BTC USD 84,216.9 Gold USD 4,265.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Pasaran Saham Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tekanan Global - Abdul Wahid
KUALA LUMPUR 14 April (Bernama) -- Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar. Beliau menekankan kepentingan memastikan daya tahan dalam kalangan syarikat tempatan serta kekuatan asas ekonomi Malaysia terus diperkukuh. “Dalam konteks pasaran saham, kita ingin melihat syarikat-syarikat meningkatkan daya tahan mereka. “Ini dilaksanakan, antaranya menerusi pelaksanaan program transformasi syarikat tersenarai, iaitu Program Transformasi Syarikat Tersenarai Awam (PLCT),” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan meja bulat antara Bursa Malaysia, Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL) dan CIMB Group...
Ekosistem Mantap, Potensi Pelaburan 'Modal' Naratif Kukuh Malaysia Temui AS - AmCham
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan tarif timbal balas Presiden Donald Trump, perlu mengetengahkan naratif kukuh seperti ekosistem perniagaan mantap dan peluang pelaburan strategik di negara ini, kata Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham). Kenyataan itu dibuat ketika Putrajaya membuat persiapan menghantar pegawai ke Washington pada 23 April, 2025, untuk memulakan dialog mengenai tarif timbal balas 24 peratus dikenakan AS ke atas Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif AmCham Datuk Siobhan Maire Das berkata Malaysia juga mempunyai rasional kukuh untuk kalangan syarikat multinasional (MNC) melabur di negara ini, sejajar peranan MNC yang turut menyumbang kepada ekosistem...
Thailand’s finance and commerce ministers will lead a delegation to the United States to meet Trump administration officials and push for relief from planned heavy tariffs, a government spokesperson said on Monday. An advance team led by Finance Minister Pichai Chunhavajira will travel to the United States on Thursday for meetings with private sector groups, with Commerce Minister Pichai Naripthaphan to join later, spokesperson Jirayu Houngsub said. The Thai delegation expects to meet with U.S. government representatives on Monday, April 21, he said. Thailand is facing a 36% tariff under U.S. President Donald Trump’s trade measures, and is hoping to use a 90-day pause on the levies to prepare a response. The United States was...
Sarawak Perlu Kaji Semula Rancangan Pembangunannya Ekoran Tarif AS - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS). Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri ini secara tidak langsung terjejas dengan senario tersebut berikutan ia boleh mempengaruhi harga minyak dan komoditi yang dihasilkan di Sarawak. “Hari ini, harga minyak kira-kira US$65 setong walaupun kita menjangka ia berada antara US$85 dan US$90 (setong). “Oleh itu, ada impak terhadap kita. Impaknya ialah mungkin menjejaskan pendapatan kita dan keduanya, tidak ada hala tuju yang jelas dalam dasar perdagangan antara...
Pan Merchant Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Disenaraikan Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pan Merchant Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk langkah tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE dalam suku kedua 2025. Syarikat kejuruteraan tempatan itu terbabit dalam bidang reka bentuk serta pembuatan penyelesaian penapisan, kepakaran pemasangan, penghantaran dan pentauliahan penekan penapis dan penapis kedap udara serta reka bentuk dan fabrikasi kapal atau peralatan berasaskan keluli. Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ia juga mencatat kehadiran antarabangsa yang kukuh dengan lebih 80 peratus produknya dieksport ke Asia, Eropah, Amerika dan Afrika. Pan Merchant turut mengendalikan operasi pejabatnya di Malaysia, Singapura, Netherlands dan Amerika...
Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahun ke tahun pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 21.3 peratus berbanding 29,691 tan metrik pada Februari 2024, pekebun kecil menyumbang 87.8 peratus berbanding 12.2 peratus daripada sektor estet. “Jumlah stok getah asli pada Februari 2025 menokok 16.2 peratus kepada 206,762 tan metrik berbanding 177,935 tan metrik pada Januari 2025. Kilang pemproses getah menyumbang 88.2 peratus daripada stok diikuti...
Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India. Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd pada minggu berakhir 11 April 2025, Korea Selatan mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi di rantau ini sebanyak US$2.95 bilion, menjadikan pengeluaran dana minggu ketiga berturut-turut. Sehubungan itu, Korea Selatan mengumumkan langkah sokongan segera termasuk pengurangan cukai dan subsidi untuk membantu sektor automotifnya menghadapi tarif baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 25 peratus ke atas import...
30 Saham Teratas FBM KLCI Dijangka Kekal - MIDF
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan 30 saham-saham mewah kekal tidak berubah dalam tinjauan separuh pertama FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI akan datang pada Jun tahun ini. Dalam kenyataannya hari ini, bank pelaburan itu berkata ini juga berkemungkinan merupakan semakan pertama dalam tempoh tiga tahun tanpa mencatat sebarang perubahan. “Kami meneliti senarai konstituen selepas pasaran ditutup pada Jumaat dan berpendapat bahawa 30 saham mewah teratas semasa itu tidak berubah bagi tinjauan Jun 2025," katanya. Bank pelaburan itu berkata Gamuda dan 99 Speed Mart Retail Holdings yang disenaraikan dalam FBM KLCI menerusi tinjauan pada Disember 2024, telah mengekalkan kedudukan baik dalam indeks...
Investing.com -- Ray Dalio, founder of Bridgewater Associates and one of the world’s most prominent investors, warned today that the United States is teetering on the edge of recession, citing the economic disruptions caused by President Donald Trump’s tariff campaign and broader global instability. “I think that right now we are at a decision-making point and very close to a recession,” Dalio said in an interview on NBC’s Meet the Press, when asked whether the ongoing trade war could drag the U.S. economy into a downturn. The billionaire hedge fund manager pointed to the sweeping tariff regime, which includes duties on dozens of countries but has shifted unpredictably in recent days. Last week, the White House abruptly paused tariffs...
MITI Bentang Analisis Baru Impak Tarif AS Di Mesyuarat NGCC Esok - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer. "Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi...
BHPetrol Cadang Bangunkan 30 Stesen Minyak Baharu Di Luar Bandar
BHPetrol JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Bhd, BHPetrol bercadang membina sehingga 30 stesen minyak baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol Azizul Azily Ahmad berkata setiap stesen minyak dianggarkan melibatkan kos RM3 juta, dengan pelaksanaannya melibatkan tempoh lima tahun bagi memastikan pembekalan minyak secara sistematik di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia. Menurutnya sasaran ini juga sebagai usaha untuk memastikan bekalan minyak bersubsidi dapat dinikmati oleh setiap golongan yang layak di negara ini termasuk anggota pertahanan negara yang berkhidmat di seluruh pelusuk tanah air terutama kawasan luar...
Malaysia Perkasakan Pekebun Kecil, Perdagangan Mampan Di Forum FACT 2025 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani Oleh Nurul Hanis Izmir PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk memegang peranan penting dalam memperkembangkan amalan perdagangan mampan dan inklusif apabila menjadi tuan rumah bersama Forum Perhutanan, Pertanian, Komoditi dan Perdagangan (FACT) 2025 buat kali pertama, dengan tumpuan utama kepada pekebun kecil dan pensijilan mampan. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, menerusi Forum FACT selama empat hari yang bermula esok, Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan platform itu dalam menekankan komitmen mengimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab alam sekitar. Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata turut ditekankan adalah hasrat...
Tarif AS Tingkatkan Ketegangan Rakyat, Perniagaan Dan Syarikat Asing Di China
Daripada Kisho Kumari Sucedaram BEIJING, 13 April (Bernama) -- Pastinya rakyat China diselubungi kebimbangan berikutan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan kepada republik itu sejak minggu lepas sehingga menggoyahkan pasaran dan mencetuskan kerisauan mengenai kemelesetan global. Dengan kadar tarif ke atas kuasa ekonomi terbesar di Asia itu yang mencecah 145 peratus, tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan tempatan dan perusahaan asing mula memberikan isyarat mengenai potensi impak buruk daripada ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing. Dalam mengenakan tarif terhadap 168 negara dan menyifatkannya sebagai "Hari Pembebasan Amerika," Presiden AS Donald Trump telah mewajarkan levi import yang meluas...
CMS Cadang Bangunkan Clinker Line Dua, Gandakan Pengeluaran Simen
KUCHING, 12 April (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) sedang memohon kelulusan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan pembangunan fasiliti baharunya, Clinker Line 2, di Mambong, di sini. Penasihat Undang-Undang Kumpulan CMS Izzam Ibrahim berkata projek baharu itu menandakan usaha syarikat yang sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar klinker terbesar di Borneo. “Kami dalam proses menunggu kelulusan dan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan. “Gerak kerja telah disusun, termasuk semua tenaga kerja dan proses perolehan yang diperlukan untuk memulakan projek ini. Sebaik sahaja ia bermula, penyiapan projek akan...
Pulau Pinang Giat Pelbagai Dan Kembangkan Pasaran Eksport Negeri
Chow Kon Yeow BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus giat mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport negeri bagi memastikan kemampanan rantaian ekonomi dalam negeri serta negara. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata langkah itu penting khususnya ketika krisis ekonomi global ketika ini susulan pelaksanaan tarif import timbal balas Amerika Syarikat (AS). "Ketika krisis ini, kita harus mengambil langkah lebih agresif untuk memperkasakan perusahaan tempatan supaya rantaian bekalan dapat diwujudkan secara mampan. "Saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang proaktif dan relevan dengan keperluan semasa demi kesejahteraan serta pembangunan ekonomi dan sosial di...
Malaysia Manfaatkan Hubungan Baik, Cari Penyelesaian Tarif AS Atas Semangat ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @arena hari ini. BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas AS. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata malah semua negara anggota serantau turut bersetuju untuk menyelaraskan usaha secara bersama bagi mencari jalan mengatasi krisis tarif atas semangat ASEAN. “Ini penting kerana kita bukan bergerak sebagai Malaysia tetapi sebagai satu kekuatan (ASEAN). “Masalah tarif yang...
Cahya Mata Sarawak Kekal Momentum Operasi Meski Berdepan Prosiding Undang-undang
Penasihat Undang-Undang Kumpulan Cahya Mata Sarawak Bhd, Izzam Ibrahim KUCHING, 12 April (Bernama) -- Prestasi operasi Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) terus menunjukkan peningkatan ketara meskipun berdepan prosiding undang-undang yang sedang berlangsung, kata Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Izzam Ibrahim. Beliau berkata pengurusan syarikat kekal komited dalam memastikan kelangsungan perniagaan serta menguatkan keyakinan para pemegang kepentingan. “Kami mempunyai pasukan pengurusan yang berdedikasi dan cukup kuat untuk menghadapi cabaran ini dan jelas dengan apa yang perlu dicapai. “Dalam masa yang sama, kami menghormati kakitangan, rakan kongsi serta komuniti seperti mana yang sewajarnya,” katanya semasa sidang media pada majlis...
Megah Port Laksana Penambahbaikan, Perkukuh Peranan Pelabuhan Sebagai Hab Logistik Utama
Ketua Pegawai Eksekutif MPM Sdn Bhd, Idjal Tahir dan Pengarah Megah Port Management (MPM) Sdn Bhd Datuk Seri Patrik Tiong bersama anak yatim dan asnaf pada Rumah Terbuka Aidilfitri MPM hari ini. LABUAN, 12 April (Bernama) -- Operator pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) melaksanakan penambahbaikan yang ketara dalam meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan peranan pelabuhan itu sebagai hab logistik utama di rantau ini sejak mengambil alih operasi pelabuhan berkenaan. Pengarah Urusannya Datuk Seri Patrick Tiong berkata penambahbaikan ini bukan sahaja merangsang aktiviti ekonomi malah memperkukuh komitmen MPM untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Beliau berkata demikian pada majlis rumah...
Malaysia Disaran Manfaatkan Ekonomi Berasas Bio Di Sektor Minyak Sawit Bagi Kemampanan Global
Kredit : Ir. Hong Wai Onn KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Malaysia perlu segera memberikan keutamaan kepada kemampanan industri dengan memanfaatkan ekonomi berasaskan bio untuk kekal berdaya saing dan mampan di pasaran global terutamanya dalam sektor minyak sawit, menurut pakar. Pengasas Institut Penyelidikan bagi Kecemerlangan dan Kepimpinan Mampan (RISEL) Hong Wai Onn menekankan keperluan untuk sektor minyak sawit menjangkau amalan tradisional berasaskan komoditi. “Sektor minyak sawit Malaysia perlu berkembang. Kita perlu menilai semula penciptaan nilai dengan meningkatkan nilai biojisim, pemulihan metana dan model perniagaan kitaran yang memberikan manfaat kepada alam sekitar dan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini...
Tarif - Musuh Tidak Diundang, Tindakan Sepihak Cetus Celaru Dagangan
Foto: REUTERS Oleh M. Saraswathi KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pada masa ini hampir seluruh golongan dewasa dan ramai golongan muda mungkin telah terbaca mahupun mendengar mengenai “tarif” sama ada menerusi berita, media sosial atau perbualan harian sejak 2 April lepas. Malahan, "penguin" di Pulau Heard dan McDonald yang berada di tempat yang terpencil seolah-olah turut merasakan tempias daripada gelombang tarif balas yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Walaupun langkah pelaksanaan tarif ini telah ditangguhkan kepada kebanyakan negara melainkan China, impak negatifnya telah dirasai. Sepanjang minggu ini, pengumuman berkenaan meresahkan pasaran saham global sehinggakan keseluruhan pasaran saham merosot...
Back
Top
Log in Register