KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pan Merchant Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk langkah tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE dalam suku kedua 2025.
Syarikat kejuruteraan tempatan itu terbabit dalam bidang reka bentuk serta pembuatan penyelesaian penapisan, kepakaran pemasangan, penghantaran dan pentauliahan penekan penapis dan penapis kedap udara serta reka bentuk dan fabrikasi kapal atau peralatan berasaskan keluli.
Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ia juga mencatat kehadiran antarabangsa yang kukuh dengan lebih 80 peratus produknya dieksport ke Asia, Eropah, Amerika dan Afrika.
Pan Merchant turut mengendalikan operasi pejabatnya di Malaysia, Singapura, Netherlands dan Amerika...