BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini. Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatannya juga merosot kepada RM943.73 juta berbanding RM1.49 bilion yang disaksikan pada suku yang sama tahun kewangan 2024, yang kebanyakannya disumbang daripada pembangunan tempatan. Penjualan, bagaimanapun, menyaksikan peningkatan pada RM1.186 bilion daripada RM883 juta, datang daripada projek domestik kumpulan. Bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2025, keuntungan bersih adalah lebih rendah pada RM166.82 juta berbanding RM372.36...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah melantik anak syarikat milik penuh KTI Landmark Bhd, K.T.I. Sdn Bhd (KTISB) untuk membangunkan kompleks kebudayaan dengan kemudahan, kemudahan dan infrastruktur berkaitan seluas 23.47 hektar (ha) di Kinarut berdasarkan perkongsian awam-swasta. KTI Landmark berkata jumlah kos pembangunan dianggarkan tidak kurang daripada RM107 juta dan berkeluasan 26.3 hektar tanah milik kerajaan negeri akan diberi hak milik kepada KTISB atau mana-mana syarikat lain seperti yang ditentukan oleh KTISB untuk pembangunan kediaman. Kedua-dua tanah projek seluas 23.47 hektar dan tanah kelayakan seluas 26.3 hektar untuk pembangunan kediaman adalah sebahagian daripada sebidang tanah negeri seluas...
SEREMBAN, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri ini berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berikutan banyak pelaburan baharu yang masuk bagi tempoh enam bulan 2025. Beliau berkata Negeri Sembilan juga dijangka menerima pelaburan daripada sebuah syarikat semikonduktor China pada separuh kedua tahun ini dan syarikat Gobuilders Netsoft Sdn Bhd yang melabur pada suku pertama tahun ini. Kerajaan negeri juga akan melancarkan satu projek di kawasan perindustrian baharu berskala besar pada Oktober bersempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka dibangunkan di koridor Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0, kata beliau. “Perdana Menteri...
JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, projek ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan perindustrian Malaysia dan akan menjana manfaat jangka panjang kepada tenaga kerja, perniagaan serta komuniti negara. “Sebanyak 37,000 pekerjaan itu bukan sekadar angka, tetapi peluang yang akan meningkatkan taraf hidup keluarga dan mengubah komuniti. "MBW Innexus akan mengembangkan asas perindustrian Malaysia, menyokong...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Chamrun Digital Malaysia membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) Agentic yang memfokuskan untuk menangani cabaran utama sektor awam seperti halangan operasi dan jurang penyampaian perkhidmatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dr Behrang Parhizkar. “Kami sedang bekerjasama rapat dengan pegawai kerajaan dalam pelbagai penyelesaian praktikal dan berimpak tinggi yang pada masa ini dalam peringkat perbincangan, reka bentuk dan pelaksanaan awal. “Inisiatif ini memperlihatkan bagaimana AI Agentic boleh meningkatkan kecekapan operasi, mengukuhkan langkah membuat keputusan berasaskan bukti dan menambah baik perkhidmatan untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata melalui...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO). Harga IPO yang ditetapkan pada 20 sen sesaham, menyediakan kepada syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM186.9 juta selepas penyenaraian, berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 934.4 juta saham. Pengarah Urusannya Lim Cheng Ten berkata, hasil itu akan membolehkan syarikat menambahkan jumlah penjananya sebanyak sekurang-kurangnya 36 unit lagi dan membeli peralatan voltan sederhana dan tinggi untuk menyokong sasaran pengembangan dalam tempoh tiga tahun akan datang...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka. MBSB Investment Bank Bhd berkata momentum jualan juga diunjurkan kekal tinggi bulan ini, disokong oleh peningkatan ketersediaan stok. "TIV bagi kenderaan penumpang dijangka menerima sokongan daripada pelancaran model baharu pada separuh pertama 2025, manakala penurunan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini dilihat membantu memulihkan sentimen pembelian," katanya dalam nota penyelidikan hari ini. Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata jenama nasional kekal utuh, meraih bahagian pasaran daripada jenama bukan nasional...
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Wintech Metal Processing Sdn Bhd yang menyertai Expo 2025 Osaka di Jepun merancang untuk mengembangkan portfolio pejabat pintarnya yang dipacu kecerdasan buatan (AI), analitik canggih dan reka bentuk akustik yang boleh disesuaikan. Pengarah Pemasarannya Dixon Loong berkata suasana kerja pada masa depan semuanya berkisar tentang kebolehsuaian. "Kami sedang membina penyelesaian yang menggabungkan reka bentuk, teknologi dan data sambil terus memberi tumpuan utama kepada keperluan dan nilai-nilai insaniah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Melalui kehadirannya di Pavilion Malaysia syarikat fabrikasi logam dan penyelesaian ruang kerja itu menunjukkan bahawa persekitaran kerja pada masa depan bukan...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF). Dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini, kementerian itu berkata daripada jumlah pembayar cukai yang terlibat, sebanyak 1.07 juta pembayar cukai telah menerima bayaran balik sepenuhnya yang berjumlah RM2.73 bilion. Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berhubung jumlah bayaran balik lebihan cukai yang tertunggak, faktor kelewatan dan tempoh masa pelaksanaannya. MOF menambah bayaran balik cukai untuk syarikat, yang biasanya melibatkan jumlah...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa angka pelaburan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merujuk secara khusus kepada cadangan pelaburan yang telah diluluskan. Beliau berkata ia hanya meliputi sektor pengilangan dan perkhidmatan di bawah bidang kuasa MIDA yang meliputi pelaburan domestik dan juga pelaburan asing. "Pengiraan pelaburan langsung turut merujuk kepada jumlah kos projek seperti tanah, kilang dan jentera,” katanya dalam satu hantaran di platform Instagram di mana beliau memuat naik semula penjelasan yang dibuat mengenai perkara itu pada tahun lepas. Dalam hal itu katanya, ia berbeza dengan nilai...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan PT Bathi Rakyat Abadi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas rangkaian kerjasama dalam penyelesaian kewangan patuh syariah. MoU itu khususnya melibatkan perkhidmatan Ar-Rahnu (pajak gadai Islam), selain menyokong pertumbuhan perniagaan berasaskan halal di Indonesia. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu mencerminkan hubungan erat serta aspirasi bersama Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa komuniti, memperluas keterangkuman kewangan dan mengukuhkan gerakan koperasi merentas sempadan negara. “Kerjasama antara Bank Rakyat dan Bathi Rakyat Abadi ini merupakan satu langkah...
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS dan turut ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain pada Selasa disokong oleh prestasi perdagangan Malaysia yang kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada Julai. Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), prestasi perdagangan negara meningkat semula sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM265.92 bilion pada Julai, merekodkan nilai perdagangan bulanan tertinggi pernah dicatatkan. Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan penyusutan sedikit kepada 4.2215/2255 berbanding dolar AS daripada paras 4.2200/2240 pada Isnin. MITI berkata eksport pada Julai melonjak 6.8 peratus kepada RM140.45 bilion, nilai...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Panduan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih jelas mengenai Malaysia dan ketegangan perdagangan AS-China yang semakin mereda boleh menyokong eksport separuh kedua 2025, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB). Pengurangan tarif AS ke atas Malaysia iaitu dari 25 peratus kepada 19 peratus dan perjanjian perdagangan AS-China yang dilanjutkan sehingga 10 Nov sewajarnya memberikan sokongan jangka pendek selain mampu melonjakkan sentimen pembuatan "Kesamaan dalam kadar tarif AS di seluruh ASEAN juga dijangka terus menyokong daya saing Malaysia," katanya melalui satu nota hari ini. Bagaimanapun, bank itu mengekalkan pandangan berhati-hati mengenai prospek perdagangan disebabkan impak tarif secara...
KUALA LUMPUR, 19 (Ogos) -- Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC), iaitu platform penting dalam merangka dasar fiskal yang jelas dan menentukan hala tuju ekonomi negara. Perdana Menteri  berkata Kerajaan MADANI perlu terus mencari keseimbangan antara usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan, terutama dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. "Meskipun dunia masih bergelut dengan...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka berada di atas RM4,300 setan dalam jangka masa terdekat walaupun berlaku ketidakstabilan harga, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). MPOC melalui satu kenyataan hari ini memberitahu ketersediaan eksport minyak kacang soya yang agak terhad, digabungkan dengan prospek pertumbuhan bekalan minyak sawit yang lebih perlahan berbanding dengan permintaan biodiesel, mungkin memberikan sokongan yang berterusan. "MSM baru-baru ini melonjak di atas RM4,500 setan dan mungkin kekal tidak menentu pada minggu -minggu akan datang. Namun, kemampanan kekuatan harga minyak sawit amat bergantung kepada daya saingnya terhadap minyak kacang soya di pasaran eksport," katanya...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Aeon Co (M) Bhd and Aeon Credit Service (M) Bhd bercadang untuk menubuhkan dan menggabungkan syarikat usaha sama (JVCo) bagi menguruskan program kesetiaan pelanggan bersatu dan membolehkan keupayaan pengurusan digital di seluruh kumpulan Aeon di Malaysia. Aeon Con dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata bagi melaksanakan inisiatif ini, kedua-dua syarikat telah memeterai perjanjian JV dan pemegang saham. Katanya, modal berbayar permulaan sebanyak RM50 juta akan disumbangkan oleh kedua-dua pihak dalam jumlah yang berkadar dengan pegangan saham masing-masing, dengan Aeon Credit memegang 51 peratus kepentingan dan Aoen Co sebanyak 49 peratus kepentingan. “JVCo akan menguruskan program...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan eksport  ke pasaran utama akan mencatatkan pertumbuhan mampan pada masa depan, disokong oleh permintaan yang stabil bagi produk elektrikal dan elektronik (E&E) walaupun berdepan cabaran tarif. Dalam satu nota penyelidikan hari ini, bank pelaburan itu berkata usaha berterusan bagi mengembangkan hubungan perdagangan dua hala dan mempelbagaikan pasaran eksport dijangka membantu mengurangkan beberapa kesan buruk langkah tarif. “Usaha untuk mempelbagaikan pasaran dan mengukuhkan hubungan dua hala seharusnya mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS), manakala penggunaan domestik yang berdaya tahan akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kerajaan perlu melaksanakan Analisis Kos Faedah (CBA) sebelum mempertimbangkan Tasik Kenyir sebagai hab pusat data dan kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata kerajaan menyambut baik cadangan untuk mengkaji potensi Tasik Kenyir sebagai hab pelaburan pusat data dan AI, memandangkan kawasan itu mempunyai kelebihan dari segi tenaga hidro, bekalan air dan infrastruktur asas. Tetapi kata beliau, Terengganu masih belum berada dalam kelompok "hot spot" industri pusat data dan penilaian menyeluruh perlu dibuat bagi memastikan projek itu benar-benar sesuai dan berdaya maju. "Oleh yang demikian, perbincangan lanjut...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pengecualian cukai jualan ke atas produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) merupakan hasil perundingan tarif yang dimuktamadkan berdasarkan kepentingan bersama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pengecualian tersebut adalah antara hasil perbincangan yang membawa kepada pengurangan tarif timbal balas terhadap Malaysia. "Oleh itu, sebarang pertimbangan pengecualian cukai kepada negara lain adalah tertakluk kepada rundingan berdasarkan permintaan serta tawaran balas daripada negara berkaitan dengan syarat ia memberikan manfaat dan keuntungan kepada Malaysia," katanya ketika sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Ke-13...
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada Julai berbanding 54,863 unit pada Jun 2025, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). MAA dalam kenyataan hari ini berkata TIV yang lebih tinggi ini disumbangkan oleh bulan kerja penuh selama 23 hari bekerja berbanding Jun 2025 (19 hari bekerja) serta asas pengeluaran yang rendah pada Jun 2025 berikutan penutupan operasi sempena Hari Raya Aidiladha. Bagaimanapun MAA berkata jumlah TIV setakat ini pada tahun ini 5.0 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2024. “Berasaskan tahun ke tahun, TIV bagi Julai 2025 adalah 5.0 peratus lebih rendah daripada 73,501 unit...
Back
Top
Log in Register