BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

SC Dan Bursa Malaysia Siasat Kejadian Akses, Dagangan Tidak Dibenarkan
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd telah menerima laporan daripada beberapa broker yang mendakwa pelanggan gagal melakukan log masuk serta insiden akses dan aktiviti perdagangan tidak dibenarkan menerusi akaun dagangan dalam talian pelanggan yang terhad. Sehubungan itu, pengawal selia dan broker pasaran modal kini dalam keadaan berwaspada selain bekerjasama erat bagi mengenal pasti punca insiden yang dilaporkan berlaku pada tengah hari semalam dan melaksanakan langkah susulan sewajarnya. “Semua broker telah dinasihatkan untuk segera memaklumkan pelanggan bagi melakukan tetapan semula kata laluan/log masuk dan meningkatkan keselamatan akaun masing-masing. “Mereka juga perlu...
Perjanjian Dagangan Dua Hala Antara Topik Perbincangan Malaysia-AS, Kata MITI
Kredit: FB - Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam empat bidang utama -- mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya pada Jumaat berkata Malaysia turut berkongsi kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan AS bagi mencapai penyelesaian dipersetujui bersama membabitkan perkara tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah...
Dolar AS Rendah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi
Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS. Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 99.303 mata. Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit  dijangka kekal positif berbanding dolar AS susulan penurunan DXY. “Penanda aras ekuiti AS meningkat manakala hasil Perbendaharaan AS merosot apabila gesaan kepada penurunan kadar faedah yang agresif semakin...
Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. Bagaimanapun, katanya, BNM tidak akan tergesa-gesa untuk melaraskan unjuran itu memandangkan belum ada sebarang perkembangan yang muktamad buat masa ini. "Sudah tentu, ini (unjuran pertumbuhan Malaysia) perlu diturunkan. Tetapi kami tidak tergesa-gesa untuk melakukannya kerana kami perlu melihat bagaimana ia (tarif timbal balik) diselesaikan. “Sebagai contoh, ia bergantung...
Nor Shahrizan Sulaiman Dilantik Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic
Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab. (Kredit: Maybank) KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab. Pelantikan itu adalah susulan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Perbankan Islam Datuk Muzaffar Hisham yang akan meneruskan kepentingan profesional lain. Proses untuk mengenal pasti GCEO baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Kumpulan Maybank dalam satu kenyataan. Presiden dan CEO Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata bagi pihak...
Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Komited Berjumlah RM41.4 Bilion Pada 2024 - PM Anwar
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata nilai tersebut merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan. “Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan asing sebanyak RM36.1 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM5.3 bilion. “Hatta, pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau. Anwar berkata perkara...
ASEAN Diterajui Malaysia Tawar Kepelbagaian Pasaran Kepada EFTA – Ketua Delegasi Swiss
Kredit: Kedutaan Switzerland KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- ASEAN khususnya Malaysia menawarkan peluang kepebagaian pasaran kepada Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bagi mengembangkan capaian perdagangannya, kata Ketua Delegasi Switzerland Thomas Aeschi. Negara-negara EFTA terdiri daripada Switzerland, Liechtenstein, Norway dan Iceland. Aeschi berkata Malaysia menawarkan alternatif yang sangat baik bagi syarikat berasaskan EFTA bagi meningkatkan kehadiran mereka di rantau ASEAN. “Malaysia menawakan alternatif yang sangat baik untuk syarikat. Ia serupa dengan Singapura tetapi lebih murah daripada Singapura dan lebih maju berbanding Vietnam. “Malaysia menawarkan kedudukan yang menarik di antara kedua-duanya, boleh saya...
Malaysia Tumpu Realisasikan Grid Tenaga ASEAN, Tingkat Program Pertukaran -- TPM Fadillah
Daripada Salawaty Supardi LONDON, 24 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan Grid Tenaga ASEAN selain meningkatkan program pertukaran berkaitannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata langkah itu tidak hanya meningkatkan keterjaminan, akses dan kemampuan tenaga di Malaysia, malah dalam kalangan negara anggota ASEAN. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ini penting memandangkan isu berkaitan bekalan tenaga itu turut membabitkan segelintir anggota perkumpulan itu yang tidak dapat mengeksport lebihan tenaga. “(Sehubungan itu) sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, tumpuan kita adalah Grid Tenaga ASEAN...
MTD Properties Umum Tiga Projek Kediaman, Taman Industri Di Kajang Dan Melaka
Ketua Pegawai Operasi MTD Group, Dr Nik Fauzan Datuk Nik Faizul (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MTD Group, Reime Rizal Abdul Aziz (kanan) bergambar bersama replika projek hartanah yang dipamerkan pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pameran Eksklusif Hartanah MTD di Menara Kenari hari ini. KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan tiga projek pembangunan utamanya, termasuk dua projek perumahan dan sebuah taman perindustrian di Melaka dan Kajang, Selangor bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Dr Nik Fauzan Nik Faizul berkata projek perumahan terbabit adalah MTD Sutera Vista Residence di Taman Sutera, Kajang dan Fasa 24 Taman Tasik Utama di Ayer...
Reservoir Link Raih Kontrak Khidmat Pengujian Telaga Daripada Petronas Carigali
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Reservoir Link Energy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Reservoir Link Sdn Bhd, telah menerima anugerah perintah kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan pengujian telaga ringan. Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan mampu menjana sehingga RM40 juta, bergantung kepada jumlah telaga yang terlibat. Katanya skop tanggungjawab merangkumi penugasan kakitangan berkemahiran tinggi, penggunaan teknologi ujian telaga yang canggih, penyelenggaraan peralatan dan penyelarasan semua urusan logistik yang diperlukan. Timbalan Pengerusi Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata kumpulan itu menjangkakan lebih banyak aktiviti dalam beberapa bulan...
Kempen LTW 2024 MAHB Catat Jualan Lebih RM200 Juta
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Hani Ezra Husin Oleh Nurfardlina Izzati Moktar KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kempen Licence to Win (LTW) 2024 oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan lebih RM200 juta dalam jumlah resit jualan. Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersialnya, Hani Ezra Husin berkata jumlah tersebut melepasi kempen LTW terdahulu iaitu pada 2019 yang mencatatkan jualan sebanyak RM178 juta. “Ini merupakan program tahunan yang bermula sejak 2017 tetapi dihentikan sementara sewaktu pandemik. “Selepas berehat seketika, kami sangat berbangga kerana LTW sekali lagi berjaya menarik perhatian para pengembara kami. LTW 2024 berjaya mengumpul 300,000...
Jerman, Malaysia Kekal Rakan Dagang Penting -- Timbalan Ketua Misi
Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf - (Kredit gambar: Anas Abu Hassan) Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana negara itu juga merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara ASEAN, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf. Katanya, kedua-dua negara menyedari kepelbagaian ekonomi bukan sahaja strategi penting tetapi juga satu keperluan dalam mengharungi ketidaktentuan semasa persekitaran ekonomi global. Wolf menekankan bahawa syarikat Jerman memerlukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dan inovatif di Asia Tenggara dan Malaysia...
Petronas Meterai 11 MoU Bagi Perkukuh Sektor OGSE
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia. MoU tersebut menyokong dua inisiatif utama, iaitu transformasi halaman dan peningkatan produktiviti serta juara perdagangan mahir. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu berkata perjanjian itu memanfaatkan kerjasama industri bagi memodenkan fabrikasi halaman dan membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan membantu Malaysia memenuhi permintaan sektor tenaga yang berkembang. Sebagai sebahagian daripada transformasi halaman dan inisiatif pengukuhan...
Audi Mulakan Pemasangan Audi Q7 Di Pekan, Pahang
Kredit: Ceria Communications Asia PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan. Audi merupakan sebahagian daripada jenama kenderaan di bawah Volkswagen Group. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM) Susanne Lehmann berkata Malaysia telah dikenal pasti sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan Audi di ASEAN. “Pelanggan akan terus menikmati kualiti, prestasi dan kemewahan Audi yang sama, kini buatan Malaysia,” katanya pada majlis Permulaan Pengeluaran Audi Q7 di sini hari ini. SUV Audi Q7 merupakan kenderaan tujuh tempat duduk dan...
CIMB Jangka Keuntungan Bersih Suku Pertama Bursa Malaysia Rendah
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dijangka mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih sebanyak 9.8 peratus hingga 20.4 peratus suku ke suku dan 17.2 peratus hingga 26.9 peratus tahun ke tahun kepada RM55 juta-RM62 juta pada suku pertama 2025. Bursa Malaysia dijadual mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama tersebut pada 28 April ini. CIMB Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata penurunan  yang dijangkakan itu adalah berdasarkan kepada anggaran penurunan 5.6 peratus hingga 10.9 peratus suku ke suku dan 6.3 peratus hingga 11.5 peratus tahun ke tahun jumlah pendapatan kepada RM166 juta hingga RM175 juta. Ini akan didorong oleh pengurangan 5.3 peratus suku ke suku dan 14.2 peratus tahun...
Inflasi Malaysia Diunjur Pulih Selepas Menyederhana Pada Mac -- Moody's Analytics
SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pulih pada tempoh separuh kedua 2025 selepas mencatatkan angka terendah dalam tempoh melebihi empat tahun pada Mac. Moody’s Analytics berkata kategori pengangkutan dan perumahan serta utiliti, berisiko diasak tekanan inflasi dalam bulan-bulan mendatang apabila kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api selain tarif elektrik dinaikkan. “Keadaan cuaca di luar jangka juga menjadi antara risiko utama yang boleh memberi tekanana ke atas inflasi makanan,” katanya dalam laporan Taklimat Harian Asia Pasifik hari ini. Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia menyederhana kepada 1.4 peratus tahun ke tahun pada Mac, lebih rendah daripada 1.5 peratus pada bulan...
BNM, Perbendaharaan Akan Teliti Semula Laporan Terkini KDNK Malaysia Oleh IMF - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa di sini hari ini. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberikan kenyataan lengkap mengenai perkara itu dalam Sidang Khas...
U Mobile Lantik CT Sabah Sebagai Rakan Niaga Litar Terpajak 5G
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai perjanjian terma bagi melantik Celcom Timur Sabah (CT Sabah) untuk mengendalikan litar terpajak di Sabah dan Labuan. Dalam satu kenyataan hari ini, U Mobile berkata selepas perjanjian itu dimuktamadkan, syarikat tersebut akan memanfaatkan infrastruktur fiber CT Sabah yang kukuh untuk menyokong dan mempercepatkan pelaksanaan 5G di kawasan tersebut. “Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, CT Sabah akan menaik taraf tapak rangkaian 4G sedia ada kepada 5G dan membangunkan tapak rangkaian litar terpajak tambahan bagi memenuhi keperluan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu di negara ini. “U Mobile akan mendapat manfaat daripada rangkaian fiber CT Sabah yang...
Malaysia Negara Pengeksport Barangan Teknologi Tinggi Kesembilan Terbesar Dunia Pada 2023
Gambar fail CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata nilai eksport teknologi tinggi Malaysia telah meningkat sebanyak US$2 bilion kepada US$127 bilion pada 2023, manakala peratus eksport teknologi tinggi daripada keseluruhan eksport perkilangan juga meningkat kepada 58.69 peratus pada 2023 daripada 52.48 peratus pada 2022. Beliau berkata negara turut merekodkan lebihan dagangan tertinggi dalam tempoh sedekad, berjumlah US$51.5...
TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London
Datuk Seri Fadillah Yusof Daripada Salawaty Supardi LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini. Sidang kemuncak anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK) itu yang berlangsung di Lancaster House akan menghimpunkan penggubal keputusan dari seluruh dunia untuk merangka pelan tindakan bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin pada masa depan. Fadillah yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tiba di sini pada Rabu selepas lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Istanbul, Turkiye, dan akan mengambil bahagian dalam Sesi 1...
Back
Top
Log in Register