BTC USD 80,773.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

TPM Fadillah Tiba Di Busan, Ketuai Delegasi Malaysia Ke APEC EMM15
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15). Oleh Harizah Hanim Mohamed BUSAN, 25 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin, 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15). Ketibaan Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid. Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air...
Untung Bersih TH Plantations Meningkat Kepada RM11.79 Juta Bagi Suku Kedua
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM11.79 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM10.41 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2024. Perolehan juga melonjak sebanyak 11.10 peratus kepada RM220.02 juta daripada RM198.03 juta bagi tempoh yang sama,. “Prestasi lebih baik ini didorong oleh jumlah jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang lebih tinggi serta purata harga direalisasikan yang lebih tinggi bagi MSM, isirung sawit serta tandan buah segar (FFB),” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2025 THP merekodkan perolehan sebanyak RM399.14 juta, mewakili peningkatan sebanyak 12.33 peratus...
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah yang menjawab bagi pihak Kementerian Ekonomi berkata setiap permohonan projek dinilai secara holistik berdasarkan impak sosioekonomi, keperluan setempat, keupayaan pelaksanaan dan keseimbangan pembangunan wilayah. “Penilaian ini turut mengambil kira keutamaan strategik negara dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan di seluruh negara, keterangkuman rakyat, nilai untuk wang serta sejajar dengan keutamaan nasional yang...
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) --  Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyasar untuk mencapai jualan lebih RM250 juta sepanjang Pameran MATTA Kebangsaan Ke-57, didorong oleh Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) akan datang, dan lonjakan permintaan pengembaraan dalam ASEAN. Presiden MATTA Nigel Wong berkata jumlah itu secara tradisinya menjadi penanda aras bagi setiap pameran. Namun, edisi September itu dijangka terus menyaksikan momentum yang lebih meningkat, dirangsang oleh kempen kerajaan bagi TMM2026 dan minat serantau yang lebih kukuh. “Kami lebih optimis kali ini kerana peralihan semangat bagi pengembaraan ASEAN dan peningkatan minat dalam pakej domestik. “Kebanyakan pempamer turut memperkenalkan...
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) --  Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pemerkasaan ketersambungan serantau dengan memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di pentas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata pengukuhan ini termasuk melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), Grid Kuasa ASEAN, inisiatif ASEAN Connectivity by Rail dan Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC). Menurut  Anwar, prakarsa ini merupakan antara tonggak utama untuk memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh, selain meningkatkan daya saing negara sebagai pintu masuk pelaburan serantau. “JS-SEZ merupakan kerjasama rentas sempadan yang berpotensi menjana ratusan...
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hutang baharu negara berkurang secara berperingkat meskipun berdepan polemik politik yang berterusan mengenai kedudukan keseluruhan hutang negara. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pengurangan itu penting kerana selagi defisit fiskal wujud, jumlah keseluruhan hutang akan terus bertambah. “Defisit fiskal memang mencabar. Kerajaan MADANI yang pertamanya sedang cuba menurunkan defisit fiskal dan hutang baharu walaupun menjadi polemik politik tidak berkesudahan...Kenapa kita kena turunkan (defisit)? Kalau tidak turunkan, hutang akan membengkak. “Sebab itu defisit harus dikurangkan... Kita dah kurangkan daripada 5.6 peratus, lima peratus, empat...
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kadar pertumbuhan tahunan Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan penurunan marginal 0.2 peratus pada Jun 2025, mencatatkan 113.4 mata berbanding 113.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). IP memberi petunjuk awal mengenai titik perubahan dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi bagi tempoh terdekat. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan ini mencerminkan penyusutan dalam empat daripada tujuh komponen, dengan penurunan paling ketara sebanyak -27.4 peratus dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain. “Dari segi perbandingan bulanan, IP turut menyusut 0.5 peratus, dipengaruhi oleh penurunan...
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) hari ini mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan bagi 2025 pada kadar 1.9 peratus tahun ke tahun manakala CIMB Securities Sdn Bhd menurunkan unjurannya dengan kedua-duanya menjangkakan langkah pengurangan harga bahan api yang dirancang memberi impak yang terhad. Menerusi penyelidikannya hari ini, Public IB berkata kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme rasionalisasi subsidi RON95 pada lewat September selain pengurangan harga runcit bahan api itu kepada RM1.99 seliter daripada RM2.05 seliter. Susulan itu, bank pelaburan itu berkata langkah-langkah berkenaan selain kos domestik yang secara amnya stabil, tidak dijangka membawa perubahan ketara terhadap harga...
Daripada Harizah Hanim Mohamed BUSAN, 24 Ogos (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) di Busan, Korea mengetengahkan aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050 dan menggariskan peranan negara dalam kerjasama tenaga serantau. Dalam lawatan rasmi dari 27 hingga 29 Ogos, Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mengetengahkan aspirasi Malaysia itu melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Penyertaan Malaysia pada APEC EMM15 juga akan memperkukuh imej Malaysia sebagai rakan...
Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Industri minyak sawit Malaysia dijangka kekal positif dalam tempoh terdekat, disokong oleh eksport yang lebih kukuh dan inventori yang semakin berkurangan, kata Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa. Beliau berkata harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi, diniagakan antara RM4,200 hingga RM4,500 setan, didorong oleh ketidaktentuan perdagangan global dan dasar biobahan api Amerika Syarikat (AS) yang tidak jelas. Beliau berkata tarif import dan perubahan halangan dalam perdagangan di ekonomi-ekonomi utama telah mengganggu aliran minyak makan pesaing, sekali gus menyebabkan bekalan menjadi terhad di pasaran utama, meningkatkan...
Oleh M. Saraswathi KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG). Mempunyai reputasi dalam menyediakan bekalan tenaga yang stabil dan selamat di Malaysia, syarikat telah memperluas peranannya dalam memacu peralihan ke arah tenaga bersih dan mampan untuk rantau ini. Tidak dinafikan, ia merupakan inisiatif yang berpandangan jauh, APG menyasarkan untuk menjadikan negara dan rantau ini sebagai hab utama tenaga bersih. Syarat utama untuk mencapai masa depan tenaga mampan bagi ASEAN ialah kerjasama daripada negara-negara anggotanya. Ini menyediakan landasan untuk membolehkan tenaga bersih dan boleh baharu memacu ekonomi dan melindungi kehidupan...
Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Di sepanjang Jalan Petaling yang sibuk, dengan kemeriahan pelancong tawar-menawar harga untuk membeli cenderahati dan peniaga giat mempromosikan barangan jualan mereka kepada pelanggan, terdapat sebuah kedai lama, Kedai Ubat Kien Fatt terletak di bangunan warisan yang melambangkan elemen perpaduan Malaysia. Sebuah papan tanda dengan empat bahasa — Bahasa Melayu, Jawi, Mandarin dan English — dipamerkan dengan jelas di kedai perubatan tradisional Cina (TCM) itu yang telah beroperasi sejak tahun 1942. Perniagaan yang telah berusia 83 tahun itu terus menjadi tumpuan pelanggan setia dan pelancong yang datang ingin mengetahui lebih lanjut. Melangkah masuk...
PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Program Kerjaya dan Keusahawanan Bioagrotek dan Biofarmaseutikal 2.0 (BeST 2.0) akan diperluas kepada subsektor bioteknologi baharu melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), realiti terimbuh dan realiti maya (AR/VR) serta teknologi tenaga hijau, bagi memastikan modul latihan yang ditawarkan terus seiring dengan keperluan industri. Pengerusi Bioeconomy Corporation Datuk Dr Lee Boon Chye berkata peluasan itu akan dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuh pangkalan data siswazah dan trend industri bagi penambahbaikan modul latihan yang lebih berfokus. “Dengan peluasan subsektor ini, siswazah BeST 2.0 bukan sahaja relevan kepada industri bioteknologi dan berasaskan bio masa kini, malah bersedia untuk...
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengemas kini rangka kerja insentif pelaburannya bagi sektor pembuatan untuk memastikan ia sejajar dengan hasil yang disasarkan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industi Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata hasil ini termasuk meningkatkan kekompleksan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan memperkukuh hubungan domestik. Beliau berkata kementeriannya juga telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk setiap hasil. “Dan saya pasti sesetengah daripada anda sudah dapat menentukan cara bagaimana anda akan menasihati pelanggan anda tentang cara terbaik untuk memenuhi KPI tersebut agar mereka layak mendapat...
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Profesion penilaian, perejenan dan pengurusan harta tanah merupakan sektor perkhidmatan profesional yang penting serta menjadi antara tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. Beliau berkata profesional dalam bidang itu berupaya membantu meningkatkan keyakinan pengguna dalam membuat keputusan berkaitan harta tanah. “Para penilai dan ejen harta tanah berdaftar memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik pengguna, khususnya pembeli untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai pasaran harta tanah. "Ini membolehkan pembeli membuat keputusan yang bijak dalam memiliki kediaman atau harta tanah impian mereka,” katanya ketika berucap merasmikan...
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd menyambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pelaburan sebelum ini dalam FashionValet serta pendekatan Khazanah secara lebih luas terhadap pelaburan modal teroka (VC) domestik, selaras dengan mandat dan misinya dalam memajukan Malaysia. Menurut Khazanah, dalam sesi bersama PAC itu pihaknya juga mengambil peluang menjelaskan strategi VC domestiknya termasuk sifat pelaburan yang berisiko tinggi seperti FashionValet. “Selain itu, kami turut memberikan gambaran menyeluruh mengenai rangka kerja tadbir urus pelaburan kami secara keseluruhan, yang merangkumi pendekatan kelulusan pelbagai peringkat serta semakan risiko dan urus...
PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 menyediakan peluang penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau, menyelaras strategi ekonomi halal ASEAN selain meletakkan rantau ini sebagai destinasi utama pelancongan Islam serta industri kreatif. Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata WITEX dan WCAF 2025 yang bermula hari ini hingga 24 Ogos, menjadi detik penting untuk ASEAN menunjukkan perpaduan serta kepelbagaiannya selain potensi ekonomi di pentas global. “Di bawah kepimpinan Malaysia, ASEAN boleh memanfaatkan kekuatan kolektifnya daripada perkongsian warisan budaya...
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3. Pakar tenaga bersih serantau itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, unjuran ke atas kemudahan berkenaan disemak semula kepada stabil daripada positif. “Menurut RAM Ratings, kenaikan penarafan ini mencerminkan asas perniagaan Solarvest yang semakin kukuh dan pertumbuhan yang memberangsangkan, disokong oleh nilai perolehan kontrak yang meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.2 bilion setakat akhir Jun 2025 (akhir Julai 2024: RM469 juta). “Pada masa yang...
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030. Kerjasama ini disokong oleh kemudahan pembiayaan Islam RM1.2 bilion daripada MBSB Bank, yang berperanan sebagai penyelaras utama mandat bagi pembiayaan bersama untuk projek DayOne di bawah WG Data Hub Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Rafe Haneef berkata pembiayaan RM1.2 bilion kepada DayOne merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM15 bilion, yang merangkumi RM7.5 bilion dalam bentuk pembiayaan dolar Amerika Syarikat (AS) dan RM7.5 bilion lagi melalui pembiayaan Islam...
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kerajaan dan JPMorganChase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika itu akan membayar RM1.4 bilion (US$330 juta) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF). “Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi pada masa depan berkaitan 1MDB,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. MoF berkata setiap pihak juga akan menarik balik semua rayuan yang belum selesai berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang sebelum ini difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala...
Back
Top
Log in Register