juta berbanding RM372.36...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah melantik anak syarikat milik penuh KTI Landmark Bhd, K.T.I. Sdn Bhd (KTISB) untuk membangunkan kompleks kebudayaan dengan kemudahan, kemudahan dan infrastruktur berkaitan seluas 23.47 hektar (ha) di Kinarut berdasarkan perkongsian awam-swasta. KTI Landmark berkata jumlah kos pembangunan dianggarkan tidak kurang daripada RM107 juta dan berkeluasan 26.3 hektar tanah milik kerajaan negeri akan diberi hak milik kepada KTISB atau mana-mana syarikat lain seperti yang ditentukan oleh KTISB untuk pembangunan kediaman. Kedua-dua tanah projek seluas 23.47 hektar dan tanah kelayakan seluas 26.3 hektar untuk pembangunan kediaman adalah sebahagian daripada sebidang tanah negeri seluas...
SEREMBAN, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri ini berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berikutan banyak pelaburan baharu yang masuk bagi tempoh enam bulan 2025. Beliau berkata Negeri Sembilan juga dijangka menerima pelaburan daripada sebuah syarikat semikonduktor China pada separuh kedua tahun ini dan syarikat Gobuilders Netsoft Sdn Bhd yang melabur pada suku pertama tahun ini. Kerajaan negeri juga akan melancarkan satu projek di kawasan perindustrian baharu berskala besar pada Oktober bersempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka dibangunkan di koridor Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0, kata beliau. “Perdana Menteri...
JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, projek ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan perindustrian Malaysia dan akan menjana manfaat jangka panjang kepada tenaga kerja, perniagaan serta komuniti negara. “Sebanyak 37,000 pekerjaan itu bukan sekadar angka, tetapi peluang yang akan meningkatkan taraf hidup keluarga dan mengubah komuniti. "MBW Innexus akan mengembangkan asas perindustrian Malaysia, menyokong...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Chamrun Digital Malaysia membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) Agentic yang memfokuskan untuk menangani cabaran utama sektor awam seperti halangan operasi dan jurang penyampaian perkhidmatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dr Behrang Parhizkar. “Kami sedang bekerjasama rapat dengan pegawai kerajaan dalam pelbagai penyelesaian praktikal dan berimpak tinggi yang pada masa ini dalam peringkat perbincangan, reka bentuk dan pelaksanaan awal. “Inisiatif ini memperlihatkan bagaimana AI Agentic boleh meningkatkan kecekapan operasi, mengukuhkan langkah membuat keputusan berasaskan bukti dan menambah baik perkhidmatan untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata melalui...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO). Harga IPO yang ditetapkan pada 20 sen sesaham, menyediakan kepada syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM186.9 juta selepas penyenaraian, berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 934.4 juta saham. Pengarah Urusannya Lim Cheng Ten berkata, hasil itu akan membolehkan syarikat menambahkan jumlah penjananya sebanyak sekurang-kurangnya 36 unit lagi dan membeli peralatan voltan sederhana dan tinggi untuk menyokong sasaran pengembangan dalam tempoh tiga tahun akan datang...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka. MBSB Investment Bank Bhd berkata momentum jualan juga diunjurkan kekal tinggi bulan ini, disokong oleh peningkatan ketersediaan stok. "TIV bagi kenderaan penumpang dijangka menerima sokongan daripada pelancaran model baharu pada separuh pertama 2025, manakala penurunan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini dilihat membantu memulihkan sentimen pembelian," katanya dalam nota penyelidikan hari ini. Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata jenama nasional kekal utuh, meraih bahagian pasaran daripada jenama bukan nasional...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Wintech Metal Processing Sdn Bhd yang menyertai Expo 2025 Osaka di Jepun merancang untuk mengembangkan portfolio pejabat pintarnya yang dipacu kecerdasan buatan (AI), analitik canggih dan reka bentuk akustik yang boleh disesuaikan. Pengarah Pemasarannya Dixon Loong berkata suasana kerja pada masa depan semuanya berkisar tentang kebolehsuaian. "Kami sedang membina penyelesaian yang menggabungkan reka bentuk, teknologi dan data sambil terus memberi tumpuan utama kepada keperluan dan nilai-nilai insaniah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Melalui kehadirannya di Pavilion Malaysia syarikat fabrikasi logam dan penyelesaian ruang kerja itu menunjukkan bahawa persekitaran kerja pada masa depan bukan...
Back
Top
Log in Register