BTC USD 83,918.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Petronas Meterai 11 MoU Bagi Perkukuh Sektor OGSE
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia. MoU tersebut menyokong dua inisiatif utama, iaitu transformasi halaman dan peningkatan produktiviti serta juara perdagangan mahir. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu berkata perjanjian itu memanfaatkan kerjasama industri bagi memodenkan fabrikasi halaman dan membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan membantu Malaysia memenuhi permintaan sektor tenaga yang berkembang. Sebagai sebahagian daripada transformasi halaman dan inisiatif pengukuhan...
Audi Mulakan Pemasangan Audi Q7 Di Pekan, Pahang
Kredit: Ceria Communications Asia PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan. Audi merupakan sebahagian daripada jenama kenderaan di bawah Volkswagen Group. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM) Susanne Lehmann berkata Malaysia telah dikenal pasti sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan Audi di ASEAN. “Pelanggan akan terus menikmati kualiti, prestasi dan kemewahan Audi yang sama, kini buatan Malaysia,” katanya pada majlis Permulaan Pengeluaran Audi Q7 di sini hari ini. SUV Audi Q7 merupakan kenderaan tujuh tempat duduk dan...
CIMB Jangka Keuntungan Bersih Suku Pertama Bursa Malaysia Rendah
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dijangka mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih sebanyak 9.8 peratus hingga 20.4 peratus suku ke suku dan 17.2 peratus hingga 26.9 peratus tahun ke tahun kepada RM55 juta-RM62 juta pada suku pertama 2025. Bursa Malaysia dijadual mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama tersebut pada 28 April ini. CIMB Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata penurunan  yang dijangkakan itu adalah berdasarkan kepada anggaran penurunan 5.6 peratus hingga 10.9 peratus suku ke suku dan 6.3 peratus hingga 11.5 peratus tahun ke tahun jumlah pendapatan kepada RM166 juta hingga RM175 juta. Ini akan didorong oleh pengurangan 5.3 peratus suku ke suku dan 14.2 peratus tahun...
Inflasi Malaysia Diunjur Pulih Selepas Menyederhana Pada Mac -- Moody's Analytics
SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pulih pada tempoh separuh kedua 2025 selepas mencatatkan angka terendah dalam tempoh melebihi empat tahun pada Mac. Moody’s Analytics berkata kategori pengangkutan dan perumahan serta utiliti, berisiko diasak tekanan inflasi dalam bulan-bulan mendatang apabila kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api selain tarif elektrik dinaikkan. “Keadaan cuaca di luar jangka juga menjadi antara risiko utama yang boleh memberi tekanana ke atas inflasi makanan,” katanya dalam laporan Taklimat Harian Asia Pasifik hari ini. Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia menyederhana kepada 1.4 peratus tahun ke tahun pada Mac, lebih rendah daripada 1.5 peratus pada bulan...
BNM, Perbendaharaan Akan Teliti Semula Laporan Terkini KDNK Malaysia Oleh IMF - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa di sini hari ini. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberikan kenyataan lengkap mengenai perkara itu dalam Sidang Khas...
U Mobile Lantik CT Sabah Sebagai Rakan Niaga Litar Terpajak 5G
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai perjanjian terma bagi melantik Celcom Timur Sabah (CT Sabah) untuk mengendalikan litar terpajak di Sabah dan Labuan. Dalam satu kenyataan hari ini, U Mobile berkata selepas perjanjian itu dimuktamadkan, syarikat tersebut akan memanfaatkan infrastruktur fiber CT Sabah yang kukuh untuk menyokong dan mempercepatkan pelaksanaan 5G di kawasan tersebut. “Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, CT Sabah akan menaik taraf tapak rangkaian 4G sedia ada kepada 5G dan membangunkan tapak rangkaian litar terpajak tambahan bagi memenuhi keperluan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu di negara ini. “U Mobile akan mendapat manfaat daripada rangkaian fiber CT Sabah yang...
Malaysia Negara Pengeksport Barangan Teknologi Tinggi Kesembilan Terbesar Dunia Pada 2023
Gambar fail CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata nilai eksport teknologi tinggi Malaysia telah meningkat sebanyak US$2 bilion kepada US$127 bilion pada 2023, manakala peratus eksport teknologi tinggi daripada keseluruhan eksport perkilangan juga meningkat kepada 58.69 peratus pada 2023 daripada 52.48 peratus pada 2022. Beliau berkata negara turut merekodkan lebihan dagangan tertinggi dalam tempoh sedekad, berjumlah US$51.5...
TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London
Datuk Seri Fadillah Yusof Daripada Salawaty Supardi LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini. Sidang kemuncak anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK) itu yang berlangsung di Lancaster House akan menghimpunkan penggubal keputusan dari seluruh dunia untuk merangka pelan tindakan bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin pada masa depan. Fadillah yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tiba di sini pada Rabu selepas lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Istanbul, Turkiye, dan akan mengambil bahagian dalam Sesi 1...
ADB Peruntuk Hampir US$40 Bilion Bagi Pembangunan Seluruh Asia Pasifik Pada 2024
Bank Pembangunan Asia (ADB) KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) komited menyediakan US$24.3 bilion (US$1 = RM4.39) daripada sumbernya sendiri tahun lepas selain US$14.9 bilion dari segi pembiayaan bersama dengan rakan kongsinya dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang kompleks di Asia Pasifik. Dalam kenyataan hari ini, katanya angka berkenaan merangkumi pinjaman, geran, pelaburan ekuiti, jaminan dan bantuan teknikal yang diberikan kepada kerajaan dan sektor swasta. Menurut Laporan Tahunan ADB 2024 yang diterbitkan hari ini, bank itu mewujudkan sejuta pekerjaan pada 2024 dengan komited memperuntukkan US$4.8 bilion melalui projek dan program sektor swastanya, dengan kenaikan 28.5 peratus daripada...
Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai. Pada rehat tengah hari, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing meningkat 5.5 mata kepada 1,502.0 dan 1,502.0 manakala Jun 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,499.50 dan September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,482.0. Jumlah dagangan sebanyak 10,045 lot, dengan kepentingan terbuka pada 50,404 kontrak. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.47 mata atau 0.36 peratus kepada 1,506.66 daripada 1,501.19 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2416232
CIMB Jangka Pengurangan OPR Pada Julai Di Tengah-tengah Risiko Pertumbuhan
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai. Hal ini disebabkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi susulan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia dan rakan dagang utamanya. “Kami menjangkakan BNM menurunkan OPR pada 9 Julai, 2025 dengan mengetepikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei bagi membolehkan bank pusat menilai lebih banyak data makroekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan luar susulan tarif "Hari Pembebasan", serta rundingan perdagangan yang sedang berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS). “Mesyuarat MPC...
Malaysia Berkedudukan Baik Terajui Keselamatan Siber Di ASEAN - Kaspersky
Oleh Vinoothene a/p Chandrasekaran SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan terbaik dalam kesediaan keselamatan siber dalam ASEAN, kata firma keselamatan siber global Kaspersky. Pengurus Besar Kaspersky untuk Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata Malaysia telah menunjukkan keupayaan kukuh dalam mengurus dan menangani ancaman siber, meletakkan negara untuk menerajui rantau ini dalam bidang kritikal itu. "Pemerhatian saya berdasarkan beberapa faktor. Satu penunjuk yang jelas ialah Akta Keselamatan Siber 2024 yang berkuat kuasa pada 26 Ogos tahun lepas. Ia mengenal pasti industri kritikal dan mewujudkan rangka kerja kawal selia untuk keselamatan siber. "Faktor kedua ialah keupayaan dan sumber negara. Malaysia...
Bagaimana pelabur boleh meraih keuntungan daripada ledakan teknologi hijau di pasaran sedang pesat membangun
None Ringkasan Trend Pasaran Pelaburan tenaga bersih global capai RM 9.4 trilion tahun lepas. Sebahagian besar pelaburan ke negara maju, bukan membangun. Pelabur swasta masih ragu pelaburan di pasaran baru. Menurut laman Bloomberg, nilai pelaburan dalam tenaga bersih mencapai rekod RM 9.4 trilion tahun lepas. Walau bagaimanapun, negara membangun hanya menerima sebahagian kecil daripada dana ini. Pelabur swasta takut dengan pasaran yang tidak dikenali, risiko mata wang, dan ketidakstabilan yang dikhuatiri. Lebih 80% pelaburan yang memotong emisi dibiayai oleh sektor swasta di negara kaya, kata Avinash Persaud, penasihat khas kepada presiden Inter-American Development Bank. "But it's not happening in developing countries." (Ia tidak...
Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Kukuh Disokong Operasi BNM
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.62 bilion dalam sistem Islam. Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu bernilai RM3.1 bilion untuk lapan hari, RM1.5 bilion bagi 32 hari, serta dua tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk lapan hari dan RM350 million bagi 91 hari. BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan. Pada 4...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street berikutan sentimen pelabur bertambah baik kerana menjangkakan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan reda dan lebih banyak kenyataan positif daripda Presiden AS Donald Trump. Pada jam 9.27 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.60 mata kepada 1,502.79 daripada 1,501.19 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.64 mata kepada 1,500.55. Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 263 berbanding 180 manakala 301 kaunter kekal tidak berubah, 1,671 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung. Jumlah...
FDI Sumbang 80 Peratus Pelaburan Baru Di Johor Pada April
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han bercakap ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd. di Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam. PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor Lee Ting Han berkata berkata ini berikutan prestasi pelaburan suku pertama yang menyaksikan FDI menyumbang hampir...
PRU Singapura 2025: PAP Mulakan Kempen Dengan Menang Tanpa Bertanding, 92 Kerusi Dipertandingkan
Penyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP) hadir memberi sokongan kepada pemimpin mereka pada hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Jurong Pioneer Junior College hari ini. Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade–Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP). Parti pemerintah itu, yang memenangi lima kerusi tanpa bertanding, turut menurunkan calon di baki 32 kawasan pilihan raya, merangkumi 17 GRC dan 15 Kawasan Undi  Perseorangan (SMC). Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya akan...
AEC 2026-2030 Papar Perincian Pelan Strategik Kukuhkan Integrasi Ekonomi Serantau
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Hairil Yahri Yaacob (depan, kanan) bergambar bersama delegasi ASEAN pada Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan ASEAN Kedua (SEOM 2/56) dan Mesyuarat Berkaitan di sebuah hotel malam ini. GEORGE TOWN, 23 April (Bernama) -- Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 yang bakal dilancarkan bersama dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 pada Mei depan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, akan memaparkan pelan strategik terperinci bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata inisiatif itu dirangka bagi menangani cabaran baharu selain...
Peralihan Ketara Malaysia: Mengharungi Cabaran Penting Subsidi Bersasar
Profesor Madya dalam bidang Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Irwan Ariffin, telah berkongsi pandangan dan kepakaran beliau dalam satu sesi temu bual eksklusif yang berlangsung di kampus UIAM. Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama. Cadangan kerajaan untuk menghapuskan subsidi menyeluruh secara beransur-ansur -- bermula dengan diesel dan berpotensi dilanjutkan kepada petrol RON95 -- telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat serta perbincangan mengenai dasar. Bagaimanapun, di...
Back
Top
Log in Register