BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

China Kekal Rakan Penting Malaysia Dalam Kekalutan Sistem Perdagangan Global - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata inisiatif global China memberikan harapan kerana ia berlandaskan pendekatan minda terbuka dan bukan mementingkan diri sendiri dan tidak berkisar tentang persaingan tetapi...
China Kekal Rakan Penting Malaysia Dalam Kekalutan Sistem Perdagangan Global - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Presiden China Xi Jinping, yang dihoskan oleh Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata inisiatif global China memberikan harapan kerana ia berlandaskan pendekatan minda terbuka dan bukan mementingkan diri sendiri dan tidak berkisar tentang persaingan tetapi pembaharuan semula ketika dunia berada dalam...
The Exchange Asia, ESGAM Meterai MoU, Lancar Anugerah ESG Plus 2025
Kredit: ESG Plus KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- The Exchange Asia menerusi Magnate Media Sdn Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ESG Association Malaysia (ESGAM) untuk memperkukuh kredibiliti Anugerah ESG PLUS 2025. Anugerah itu bertujuan mengiktiraf kepimpinan dan inovasi cemerlang dalam aspek-aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antarabangsa serta bertindak sebagai sebagai platform pengiktirafan serantau. Pengarah Magnate Media Jasmine Cheung berkata kerjasama itu merupakan satu komitmen terhadap akauntabiliti, keterangkuman dan impak jangka panjang di seluruh Asia. “Melalui Anugerah ESG PLUS 2025, kami berhasrat bukan sahaja memberi pengiktirafan, tetapi mewujudkan platform yang...
Huawei, MCMC Sasar Latih 300 Pemimpin Digital Menjelang 2026
Kredit: Huawei KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program berkenaan dilancarkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia 2023, dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara kepimpinan dan teknologi serta memperkukuh agenda transformasi digital negara. Naib Canselor Akademi Huawei Oliver Liu berkata program berkenaan bertujuan melengkapkan pemimpin dengan ilmu dan kemahiran yang...
China, Malaysia Meterai MoU Tingkatkan Pelaburan Dan Perdagangan - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia menekankan kepentingan negara dari segi peranannya dalam ASEAN dan hubungan dua hala dengan China, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata lawatan Xi ke Malaysia penting bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan yang telah dicapai setakat ini antara China dan Malaysia. “Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara. “MoU itu adalah dalam...
Malaysia, China  Akan Perkukuh Perdagangan, Kerjasama Taman Perindustrian Dan Ekonomi Digital
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua,kanan) bersama Presiden China, Xi Jinping (dua,kiri) ketika mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Seri Perdana. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan dan kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi. Kedua-dua negara yang menikmati hubungan perdagangan dan pelaburan yang rancak menandatangani beberapa MOU termasuk kerjasama perdagangan dalam perkhidmatan serta menaik taraf inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' China-Malaysia. MoU juga dimeterai bagi kerjasama dalam kecerdasan buatan (AI)...
Untung Bersih CLMT Suku Pertama Naik Kepada RM37.49 Juta, Agihan Seunit 1.28 Sen
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM37.49 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM33.49 juta pada tahun sebelumnya. CLMT dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan syarikat meningkat kepada RM120.38 juta daripada RM111.88 juta sebelumnya, dipacu menerusi peningkatan perolehan yang dicatatkan kebanyakan hartanah dalam portfolio CLMT. Dalam makluman berasingan, syarikat mengumumkan pertumbuhan pendapatan boleh agih sebanyak 10.9 peratus kepada RM37.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2025 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya dengan peningkatan sepadan sebanyak 7.6 peratus dalam agihan seunit...
Bank Rakyat Umum Dividen 17 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2024, Raih Keuntungan RM1.82 Bilion
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (tengah), bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff (dua, kanan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria (kanan), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi, Datuk Ahmad Norihan Jalal (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Amren Faisal Fadzil (kiri) ketika Majlis Pengumuman Prestasi Kewangan dan Dividen Kumpulan Bank Rakyat Bagi Tahun Kewangan 2024 di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus berjumlah RM486.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024. Dividen ini akan memanfaatkan sejumlah...
Industri Acara Perniagaan Malaysia Dijangka Berkembang 8 Peratus Pada 2025 - MACEOS
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri acara perniagaan (BE) di Malaysia dijangka berkembang sebanyak lapan peratus pada 2025, menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS). Presidennya, Datuk M. Gandhi berkata walaupun perang tarif berterusan menjejaskan pasaran global, Malaysia telah meletakkan dirinya sebagai negara berkecuali, menjadikannya destinasi menarik untuk acara perniagaan, persidangan dan pameran. "Malah semasa perang perdagangan ini, perniagaan mesti meneruskan operasi mereka. Susulan pelaksanaan tarif oleh Washington, pameran perdagangan menjadi semakin ketara kerana syarikat memerlukan platform ini untuk mempamerkan produk mereka dan...
Subsidiari Nextgreen Bekerjasama Dengan Syarikat China Bangun Fasiliti Pulpa Di Pahang
Kredit: Nextgreen Global Bhd KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), sebuah syarikat usaha sama (JV) antara Nextgreen Global Bhd (55 peratus) dan IOI Corporation Bhd (45 peratus) telah bekerjasama dengan Hong Kong Paper Sources Co Ltd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran pulpa bersepadu bio yang berkapasiti tinggi di Taman Teknologi Hijau, Pekan, Pahang. Di bawah perjanjian JV yang dimeterai antara NIP dan Hong Kong Paper Sources, anak syarikat milik penuh Xiamen C&D Paper & Pulp Group Co Ltd, NIP akan memegang kepentingan ekuiti sebanyak 75 peratus manakala kumpulan dari China itu pula memiliki baki 25 peratus. Syarikat-syarikat tersebut melalui satu kenyataan bersama hari ini menjelaskan kemudahan...
Tarif AS: Sapura Industrial Masih Tidak Terkesan Buat Masa Ini, Pantau Impak Tidak Langsung
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) secara keseluruhannya masih tidak terkesan buat masa ini daripada potensi pendedahan kepada tarif Amerika Syarikat dan terus memantau kesan tidak langsungnya terhadap pelanggan dan permintaan pasaran eksport. Pengarah Urusannya Datuk Syed Izuan Syed Kamarulbahrin berkata walaupun tidak terjejas secara langsung dengan pelaksanaan tarif ini, syarikat sedang menilai dengan teliti kesan berantai kepada pelanggan. "Pasaran seperti China sedang melibatkan kami secara aktif, dan kami mempunyai pasukan khusus yang meneliti bagaimana SIB boleh menyertai wilayah yang mengalami cabaran sedemikian," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran identiti korporat baharu kumpulan itu...
Sapura Industrial Lancar Identiti Korporat Baharu, Tumpu Sektor Bernilai Tinggi
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) melancarkan identiti korporat yang baharu ketika ia memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan farmaseutikal, penyelesaian mobiliti, penjagaan kesihatan, teknologi internet pelbagai benda (IoT) dan ekosistem kenderaan elektrik (EV). Pengarah Urusannya Datuk Syed Izuan Syed Kamarulbahrin berkata langkah itu sejajar dengan strategi kepelbagaian jangka panjang syarikat sambil kekal setia kepada perniagaan pembuatan komponen yang menjadi terasnya. Beliau berkata syarikat itu telah beroperasi secara bebas sejak 2013, dan langkah penjenamaan semula berkenaan adalah tepat pada masanya untuk menghapuskan kekeliruan yang berlarutan berhubung kaitannya...
Sapura Energy Peroleh Kontrak Kapal Luar Pesisir Bernilai RM100 Juta Di Malaysia, Thailand
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh beberapa kontrak kapal sokongan luar pesisir (OSV) di Malaysia dan Thailand yang bernilai hampir RM100 juta. Dalam satu kenyataan, SEB berkata kontrak itu akan memastikan bot kerja penginapan dan kapal geosurvey syarikat beroperasi untuk tempoh lanjutan sepanjang tahun kewangan 2026. “Kontrak itu termasuk penyewaan dua bot kerja berkapasiti 200 orang, KPV Redang dan Sapura Duyong bagi menyokong operasi luar pesisir di Malaysia Timur. “Bagi KPV Redang, kontrak bermula pada Februari untuk tempoh setahun, dengan pilihan lanjutan satu tahun, manakala untuk Sapura Duyong bermula pada Mac dan berjalan selama lapan bulan, dengan pilihan lanjutan selama dua bulan...
Unit Petronas Raih Bekalan Gas Tambahan Melalui Saluran Paip Thailand-Malaysia
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT)  meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd. Langkah itu diambil bagi meminimumkan kesan gangguan bekalan gas susulan insiden kebakaran saluran paip di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor dengan memperoleh tambahan jumlah bekalan gas ke kawasan yang terjejas. "Bekalan gas tambahan ke kawasan utara Semenanjung termasuk Bestari Jaya, Meru dan Kapar berjaya menstabilkan bekalan selain mengurangkan kekurangan bekalan di kawasan utara dan tengah," kata PEGT dalam satu kenyataan hari ini. PEGT berkata...
Industri Takaful Agih Manfaat RM10.20 Bilion Pada 2024, Meningkat 16.73 Peratus – MTA
Pemangku Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Wan Saifulrizal Wan Ismail (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed ketika taklimat media Prestasi Industri Takaful 2024 di KLGCC hari ini. KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri Takaful Malaysia secara kolektif mengagihkan bayaran manfaat berjumlah RM10.20 bilion kepada pemegang sijil pada 2024 yang juga peningkatan sebanyak 16.73 peratus daripada tahun sebelumnya, kata Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Pengerusi interim MTA Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata segmen Takaful Keluarga menyumbang 77.37 peratus daripada bayaran manfaat RM7.89 bilion yang dibayar pada 2024 manakala Takaful Am berjumlah RM2.31 bilion. “Industri takaful ini kekal...
EXIM Bank, Pertama Ferroalloys Meterai Perjanjian Biaya US$20 Juta
Kredit: Exim Bank Malaysia KUCHING, 16 April (Bernama) -- EXIM Bank Malaysia dan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pembiayaan bekalan bernilai US$20 juta (US$1=RM4.41) di acara Ekspo 2025 Osaka di Jepun, pada Isnin. Pertama Ferroalloys mengendalikan operasi kilang peleburan aloi mangan dan ferrosilikon pertama Malaysia di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu, Sarawak. Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat itu menyifatkan perjanjian strategik itu sebagai pencapaian penting bagi pelabur asing di Samalaju. “Ia juga dijangka memberi sumbangan secara signifikan kepada pengembangan ekonomi Malaysia secara keseluruhan," katanya. Perjanjian itu telah dimeterai oleh Pengerusi Pertama Ferroalloys Sdn Bhd Hirotaka...
Nafco Group Lancar Kemudahan Pembuatan Aeroangkasa Di Seremban Bernilai US$40 Juta
Kredit: MIDA SEREMBAN, 15 April (Bernama) -- My Nafco Precision Sdn Bhd melancarkan kemudahan pembuatan canggih berkaitan aeroangkasa di sini dengan komitmen pelaburan selama 10 tahun bernilai US$40 juta. Kompleks permulaan seluas 2.34 hektar ini mempunyai 3,500 meter persegi ruang pembuatan berteknologi tinggi. Nafco merupakan peneraju global dalam pengeluaran komponen perkakasan khusus aeroangkasa dan komponen pemesinan berketepatan tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata penubuhan kemudahan pembuatan canggih oleh Nafco ini menjadi detik perubahan bagi industri aeroangkasa Malaysia. “Pelaburan berkenaan seiring sepenuhnya dengan Pelan Induk...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
buah sawit Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kejatuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian. Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengeluaran yang dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang turut mempengaruhi sentimen harga. “Sehubungan itu, kita mengesan paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 merosot RM34 kepada RM4,320 satu tan, Mei 2025 jatuh RM63 kepada RM4,230 satu...
Keyfield Meterai MOA Beli Kapal Tunda Pemasangan Kabel Bernilai US$20.55 Juta
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Ventures (Labuan) Ltd (KVL) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan syarikat China, Taizhou Sanfu Ship Engineering Co Ltd untuk membeli kapal tunda pemasangan kabel baharu sepanjang 98 meter. Kapal berkenaan dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Dinamik Tahap 2 (DP2). Keyfield dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kapal tunda tersebut yang akan dinamakan semula sebagai “Keyfield Blessing” (KBlessing) sedang diperoleh pada harga US$20.55 juta (kira-kira RM90.8 juta). Selain daripada pembelian tersebut, KVL memeterai perjanjian sewa kapal tanpa kru (bareboat charter) dengan syarikat China, Dejing Group Co Ltd iaitu kapal...
U Mobile Lantik Huawei Malaysia, ZTE Malaysia Sebagai Rakan Kerjasama Untuk Rangkaian 5G
PUTRAJAYA, 15 April -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama Setiausaha Parti Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Li Lecheng (tiga, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck (tiga, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun (empat, kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai Rakan Teknologi 5G di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi bagi pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya syarikat tersebut...
Back
Top
Log in Register