kredit : Pejabat Ketua Menteri
GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.
Menurut Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dalam kenyataan hari ini, pencapaian ini adalah daripada kerjasama erat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Momentum positif ini diteruskan hingga 2025, dengan pelaburan direalisasikan RM13.3 bilion dan 3,000 pekerjaan baharu diwujudkan setakat suku pertama tahun ini,” katanya.
Terdahulu, perkembangan terkini ini dibincangkan pada Majlis Kerjasama Strategik...