BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Minyak Sawit Pemacu Utama Ekonomi Malaysia, Sumbang RM114 Bilion Eksport Pada 2024 - DARE
-- Gambar hiasan KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat  Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE). Dalam satu kenyataan hari ini, DARE berkata laporan bertajuk 'Memajukan Kemampanan dalam Industri Minyak Sawit Malaysia mendapati sektor itu menyumbang sebanyak RM114 bilion dalam nilai eksport dan RM38.05 bilion, mewakili 2.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2024. Laporan itu juga menyatakan bahawa 26.4 peratus daripada jumlah keluasan kawasan penanaman kelapa sawit Malaysia, kira-kira 1.48 juta hektar diuruskan oleh pekebun kecil, yang...
Nuren Group Rancang IPO Nasdaq, Lantik ZICO Evolve Capital Sebagai Penasihat Kewangan
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Nuren Group Ltd (Nuren) merancang untuk disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Petrina Goh berkata penyenaraian yang dicadangkan itu menandakan satu pencapaian penting dalam fasa pertumbuhan seterusnya bagi Nuren Group. Katanya, kumpulan dan anak syarikat (Nuren Group) berusaha untuk memperluas jejak pasaran modal serta memanfaatkan mudah tunai yang mendalam serta asas pelabur global di pasaran AS. “Ini lebih daripada sekadar penyenaraian. Ia merupakan satu langkah positif ke hadapan dalam misi kami untuk membina ekosistem untuk wanita yang paling dipercayai di Asia Tenggara iaitu daripada...
Perlindungan Perdagangan Jejas Perdagangan Global - ASEAN+3
Kredit: Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi. Ini berisiko merencatkan pergerakan perdagangan, pelaburan dan aliran modal di seluruh rantau ini, demikian menurut rumusan daripada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN+3 ke-28 (AFMGM+3). Mesyuarat itu yang diadakan pada 4 Mei, 2025, di Milan, Itali, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II Malaysia Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Menteri Kewangan China Lan Fo’an dan Gabenor People’s Bank of China Pan Gongsheng. Mesyuarat itu turut...
Syarikat Jepun Minat Berkembang Dalam Pelbagai Sektor Di Malaysia
Oleh Christine Lim KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Banyak syarikat Jepun sedang mencari peluang untuk berkembang dalam industri penyahkarbonan, penjagaan kesihatan, inovasi dan perkhidmatan di Malaysia. Pengarah Urusan Pertubuhan  Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, Koichi Takano berkata beberapa syarikat telah membuat komitmen yang kukuh untuk melabur selama dua tahun, bermula dari tahun ini. "Ini termasuk penubuhan perkhidmatan kejuruteraan serta operasi dalam sektor minyak dan gas, semikonduktor dan bioteknologi," katanya kepada Bernama. Beliau ketika bercakap mengenai sektor penyahkarbonan berkata momentum mengenai bidang itu dijangka akan datang daripada Sidang Kemuncak Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC), yang...
Sektor Pembuatan ASEAN Merosot Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 16 Bulan - S&P GlobalÂ
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global ASEAN merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada April 2025, mencatatkan bacaan di bawah paras neutral sebanyak 50.0 buat kali pertama sejak Disember 2023. “Sebanyak 48.7, menurun daripada 50.8 pada Mac, pengeluar ASEAN mengalami kemerosotan yang sederhana, tetapi paling ketara, dalam keadaan operasi sejak Ogos 2021,” menurut S&P Global Market Intelligence. Ahli Ekonomi S&P Global Market Intelligence Maryam Baluch berkata data PMI pada April menunjukkan gambaran membimbangkan bagi pengeluar barangan ASEAN apabila sektor tersebut kembali mencatatkan penyusutan buat kali pertama dalam tempoh 16 bulan. “Pengeluaran dan pesanan baharu mencatatkan...
West River Sasar Tingkat Keluaran Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- West River Bhd (West River), penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan kemudahan baharu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ia merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan pasca tawaran awam permulaannya (IPO). Pengarah Urusannya, Lim Yong Lai berkata syarikat itu juga terbuka untuk mempercepatkan tempoh untuk memperoleh kilang yang sudah siap dibina, bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Beliau berkata, pada awalnya syarikat itu merancang untuk membeli tanah, kemudiannya mendapatkan kelulusan yang diperlukan sebelum meneruskan pembinaan. “Bagaimanapun, kami juga terbuka kepada pilihan untuk membeli...
Maybank IB Kekal Positif Terhadap Kelompok Pusat Data ASEANÂ
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap kelompok pusat data (DC) yang dibangunkan di ASEAN walaupun terdapat sekatan eksport cip berteknologi tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan berkaitan tarif dan makro. Bank pelaburan itu berkata potensi urus niaga negara demi negara dengan AS mengenai bekalan cip berteknologi tinggi masih berkemungkinan berlaku yang boleh membantu menangani isu dari segi bekalan. "Analisis terhadap komitmen perbelanjaan modal (capex) penyedia awan global dan ulasan pihak pengurusan mencadangkan sedikit risiko kecerdasan buatan (AI) atau pertumbuhan awan atau tahap capex mereka yang perlahan. "Ini sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai...
Gamuda Meterai Perjanjian Bernilai RM1.46 Bilion Jual Tanah, Bina Pusat Data
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd (DCI), telah memeterai dua kontrak membabitkan penjualan tanah seluas 157.42 hektar pada harga RM455.23 juta dan melaksanakan kerja-kerja bernilai RM1.01 bilion dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata pusat data itu terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. DCI akan melaksanakan kerja-kerja di atas tanah berkenaan bagi pembangunan pusat data Pearl Computing, termasuk kerja-kerja tanah serta infrastruktur luaran. “Kerja-kerja infrastruktur luaran itu merangkumi (kemudahan) loji rawatan air baharu dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 65 juta liter...
Malaysia Tidak Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Import AS, Purata Hanya 5.6 Peratus - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Anwar memberi penerangan terperinci mengenai langkah serta perancangan kerajaan dalam mendepani tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas terhadap semua import ke negara itu. Penerangan itu menyentuh implikasi langsung tindakan AS terhadap ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan dan pelaburan serta pendekatan proaktif kerajaan dalam menyelaras respons merentas kementerian dan industri. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara...
Tarif AS: Kerajaan Tingkatkan Jaminan SJPP RM1 Bilion Bagi Bantu Pengeksport PKS
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu bagi manfaat usahawan PKS yang terjejas, kerajaan turut bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI). “Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS yang secara langsung terjejas. “Tarif timbal balas Amerika Syarikat memberi kesan negatif ke atas rantaian bekalan dan...
Bursa Malaysia Derivatives Akan Ditutup Pada Cuti Hari Wesak
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Bursa Malaysia Derivatives akan ditutup pada Isnin (12 Mei) bersempena cuti umum Hari Wesak. Dalam kenyataannya hari ini, pihak pengawal selia itu berkata tiada sesi dagangan akan diadakan pada malam menjelang serta pada malam cuti umum itu. “Sesi dagangan akan disambung semula pada Selasa (13 Mei)," katanya. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2419752
Kerajaan Sedia Peruntukan Tambahan RM50 Juta Kepada MATRADE, Segerakan Penerokaan Pasaran Baharu - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata langkah tersebut merupakan satu daripada strategi Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana, berikutan tarif timbal balik mengejut yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia. “Antara ikhtiar yang akan dilaksanakan termasuklah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran baharu melalui penglibatan dalam...
Kerajaan Pertimbang Semak Semula Unjuran Pertumbuhan KDNK Selepas Dapat Lebih Kepastian Hasil Rundingan Dengan AS
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 selepas mendapat lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan Malaysia dengan negara itu. “Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sedang meneliti kesan tarif dan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK setelah terdapat lebih kepastian atas pelaksanaan dasar tarif pentadbiran (Presiden AS Donald) Trump serta hasil rundingan dengan AS,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS di sini. Menyifatkan situasi berkenaan...
Tarif : AS Setuju Adakan Rundingan Lanjut Dengan Malaysia , Kata PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Amerika syarikat (AS) bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia mengenai tarif timbal balas mengejut dikenakannya ke atas negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun ini perbincangan awalan, beliau optimis terdapat kemungkinan AS akan mengurangkan kadar tarif timbal balas yang dikenakan ke atas Malaysia. “Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak. “(Pada masa sama) tiada sebarang komitmen muktamad yang telah dibuat oleh Malaysia mahupun pihak AS,” kata beliau pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan juga...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat
Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.84 mata kepada 1,544.33 daripada 1,542.49 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran susut 0.71 mata kepada 1,541.78 pada sesi pembukaan. Jumlah dagangan sebanyak 123.73 juta saham bernilai RM65.76 juta. Suasana pasaran positif, dengan 233 kaunter untung mengatasi 90 kaunter rugi, 244 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak...
Kedudukan Ekonomi Negara Kukuh Hadapi Impak Tarif Import AS - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi MADANI  juga dilihat dapat membantu negara untuk lebih berdaya tahan serta bersiap siaga mendepani ketidaktentuan ekonomi global. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata daya tahan ekonomi domestik itu juga menyukarkan Malaysia untuk terjebak dengan tekanan pihak luar. “Satu hal yang ingin saya tegaskan, kita mengharungi kekacauan ini dengan asas...
Pelabur Asing Terus Ligat Membeli Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk Dana RM853.8 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti pembelian ketara di Bursa Malaysia pada minggu lepas yang juga minggu kedua berturut-turut dengan menyumbang aliran masuk berjumlah RM853.8 juta. Perkembangan itu juga memaparkan aliran masuk dana asing pertama berterusan atau secara berturut-turut sejak 24 September lepas. Mengikut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir pada 2 Mei, 2025, pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih pada setiap hari dagangan dengan mencatat jumlah dalam julat RM50.7 juta hingga RM340.8 juta. Jumaat lepas misalnya meraih aliran masuk asing bersih tertinggi dan diikuti Khamis dengan masing-masing berjumlah RM340.8 juta dan RM325.2 juta. “Tiga...
MITI Lakukan Persiapan Akhir Sebelum Sidang Khas Parlimen Esok
fb Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia. Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC). "Esok, kita akan bedah siasat kesannya dan juga tindak balas Malaysia," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X beliau hari ini. Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport...
Richiamo Coffee Sasar Tembusi 5-10 Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh Lima TahunÂ
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd Muhamad Zamry Abu Samah Oleh Mohd Noor Azeery Idris KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Muhamad Zamry Abu Samah berkata sebagai permulaan, syarikatnya akan membuka cawangan di Phnom Penh, Kemboja dan Melbourne, Australia pada September tahun ini. Beliau berkata bermula tahun lepas syarikat itu mula aktif menyertai ekspo di peringkat antarabangsa untuk mengintai pasaran yang berpotensi. “Antara ekspo yang kita sertai termasuk di...
Gamai Sasar Eksport Latok Segera Ke Filipina, Singapura Tahun Hadapan
Oleh Nor Farah Aqilah Mohd Sham KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Gamai Sdn Bhd, syarikat pengeluar latok segera iaitu juadah rumpai laut yang turut dikenali sebagai anggur laut menyasarkan untuk mengeksport produk itu ke Filipina dan Singapura tahun depan setelah mendapat perhatian peminat makanan tradisional di dalam dan luar negara. Pengasas Gamai Sdn Bhd Fatimah Salleh berkata produk latok segera yang dihasilkannya merupakan inovasi baharu yang menyaksikan kesegaran rumpai laut itu mampu bertahan lebih lama sehingga enam bulan. Beliau yang juga pemilik Restoran Ikan Bakar Semporna di Kepong, dekat sini mendapat idea menghasilkan latok segera setelah pelanggan sering mengadu juadah popular di restorannya itu sukar untuk dibawa...
Back
Top
Log in Register