David Ng
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David ng.
Beliau berkata keuntungan tersebut banyak didorong oleh pemulihan dalam sentimen pasaran.
“Kami melihat sokongan pada RM4,150 satu tan dan rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak April 2025 meningkat RM17 kepada RM4,461 satu tan, Mei 2025 menokok RM130 kepada RM4,461 dan Jun 2025 memperoleh RM133 kepada RM4,333.
Kontrak Julai 2025 menambah RM211 kepada RM4,333 satu tan, Ogos 2025 melonjak RM140 kepada...