Hanya kerana aku mengambil pengajaran dan tidak menggunakan ayat2 Al-quran maka itu tidak menjadikan aku atau sesiapa kurang mengambil pengajaran.
Pendekatan kamu lain dan aku pun lain.
Jadi, dari cerita dongeng kamu tu, adakah secara tersirat kamu mengatakan yang hadis itu dongeng??
Jadi, kamu pula mengatakan aku tidak mengikut Al-quran?? Kau nak aku guna smiley guling2?kekekekekekeke
Tak perlu pun....
Statement2 kamu menunjukkan kamu dan segelintir seolah2 pandai tetapi adakah kamu nie semua pandai?
Apa gunanya kita semua merasakan diri pandai tetapi tidak mendapat hidayah?
Jika aku yang sebenarnya mengambil pengajaran dan kamu tidak mengetahuinya maka adakah kamu sudah tidak mengikuti Al-Quran dan hanya petik Al-Quran?
Gambaran orang jahil di dalam al-Quran
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (Surah al-Baqarah:67)
Surah al-Baqarah:67-71
Kejahilan Peringkat 1
Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” << sebab tak bagi detail perintah Allah
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil
Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. sembelih
2. lembu betina
"...
Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil..."
<< sebab question perlaksanaan perintah Allah (minta detail)
Kejahilan Peringkat 2
Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman:
Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua
dan tidak terlalu muda
pertengahan (umurnya) di antara itu
maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.
Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. pertengahan umur
Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
Kejahilan Peringkat 3
Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”
Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu warna kuning tua
2. orang suka melihatnya orang suka melihatnya warna kuning tua itu
Jumlah rukun pada peringat ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
Kejahilan Peringkat 4
Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami
supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu?
Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya)
dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang)
dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman
ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”
Rukun yang diberikan oleh Allah untuk ibadah korban:
1. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
2. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
3. lembu yang tidak cacat
4. lembu yang tidak ada belang pada warnanya
Jumlah rukun pada peringat kejahilan ini:
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya
Kejahilan Peringkat 5
Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut
dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
"...
hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu...." << iaitu sifat orang-orang munafik
Wahai orang-orang yang beriman!
JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu
Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan
apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu memahaminya
(Al-i-’Imran:118)
* sikap orang tidak beriman ialah mereka sukakan apa yang "menyusahkan umat Islam"
mereka mengelirukan umat dengan pelbagai persoalan dan isu mutasyaabihaat.. padahal Islam itu "luas" dan "mudah"
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara
yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu
(yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar
(Al-Maidah:101)
[...]Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu
supaya kamu bersyukur
(Al-Maidah:6)
Perbandingan rukun pada Kejahilan Peringkat 1 dan Kejahilan Peringkat 5
Rukun pada Kejahilan Peringkat 1
1. sembelih
2. lembu betina
Rukun pada Kejahilan Peringkat 5
1. sembelih
2. lembu betina
3. pertengahan umur
4. lembu warna kuning tua
5. orang suka melihatnya warna kuning tua itu
6. lembu yang tidak digunakan untuk membajak tanah
7. lembu yang tidak digunakan untuk mengangkut air
8. lembu yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
9. lembu yang tidak pernah digunakan untuk mengangkut air
10. lembu yang tidak cacat
11. lembu yang tidak ada belang
12. lembu yang tidak ada belang pada warnanya
Nampak bagaimana Allah menerangkan siapa orang jahil? 