KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 37 peratus daripada aduan berkenaan menyaksikan syarikat penerbangan mengubah keputusan awal mereka demi kepentingan pengguna.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAVCOM memaklumkan Laporan Pengguna Dwi-Tahunan ke-17 bagi 2H 2024 menunjukkan sejumlah 2,613 aduan diterima, peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 1,948 aduan yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2H 2023.
MAVCOM berkata daripada jumlah keseluruhan aduan, 2,581 aduan (99 peratus) melibatkan syarikat penerbangan, manakala baki 32 aduan...