BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah memahami al-Quran melalui Taubat & Penyucian

Status
Not open for further replies.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)

syarat
1. (segera) bertaubat
2. memperbaiki amal
3. menerangkan apa yang telah disembunyikan, mengenai ayat Allah

baru taubat diterima... "maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka"
 
Last edited:
mustahil orang yang bantah Allah boleh menjadikan al-Quran sebagai panduan

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum

dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

[Al-A’raf:40]


"tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum"


"MUSTAHIL"

mustahil unta memasuki lubang jarum..

maka mustahil golongan yang mendustakan ayat2 Allah akan memasuki syurga

maka itu "mustahil juga golongan pendusta ayat2 Allah boleh jadikan al-Quran sebagai panduan kepada jalan yang lurus dan benar"... (rujuk sini)

mereka akan disesatkan, melalui al-Quran itu sendiri (rujuk sini)
Katakanlah:
Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman

dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka (bukan cahaya yang menerangi)

Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.​
[Fussilat:44]

mereka akan hidup dan prasan masuk syurga... rasa diri penuh dgn keimanan.. lalai dan seronok sendiri... (rujuk sini)

Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka

oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

al-Kahfi:103-106

padahal, inilah nasib pendusta agama, dan orang2 yang bantah ayat2 Allah....

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]
 
Last edited:
persoalan kehebatan orang nampak beriman, terkenal dan ada kuasa superman

air laut dan air sungai, mana boleh bercampur? :))

dari post sini

-------------
nko pandang rendah apabila Allah mengatakan "sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh" (rujuk sini)

Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya

Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu

[Yunus:39]

Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[Al-Qalam:36-38]

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh.

[al-Qalam:44-45]

see? apa yang Allah katakan...

"Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini"

"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) dari arah yang mereka tidak mengetahuinya"

"Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka"

"sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh"

nko faham setiap maksud ayat di atas?

aku ambil contoh ringkas, "sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh"

agak-agak nyer agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia dengan otak yang kecik tu boleh mengalahkan:
1. perancangan Allah yang "sulit" ?
2. perancangan Allah yang "amatlah kukuh" ?

ayat dia bukan setakat "kukuh", tetapi "amatlah kukuh"... "sulit" (rahsia) pula tu

kalau Allah kata "perancanganNya sulit"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "perancanganNya amatlah kukuh"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak mengetahuinya"
agaknya nko, ulama nko dan seluruh manusia boleh teka atau tentukan siapa yang beriman?

kalau Allah kata "Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka"
agaknya ulama-ulama popular berzaman-zaman tidak kerana ayat ini ?

nko ingat perancangan Allah yang "sulit dan amatlah kuat kukuh" macam makan kacang kuda ker? :eek:

see? macam mana nko dah merendahkan Allah ?

terover confident ?

sistem badan nko pun tak abis lagi fikir...
boleh pula nko dan seluruh manusia mengalahkan "perancangan Allah yang sulit dan amatlah kukuh" ?
lawak kan cara nko berfikir?
siap boleh tanya pula soalan di bawah... :eek:

#soalan aku. Pada ilmu kau, wujudnya Allah swt ini macam mana?

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui

Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[Al-A’raf:146]


pada aku .. aku tak peduli siapa pun dia
selagi dia tak ikut al-Quran ... langsung aku tak ambik tahu...
aku tak cakap aku alim, aku tak cakap aku bagus
dan samada dia betul ker ... dia salah ker, itu biar Allah tentukan
yang penting nyer ... aku sendiri ikut al-Quran atau tidak... (kaedahnya rujuk sini)
sebab apa? sebab mustahil aku boleh tahu siapa yang benar-benar beriman
kecuali apa yang dinyatakan di dalam al-Quran sendiri
lagi pun .. Allah tak pula lantik aku untuk tentukan siapa yang beriman .. hehe :))

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa
Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya
kemudian dia terus berlagak sombong
seolah-olah ia tidak mendengarnya

oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami
ia menjadikannya ejek-ejekan
mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina
Di hadapan mereka ada neraka Jahannam
dan apa jua yang mereka usahakan
tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun

demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah
tidak dapat memberikan sebarang perlindungan
dan mereka akan beroleh azab seksa yang besar
Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[Al-Jathiyah:7-11]
("dan apa jua yang mereka usahakan tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun" ... bukti nampak warak, alim, baik, terkenal tak berguna sikit pun kalau dah mendustakan ayat2 Allah)











-------------

sepatutnya nko tak melihat orang...
tapi melihat apa yang Allah perintahkan dan larang dalam al-Quran..
nko ikut ayat Allah ker atau ikut orang? :))

nko follow orang..
sebab tu nko kata "kita sepatutnya ikut jalanan mereka"
takda langsung ayat-ayat untuk nko ikut ayat Allah
dan dah berkali-kali aku bagi ayat ni ...
tapi sikit pun nko tak endahkan pengajaran daripadanya...

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz) mereka
sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
...
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz)
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah
dan mereka menghalangi dari jalan Allah

[At-Taubah:31-34]

naper agaknya? nko tak dapat ambil pengajaran daripada ayat ini?
nko tak rasa risau kemungkinan "hati" nko dah disesatkan oleh Allah?
petanda hati yang gelap dan tidak dapat mengambil apa-apa pengajaran daripada al-Quran?



dan bila nko kata ...
Kena mengena ialah mereka lebih alim daripada kau. maka, kita sepatutnya ikut jalanan mereka

see? perbandingan luaran lagi.. yang tidak berdasarkan al-Quran...
aku tak cakap aku alim daripada semua orang, tetapi ni dah jadi bukti kukuh "ilmu kulit" nko...
apa-apa sahaja perbandingan nko adalah based on majoriti dan perhiasan luaran..
sebab apa? sebab nko tak pernah faham "ilmu isi"
sebab selama ni nko tak ambil peduli ayat-ayat Allah, tetapi cakap-cakap pendita
takda langsung ayat-ayat Allah menjadi panduan kehidupan nko...
padahal perkara-perkara yang nko jadikan asas untuk menilai itu adalah ujian Allah

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman:
“Puak yang manakah yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?

[Maryam:73]

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu

dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.

[Al-Nahl:92]

---------------

dan nko kata
Ginilahh, kau bagi kesimpulan kat aku sat supaya aku faham apa yg kau nak sampaikan dan supaya aku faham pemikiran kau ni macam mana

see? ilmu kulit nko lagi...
kalau aku cakap kasar dan bagi ayat-ayat Allah yang benar
nko akan reject sebab nko nak tengok luaran dulu...
kaedah nko, faktor luaran nombor satu... ayat Allah nombor dua atau faktor terakhir

kalau aku tipu nko hidup2 dan pakai jubah, janggut panjang
serban 3 km, tunjuk sihir sikit dan tipu nko bahawa aku keturunan Nabi Khidr as
nko mesti ikut bulat-bulat, walaupun aku suruh nko makan tahik sekali pun... (cth. hadis minum air kencing unta)
walaupun ianya akan bercanggah dengan ayat-ayat Allah di dalam al-Quran

nampak macam mana kaedah nko membezakan benar dan salah? :eek:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya

(al-Kahfi:29)

Dan sesiapa yang disesatkan Allah
maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

[Ghaffir:33]
 
Last edited:
al-Quran disaksikan atau diriwayatkan?

al-Quran disaksikan atau diriwayatkan?

isu periwayatan atau penyaksian al-Quran

maksud penyaksian

maksud periwayatan

ni point utama...

periwayat sebenar di sini bukan sahabat, dan Rasulullah SAW...
tetapi riwayat oleh imam hadis parsi, sebagai periwayat terakhir... ini yang pasti!
sebab cerita sebenarnya adalah cerita dia....
sahabat dan Rasulullah SAW semua dah wafat pada zaman tu...
dan cerita2 ni takda kena mengena dengan sahabat dan Rasulullah SAW
tetapi cerita imam parsi semata-mata


rujuk sini

larangan Allah.. rujuk sini

larangan Allah ni nko ikut?

"...jika mereka menjadi SAKSI (periwayat terakhir) maka JANGANLAH engkau turut sama membenarkan..."
al-Maa’idah:44

"ayat larangan" tu.. nko jangan main, nko "bantah" jer.. abis.. hehe
(rujuk [Ghaffir:4] di atas)


"periwayat terakhir" adalah "Imam Hadis Parsi" ... geng2 yang buat kitab hadis
orang yang mengambil cerita daripada periwayat sebelum dirinya sendiri... "kataaaaaaa beliauuuuu..."
maka itu, cerita dia semata-mata, bukan citer daripada mulut sahabat atau Rasulullah SAW
oleh itu dialah "saksi" yang sebenar-benarnya dlm konteks hari ini.... sebab kitab dia, dan cerita dia... cerita orang Parsi
Hikayat Seribu Satu Malam, dari Parsi dan pada zaman yang sama dgn zaman Imam Hadis.. hehe :))

p/s: ada orang sangat alim cakap dia mimpi Rasulullah SAW pesan kepada dia sesuatu, so ada kena mengena dengan Rasulullah SAW?
"cerita dia semata-mata" atau satu pembuktian ianya benar2 "ucapan Rasulullah saw" sendiri? :D
 
Last edited:
berusaha memperbaiki amal...

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa
dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Al-Nahl:128

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

An-Nur:5

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya
sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Al-Maidah:39

Tidak ada dosa
bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu
apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh
kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman
kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan
kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Al-Maidah:93

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki amalan mereka
dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah
serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah
maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga)
dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar

An-Nisaa:146

Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu
yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku
maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya
tidak ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita

Al-A’raf:35

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya
dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalaukalau tidak diterima)
dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul)
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya

Yusuf:56

Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit
dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan
tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya
Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

At-Taubah:91

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
At-Taubah:120

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan
kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya
sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Al-Nahl:119
 
pandai juga geng cina nie blaja daripada alam... mensifatkan manusia sebagai haiwan :))

chin1.jpg


Tikus (Yang, tigaan pertama, unsur Air).
Lembu (Yin, tigaan kedua, unsur Tanah).
Harimau (Yang, tigaan ketiga, unsur Kayu).
Arnab (Yin, tigaan keempat, unsur Kayu).
Naga (Yang, tigaan pertama, unsur Tanah).
Ular (Yin, tigaan kedua, unsur Api).
Kuda (Yang, tigaan ketiga, unsur Api).
Kambing (Yin, tigaan keempat, unsur Tanah).
Monyet (Yang, tigaan pertama, unsur Logam).
Ayam (Yin, tigaan kedua, unsur Logam).
Anjing (Yang, tigaan ketiga, unsur Tanah).
Khinzir (Yin, tigaan keempat, unsur Air).

tapi Yin atau Yang mereka dipecah menjadi Lima Unsur pula..
Kayu, Api, Tanah, Logam, dan Air.. something tak kena kat sini.. kena ciret... hehe

rasanya 4 kut, kayu dan logam tu daripada tanah...
 
Last edited:
ikut al-Quran, memang haiwan pun.. belum jadi manusia...
sebab tu banyak kajian cuba membuktikan manusia itu dari haiwan (atheist etc), atau cuba mengaitkan sifat manusia dgn sifat haiwan... :D

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya
dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya
dan yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya
mereka itu seperti binatang ternak
bahkan mereka lebih sesat lagi

mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Al-A’raf:179]

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh
ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum

sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

[Muhammad:12]

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami ?
Mereka hanyalah seperti binatang ternak
bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi

[Al-Furqan:44]

Dan bandingan orang-orang kafir
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami
selain dari mendengar suara panggilan sahaja
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta
oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya

[al-Baqarah:171]
 
Last edited:
ilmu hikmah dan kepentingan menggunakan akal

Ilmu hikmah hanya boleh dipelajari dengan bertaubat, dan kemudiannya mensucikan diri..
tanpa taubat, maka tiada penyucian ...
jika tiada penyucian, maka menjadi seperti haiwan yang pekak, bisu dan buta...
oleh itu, tiada deria, dan tidak dapat mengambil manfaat al-Quran

sedangkan al-Quran itu hanya boleh dipelajari oleh manusia...
al-Quran itu hanya untuk mereka yang celik, mendengar dan melihat.. serta mempunyai akal fikiran
haiwan tidak dapat mempelajari ilmu hikmah...
ada mata tak melihat, ada telinga tak mendengar, ada hati tak merasa.. ada akal tak berfikir, hanya makan dan berak setiap hari...
seperti mayat hidup yang suka makan nasi i i i i i.... hehe :D

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya
dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya
dan yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya
mereka itu seperti binatang ternak
bahkan mereka lebih sesat lagi

mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Al-A’raf:179]

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
dan membersihkan mereka (taubat, dibersihkan daripada segala syirik)
serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata

(Al-Jumu’ah:2)

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
[Ya Sin:2]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
[Luqman:2]

Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh
[Yunus:1]

Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami – sangat tinggi (kemuliaannya)
lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh

[Az-Zukhruf:4]

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya

[al-Baqarah:269]

Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang itu
Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku
maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal?

[Hud:51]

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa
Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar
sama dengan orang yang buta matahatinya?
Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna

[Ar-R’ad:19]

(al-Quran) Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.
[Ghaffir:54]

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam
dengan sujud dan berdiri sambil takutkan hari akhirat
serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
“Katakanlah lagi: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

[Az-Zumar:9]

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya
lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya
mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

[Az-Zumar:18]

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya
untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya
dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar

[Sad:29]

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri
iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu
pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu
supaya dengan penerimaan kamu itu
mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya
sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka
sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu – yang setaraf dengan) diri kamu?
Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu
bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.

[Ar-Rum:28]

“(Nabi Ibrahim berkata) Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah!
Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?

[Al-Anbiyaa’:67]

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik
walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu
Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran
supaya kamu berjaya.

[al-Maidah:100]

Dan bandingan orang-orang kafir
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami
selain dari mendengar suara panggilan sahaja
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta
oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya

[al-Baqarah:171]

Indeed, the worst of living creatures in the sight of Allah
are the deaf and dumb who do not use reason

(Al-Anfal:22)

Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[Al-Qalam:36-38]

so... kalau dah tetap jadi "pendusta agama" ... (rujuk sini)
memperlekehkan ayat-ayat Allah... (rujuk sini)
menjadi golongan yang membenarkan saksi pendustaan (rujuk sini)
bantah ayat-ayat Allah ...
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
macam mana nak "menyucikan diri" ?

...

"Awaluddin makrifatulloh"?
mimpilah... lagi jauh ke langit untuk capai...
al-Quran pun tak faham, nak Awaluddin makrifatulloh mende nyerrrr.. hehe
silap haribulan berguru dengan jin dan makin jauh sesat ... ni yang selalu terjadi .. :eek:

kalau takder "TAUBAT"
maka takder "PENCUCIAN"

kalau takder "PENCUCIAN"
maka "TAK FAHAM AL-QURAN"

sebab tu perlukan kitab manusia untuk faham al-Quran
anggap kitab Allah cacat... lemah, tak lengkap...
padahal matahati kita yang cacat, bukan kitab Allah

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya)
bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran
dengan sebab yang mereka kerjakan.

[Al-Mutaffifeen:14]
 
Last edited:
lama tak nampak papabaik.
 
so... kalau dah tetap jadi "pendusta agama" ... (rujuk sini)
memperlekehkan ayat-ayat Allah... (rujuk sini)
menjadi golongan yang membenarkan saksi pendustaan (rujuk sini)
bantah ayat-ayat Allah ...
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
macam mana nak "menyucikan diri" ?

...

"Awaluddin makrifatulloh"?
mimpilah... lagi jauh ke langit untuk capai...
al-Quran pun tak faham, nak Awaluddin makrifatulloh mende nyerrrr.. hehe
silap haribulan berguru dengan jin dan makin jauh sesat ... ni yang selalu terjadi .. :eek:

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
dan membersihkan mereka (taubat, dibersihkan daripada segala syirik)
serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah
Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata

(Al-Jumu’ah:2)

FORMULA...

1. membacakan ayat-ayat Allah - ayat Allah, bukan ayat pendita... dan baca mesti faham, tak faham maka tak baca (peringkat ilmu)

2. membersihkan - iaitu bertaubat daripada menjadi pendusta agama dan orang musyrik, dan memperbaiki amal (Ta)

3. mengajarkan - iaitu beramal dan mensucikan diri, mengajar diri sendiri mematuhi ayat Allah (sebab kita bukan nabi, diri dulu)... (Sa)

Ta..Sa..Wwu..Uf

Ta - Taubat - daripada menjadi pendusta agama, orang musyrik, dan saksi membenarkan pendustaan ayat2 Allah
Sa - Safa - mensucikan diri, dibersihkan daripada sebarang syirik... menegakkan ayat Allah dalam diri

Hanya selepas ini baru jadi manusia, ada deria..
celik, mendengar, dan merasa.. ada akal yang sihat.. bukan lagi haiwan..
hanya selepas itu baru boleh mengambil pelajaran dan peringatan dari ayat2 Allah...

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk Ugama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat

[Al-A’la:8]

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya

[al-Baqarah:269]

Allah kata "tiadalah yang dapat mengambil pengajaran", iaitu tiada yg dpt mengambil manfaat dari al-Quran utk menuju jalan lurus dan benar...
kecuali "orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" .. "akal yang sihat"
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register