KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB) meraih kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang 7.25 kilometer (KM) daripada laluan sehala kepada laluan dua hala.
Kumpulan itu berkata kerja-kerja di bawah kontrak itu termasuk, tidak terhad kepada, menaik taraf jalan raya sedia ada, termasuk enam jambatan dan lima simpang, kerja-kerja tanah, kerja-kerja geoteknikal, sistem saliran, turapan jalan, kelengkapan jalan, pengurusan trafik, pencahayaan jalan, lampu isyarat serta kerja-kerja lain yang berkaitan.
"Kontrak ini akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan daripada tarikh pengambilan tapak," katanya...