BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengenal asal usul golongan anti hadis

macam bagus laa si kura kura gile x btol nie...

ptuiii! buang mase
 
Ketahuilah bahawa apabila Allah Azza waJalla menjamin keterpeliharaan al-Qur’anul Karim, ia tidak bermaksud sekadar memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Qur’an, termasuk memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh sunnah dan hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Tiada gunanya memelihara huruf-huruf al-Qur’an sahaja sedangkan ajaran dan maksudnya dibiarkan sahaja menjadi mainan yang ditolak dan ditarik sesuka hati oleh umat. Justeru perlu difahami bahawa apabila Allah berjanji memelihara al-Qur’anul Karim, ia adalah pemeliharaan dari dua sudut, yang pertama sudut material yakni sebutan, lafaz dan susunan ayat-ayat al-Qur’an manakala yang kedua adalah dari sudut bukan material, yakni maksud ayat, pengajaran dan kaedah pengamalan ayat.Hadis dan sunnah Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah Azza waJalla dengan wujudnya para ahli hadis di setiap generasi yang sentiasa menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan yang palsu.
 
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:17]
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:22]
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:32]
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:40]

mmmm... can Allah make it more clearer? :D

patut ker soalan macam ni?
setelah berulang2 kali Allah cakap dalam surah yang sama...
tak rasa macam kurang ajar dgn Allah ker? :))

atau.. kita sendiri yang complicated kan agama kut... #1782

of course He can make it clearer...

History of Noah's Ark...

9 Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).

10 Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!

11 Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

12 Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

13 Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;

14 Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!

15 Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?

16 Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:17]

History of Tribe of ʿĀd and Prophet Hud...

18 (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!

19 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -

20 Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.

21 Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!​

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:22]

History of Tribe of Thamud and Prophet Saleh...

23 (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).

24 Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!

25 Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.

26 Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

27 Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).

28 Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).

29 (Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.

30 Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

31 Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.​

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[al-Qamar:32]


History of Soddom and Gomorrah and Prophet Lot...

33 (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).

34 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,

35 Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.

36 Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.

37 Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

38 Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).

39 Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

40 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


History of Pharoah with Prophet Moses and Quraisy of Mecca with Prophet Mohammad SAW...


41 Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.

42 Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.

43 Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?

44 (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!

45 Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.

46 (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.

47 Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.

48 Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.

49 Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

50 Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.

51 Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

~~~~~~~~~~~

kesimpulannya, Al-Quran tlh pon dijdkan qjjl SWT MUDAH bg umat manusia MEMPERINGATI & MEMPELAJARI sejarah umat2 para Nabi terdhl yg MENDUSTAKAN kebenaran yg mrk sendiri tlh SAKSIKAN...

so aper yg lbh penting, sesuatu perkara itu DIRIWAYATKAN ATAU DISAKSIKAN atau pon KEIMANAN DAN AKHLAK INDIVIDU YG MERIWAYATKAN ATAU MENYAKSIKAN SESUATU PERKARA...
 
Last edited:
pergilah banned, macam ler aku mati kalau takda carigold..
masalah nko nie, yg ni pun nko boleh spin jadi isu.. hehe :eek:

:)

x jawab soalan lagi....suka betul tuan ni spin....:p
 
Ketahuilah bahawa apabila Allah Azza waJalla menjamin keterpeliharaan al-Qur’anul Karim, ia tidak bermaksud sekadar memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Qur’an, termasuk memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh sunnah dan hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Tiada gunanya memelihara huruf-huruf al-Qur’an sahaja sedangkan ajaran dan maksudnya dibiarkan sahaja menjadi mainan yang ditolak dan ditarik sesuka hati oleh umat. Justeru perlu difahami bahawa apabila Allah berjanji memelihara al-Qur’anul Karim, ia adalah pemeliharaan dari dua sudut, yang pertama sudut material yakni sebutan, lafaz dan susunan ayat-ayat al-Qur’an manakala yang kedua adalah dari sudut bukan material, yakni maksud ayat, pengajaran dan kaedah pengamalan ayat.Hadis dan sunnah Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah Azza waJalla dengan wujudnya para ahli hadis di setiap generasi yang sentiasa menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan yang palsu.

oo yer ker... jadi berbuih jerlah apa yg Allah cakap nak sesatkan sesiapa melalui al-Quran..
siap al-Quran pun jelas terang benderang
dan sekali ngan cerita hadis (rumour) pun jelas terang benderang..
hebat nkorang, banyak sungguh kitab2 nkorang.. hehe
patut ler jadi "Ahli Kitab", dah memang kerja kumpul Kitab.. :eek:

di antara contoh nyer, bagaimana Allah menyesatkan melalui al-Quran....

Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat

dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan
yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu


supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya
dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu

dan supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata:
“Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?”


Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya

dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya

dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.
Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.


[Al-Muddaththir:31]


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing
tentulah mereka akan berkata:
“Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?”

Katakanlah (wahai Muhammad):

Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman

dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka (bukan cahaya yang menerangi)


Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.


[Fussilat:44]

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid
dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran)
dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

[Al-Israa’:41]

see? kalau bagi ayat2 Allah macam mana pun nkorang tetap tak akan layan
takde kesan pun... kena ptuihhhh lagi adalah.. hehe
ini kerana al-Quran akan menyebabkan orang tidak beriman dgn ayat2 Allah menjadi bertambah sesat
jauh ke dalam jurang kebinasaan... jauh lagi... jauh lagiiiii... jauhhhhhhh lagiiiiii.. jauh jauh jauhhhhhhhhhhhhh lagiiiiiieeeee.. hehe :))

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.


Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh.

[Al-Qalam:44-45]

maka jadilah orang yang pekak, bisu dan buta.. takda life

Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[al-Baqarah:18]

pekak, bisu dan buta...
orang2 yang tak dapat ambil manfaat daripada kehidupan di dunia..
dan tak dapat ambil manfaat daripada kehidupan di akhirat..
melalui kehidupan semata-mata...
orang yang takda langsung kehidupan
hidup macam mimpi jer..
10 tahun macam baru berlaku semalam..
inilah hati orang2 yang takda kehidupan
makan tido, makan tido, makan tido, makan tido,..
makin tua hutang berlambak, masalah berlambak, penyakit berlambak, semua berlambak... cuma iman tak berlambak, bimbang setiap masa
kadang2 rasa macam dah dapat hidayah, kadang rasa tak dapat pula dah... berlakon alim jer
hati merayau sana sini... amalan takda pastu prasan masuk syurga .. rupa nyer mati kena siksa... :))

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka…
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

al-Kahfi:103-106

Adakah kamu menyangkakan bahawa kamu akan masuk Syurga
padahal belum lagi nyata kepada Allah
(wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu
dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

ali-Imran:142

kesudahan cerita.... kena ciretttt dgn perdayaan nkorang sendiri...

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya.

[al-Baqarah:9]

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]

the end... :D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register