BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mantan AP WP Faisal Manap kini ejen hartanah ERA

Bob_SG

Fun Poster
Messages
746
Joined
Jun 14, 2025
Messages
746
Reaction score
2
Points
25

Mantan AP WP Faisal Manap kini ejen hartanah ERA​

faisal_manap2.jpg

Mantan AP WP Faisal Manap di Paya Lebar pada 16 Apr 2023. (Gambar fail: Facebook/The Workers' Party)

SINGAPURA: Mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Muhamad Faisal Abdul Manap, kini menceburi bidang hartanah dengan menyertai ERA Real Estate Singapore.

Perkembangan itu dikongsi menerusi satu catatan Facebook pada Isnin (21 Sep), yang mengalu-alukan Encik Faisal sebagai anggota baharu NND ERA Synchro Nice Division. 

IKLAN

Beliau dipercayai telah didaftarkan sebagai ejen hartanah dengan ERA pada 16 September.

Catatan tersebut menyatakan pengalaman Encik Faisal berkhidmat kepada penduduk sebelum ini diharap dapat membantu kerjaya baharunya.

Encik Faisal, 51 tahun, pernah berkhidmat sebagai AP GRC Aljunied selama 14 tahun sebelum bertanding di GRC Tampines dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025). Beliau masih memegang jawatan Naib Pengerusi WP.

Beliau kini dilaporkan menjalani latihan sambil bekerja di bawah bimbingan seorang mentor bagi menimba pengalaman dalam bidang tersebut.

 
Back
Top
Log in Register