KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$117.49 bilion (US$1= RM4.31) pada akhir Mac, 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$4.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut bank pusat itu, butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ia turut menyediakan maklumat mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan persekutuan serta BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
“Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format...