BTC USD 85,457.8 Gold USD 4,283.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

InvestSarawak, CEEIC Memeterai MoU RE Bernilai RM6 Bilion
Kredit: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS KUCHING, 17 April (Bernama) -- InvestSarawak dan China Energy Engineering Investment Corporation Ltd (CEEIC) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan projek infrastruktur serta penjanaan tenaga boleh baharu berskala besar di Sarawak, dengan potensi nilai pelaburan sebanyak US$1.35 bilion (RM6 bilion). InvestsSarawak melalui satu kenyataan berkata projek tenaga boleh baharu ini akan mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak dua gigawatt. Perkongsian strategik ini bertujuan untuk menyokong peralihan Sarawak ke arah pembuatan rendah karbon dan ekonomi hidrogen di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 negeri tersebut. Timbalan Premier...
Anwar, Paetongtarn Komited Tangani Isu Tarif AS Secara Kolektif Di Peringkat ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) disambut oleh Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Rumah Kerajaan Thailand sempena lawatan kerja ke Thailand, hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Oleh Kenny Teng Khoon Hock BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN. Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Thailand, berkata delegasi dari Malaysia dan Thailand membincangkan perkara itu semasa mesyuarat dua hala mereka. "Kami juga membincangkan isu tarif AS dan komited untuk...
Adaptasi AI Peroleh Momentum Dalam Kalangan Agensi, Syarikat Tempatan - NEC Malaysia
Foto: Engku Shariful Azni KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Agensi dan syarikat tempatan mula mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka, menurut NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia). Pengarah Urusan Wataru Irie berkata syarikat itu pada masa kini menyediakan penyelesaian teknologi kepada pelanggan daripada pelbagai sektor, termasuk kerajaan, syarikat-syarikat telekomunikasi dan runcit. “Kami juga bekerjasama dengan mereka untuk memodenkan infrastruktur, memandangkan sesetengah sistem agak ketinggalan zaman. “Tetapi, proses ini mengambil masa kerana pemindahan daripada sistem sedia ada kepada sistem baharu perlu selamat dan stabil,” katanya pada sidang media...
Unit Sunsuria Meterai DRA Dengan Kwasa Land Bagi Projek Kediaman Di Sungai Buloh
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sunsuria Bhd (Sunsuria), Sunsuria Damansara Sdn Bhd (SDSB) memeterai Perjanjian Hak Pembangunan (DRA) dengan  Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) bagi projek kediaman di Sungai Buloh, Selangor. Perjanjian dengan unit di bawah Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land) itu melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM492 juta. Kwasa Land merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pemaju induk Kwasa Damansara. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah itu berkata projek akan datang yang melibatkan rumah bertanah dan kondominium, akan menampilkan 520 unit kediaman dan siap dalam beberapa fasa dengan fasa pertama dijangka...
MIDA Bantu Perkongsian Tenaga  Bernilai RM142 Juta Di Ekspo Osaka Jepun
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd, HSS Engineering Sdn Bhd dan Shizen Malaysia Sdn Bhd telah membentuk perkongsian tenaga boleh baharu (RE) bagi melaksanakan kemudahan fotovoltan solar berkapasiti 29.99mWAC yang terletak di Gurun, Kedah dengan pelaburan sebanyak RM142 juta. Ketiga-tiga pihak tersebut telah membentuk SM01 Sdn Bhd, di bawah inisiatif Program Tenaga Hijau Korporat, yang mana Shizen Malaysia akan memiliki kepentingan sebanyak 49 peratus, Solarvest Asset Management Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest Holdings (33 peratus) dan HSS Engineering Sdn Bhd (18 peratus). Perkongsian ini, yang diumumkan semalam di Ekspo 2025 Osaka, Jepun, difasilitasi oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah...
IPO WTEC Yang Bakal Disenarai Pasaran ACE Terlebih Langganan Sebanyak 1.61 Kali
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Tawaran Awam Permulaan (IPO) WTEC Group Bhd terlebih langganan sebanyak 1.61 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 April 2025. IPO ini melibatkan terbitan 90.2 juta saham baharu pada harga 25 sen setiap satu untuk mengumpul RM22.5 juta mewakili 18.8 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan sebanyak 480 juta saham. WTEC dalam kenyataan hari ini berkata, ia menerima 2,055 permohonan untuk 62.69 juta saham daripada orang awam di Malaysia berbanding dengan 24 juta saham yang disediakan untuk langganan awam. “Sebanyak 9.6 juta saham diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan individu yang layak dan menyumbang kepada kejayaan kumpulan, dilanggan...
EXIM Bank Perkukuh Perdagangan Global Malaysia Menerusi Pembiayaan RM87.80 Juta Untuk Pertama Ferroalloys
Kredit: Exim Bank Malaysia KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak. EXIM Bank dalam satu kenyataan berkata perkongsian strategik itu menekankan komitmen berterusannya untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia di peringkat global. Kemudahan pembiayaan itu dijangka membantu Pertama Ferroalloys meningkatkan operasinya di peringkat antarabangsa sambil memperkukuh integrasi rantaian bekalan tempatan dan memacu penciptaan nilai...
Malaysia, China Jalin Kerjasama Perkukuh AI Dan Ekonomi Digital
Menteri Digital Gobind Singh Deo PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI). Ini susulan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China  (NDRC) yang berlangsung di sini semalam. Menteri Digital Gobind Singh Deo mewakili Malaysia manakala NDRC diwakili Pengerusinya Zheng Shanjie pada majlis yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping. Kementerian Digital dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi MoU yang berkaitan dengan ekonomi digital, kedua-dua pihak akan...
Bina Puri Lantik Marcus Goh Sebagai GCEO, Mohd Kamarudin Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif
Pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) Bina Puri Holdings Bhd Marcus Goh Kee Lun (kiri), pengarah bukan eksekutif bebas Bina Puri Holdings Bhd Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd telah melantik Marcus Goh Kee Lun sebagai pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) manakala Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din sebagai pengarah bukan eksekutif bebas. Dalam satu kenyataan, syarikat pembinaan itu berkata pelantikan itu dibuat berikutan persaraan Tan Sri Tee Hock Seng sebagai timbalan pengerusi eksekutif, manakala Dr Tony Tan Cheng Kiat telah bersara sebagai pengarah pengasas. "Goh mempunyai pengalaman hampir dua dekad dalam...
ASEAN Perlu Percepat Usaha Integrasi Ekonomi - PM Singapura
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong. Foto: Reuters SINGAPURA, 16 April (Bernama) -- Singapura menyeru pengintegrasian ekonomi di ASEAN dipercepatkan, dengan menggesa blok itu untuk menyasarkan penghapusan 100 peratus tarif di seluruh rantau ini, meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dan seterusnya mengurangkan halangan bukan tarif bagi membolehkan operasi perniagaan yang lebih lancar di seluruh rantau ini. Perdana Menteri Lawrence Wong berkata kumpulan 10 negara anggota itu juga perlu mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN untuk menyokong peralihan rantau ini kepada tenaga hijau, menarik pelaburan baharu, mewujudkan pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan tenaga kolektif. “Kita juga perlu memuktamadkan...
China Kekal Rakan Penting Malaysia Dalam Kekalutan Sistem Perdagangan Global - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata inisiatif global China memberikan harapan kerana ia berlandaskan pendekatan minda terbuka dan bukan mementingkan diri sendiri dan tidak berkisar tentang persaingan tetapi...
China Kekal Rakan Penting Malaysia Dalam Kekalutan Sistem Perdagangan Global - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Presiden China Xi Jinping, yang dihoskan oleh Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata inisiatif global China memberikan harapan kerana ia berlandaskan pendekatan minda terbuka dan bukan mementingkan diri sendiri dan tidak berkisar tentang persaingan tetapi pembaharuan semula ketika dunia berada dalam...
The Exchange Asia, ESGAM Meterai MoU, Lancar Anugerah ESG Plus 2025
Kredit: ESG Plus KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- The Exchange Asia menerusi Magnate Media Sdn Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ESG Association Malaysia (ESGAM) untuk memperkukuh kredibiliti Anugerah ESG PLUS 2025. Anugerah itu bertujuan mengiktiraf kepimpinan dan inovasi cemerlang dalam aspek-aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antarabangsa serta bertindak sebagai sebagai platform pengiktirafan serantau. Pengarah Magnate Media Jasmine Cheung berkata kerjasama itu merupakan satu komitmen terhadap akauntabiliti, keterangkuman dan impak jangka panjang di seluruh Asia. “Melalui Anugerah ESG PLUS 2025, kami berhasrat bukan sahaja memberi pengiktirafan, tetapi mewujudkan platform yang...
Huawei, MCMC Sasar Latih 300 Pemimpin Digital Menjelang 2026
Kredit: Huawei KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program berkenaan dilancarkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia 2023, dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara kepimpinan dan teknologi serta memperkukuh agenda transformasi digital negara. Naib Canselor Akademi Huawei Oliver Liu berkata program berkenaan bertujuan melengkapkan pemimpin dengan ilmu dan kemahiran yang...
China, Malaysia Meterai MoU Tingkatkan Pelaburan Dan Perdagangan - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia menekankan kepentingan negara dari segi peranannya dalam ASEAN dan hubungan dua hala dengan China, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata lawatan Xi ke Malaysia penting bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan yang telah dicapai setakat ini antara China dan Malaysia. “Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara. “MoU itu adalah dalam...
Malaysia, China  Akan Perkukuh Perdagangan, Kerjasama Taman Perindustrian Dan Ekonomi Digital
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua,kanan) bersama Presiden China, Xi Jinping (dua,kiri) ketika mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan dan kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi. Kedua-dua negara yang menikmati hubungan perdagangan dan pelaburan yang rancak menandatangani beberapa MOU termasuk kerjasama perdagangan dalam perkhidmatan serta menaik taraf inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' China-Malaysia. MoU juga dimeterai bagi kerjasama dalam kecerdasan buatan (AI)...
Untung Bersih CLMT Suku Pertama Naik Kepada RM37.49 Juta, Agihan Seunit 1.28 Sen
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM37.49 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM33.49 juta pada tahun sebelumnya. CLMT dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan syarikat meningkat kepada RM120.38 juta daripada RM111.88 juta sebelumnya, dipacu menerusi peningkatan perolehan yang dicatatkan kebanyakan hartanah dalam portfolio CLMT. Dalam makluman berasingan, syarikat mengumumkan pertumbuhan pendapatan boleh agih sebanyak 10.9 peratus kepada RM37.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2025 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya dengan peningkatan sepadan sebanyak 7.6 peratus dalam agihan seunit...
Bank Rakyat Umum Dividen 17 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2024, Raih Keuntungan RM1.82 Bilion
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (tengah), bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff (dua, kanan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria (kanan), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi, Datuk Ahmad Norihan Jalal (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Amren Faisal Fadzil (kiri) ketika Majlis Pengumuman Prestasi Kewangan dan Dividen Kumpulan Bank Rakyat Bagi Tahun Kewangan 2024 di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus berjumlah RM486.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024. Dividen ini akan memanfaatkan sejumlah...
Industri Acara Perniagaan Malaysia Dijangka Berkembang 8 Peratus Pada 2025 - MACEOS
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri acara perniagaan (BE) di Malaysia dijangka berkembang sebanyak lapan peratus pada 2025, menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS). Presidennya, Datuk M. Gandhi berkata walaupun perang tarif berterusan menjejaskan pasaran global, Malaysia telah meletakkan dirinya sebagai negara berkecuali, menjadikannya destinasi menarik untuk acara perniagaan, persidangan dan pameran. "Malah semasa perang perdagangan ini, perniagaan mesti meneruskan operasi mereka. Susulan pelaksanaan tarif oleh Washington, pameran perdagangan menjadi semakin ketara kerana syarikat memerlukan platform ini untuk mempamerkan produk mereka dan...
Subsidiari Nextgreen Bekerjasama Dengan Syarikat China Bangun Fasiliti Pulpa Di Pahang
Kredit: Nextgreen Global Bhd KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), sebuah syarikat usaha sama (JV) antara Nextgreen Global Bhd (55 peratus) dan IOI Corporation Bhd (45 peratus) telah bekerjasama dengan Hong Kong Paper Sources Co Ltd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran pulpa bersepadu bio yang berkapasiti tinggi di Taman Teknologi Hijau, Pekan, Pahang. Di bawah perjanjian JV yang dimeterai antara NIP dan Hong Kong Paper Sources, anak syarikat milik penuh Xiamen C&D Paper & Pulp Group Co Ltd, NIP akan memegang kepentingan ekuiti sebanyak 75 peratus manakala kumpulan dari China itu pula memiliki baki 25 peratus. Syarikat-syarikat tersebut melalui satu kenyataan bersama hari ini menjelaskan kemudahan...
Back
Top
Log in Register