BTC USD 81,813.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

al-Quran disaksikan atau diriwayatkan?

Al-Quran itu...


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.

pubin

Banned
Messages
6,448
Joined
Jul 8, 2011
Messages
6,448
Reaction score
51
Points
70
PERMASALAHAN

Terdapat ramai pihak dari kalangan mereka yang mengaku beriman dan beragama Islam, tetapi berdakwah membawa cerita bahawa al-Quran itu adalah palsu dan tidak benar. Mereka ini membawa keraguan ke atas kebenaran al-Quran, dan percaya Allah itu tidak mampu memelihara ketulenan al-Quran. Alasan utama mereka dalah masalah di dalam periwayatan al-Quran itu sendiri.

Contoh:

alquran tu bkn citer dongeng ker..?
tafsir quran tu boleh caya ker... adakah ianya betul..? ada gerenti..?
secara tk lansung alquran pun perkara yg dongeng
bg aku satu jer.. kalau dah hadis itu jatuh dongeng secara tk lansung alquran pun perkara yg dongeng.. sama jer mcm kitab2 lain..
alquran itu dibukukan selepas kewafatan baginda so apa jaminan utk mereka yg alquran itu benar spt yg baginda ajarkan tnpa kekurangan..?
tengoklah alquranm
kalau tak nk beriman dgn quran takper..
kalau tak yakin dgn kata2 Allah nk buat camana dan mcm2 lagi bagi mengelak utk menjawab soalan..

Maka itu thread ini dibuka bagi menjawab dakwaan golongan yang berdakwah membawa cerita dan percaya (beriman) bahawa al-Quran itu tidak terpelihara.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

[Al-Hijr. Ayat 009]

Adakah dakwaan mereka benar, atau satu pendustaan ke atas agama Islam?

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.




Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)



Persoalan

Samada al-Quran itu:

1. diriwayatkan?
2. disaksikan?




MAKSUD PENYAKSIAN & PERIWAYATAN

Disaksikan = hasil penceritaan melalui pengalaman sendiri berkomunikasi dengan Rasulullah SAW (direct contact)

A percipient witness or eyewitness is one who testifies what they perceived through his or her senses (e.g. seeing, hearing, smelling, touching).

wit·ness *(wtns): One who can give a firsthand account of something seen, heard, or experienced.


Riwayat = hasil penceritaan bukan daripada pengalaman sendiri berkomunikasi dengan Rasulullah SAW (no direct contact), iaitu kata dengar (hearsay).

A hearsay witness is one who testifies what someone else said or wrote.

hear·say : Based on the reports of others rather than the personal knowledge of a witness and therefore generally not admissible as testimony.


FAKTA PENULISAN AL-QURAN

Di sini saya terbaca satu artikel berkaitan sejarah penulisan al-Quran... kebenarannya, saudara tentukan sendiri.

Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.

Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.

Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.

Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut."

Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.

Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.

Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

- Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.

- Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a.

- Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.

- Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.

Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran.

Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.

Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'.

Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:

- Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.
- AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.
- Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah.
- Amru bin Qais r.a. ke Basrah.
- Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.

Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan ( H,,G 'DB1'!'* ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

- Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

- Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran.

- Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

- Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.

- Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.


Kelebihan Rasm Uthmani

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

- Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

- Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

- Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar.

- Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).

- Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

- Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

- Salah satu dari mukjizat al-Quran.

- Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.

- Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

- Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.

- Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

- Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.



FAKTA PENULISAN CERITA HADIS

Samada cerita hadis itu:

1. diriwayatkan?
2. disaksikan?


Zaman Rasulullah saw
(Al-Quran dihafal, disahkan oleh Rasulullah saw, dan ditulis)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat 1 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-2 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-3 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-4 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-5 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-6 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-7 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-8 (hidup)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Bukhari & Imam Hadis
(250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw)
arrow_down.png

CERITA BERTULIS Bukhari & Imam Hadis
arrow_down.png

Kitab Cerita Dongeng
arrow_down.png

Anda
(bagaimana ANDA mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
(perintah Allah di dalam al-Quran?)​

Kenapa sehingga 250 tahun?

Terdapat larangan al-Quran bagi mencatatkan cerita selain al-Quran, dan malahan bukti daripada hadis sahih sendiri menunjukkan Rasulullah SAW melarang apa-apa penulisan cerita hadis.

The prophet said:
"Do not write down anything from me except the Quran.
Whoever wrote other than that should delete it

[Sahih Muslim, Book 42, Number 7147, also Ahmed, Vol. 1, Page 171]

Abu huraira said that the prophet said,
"The 'Ummam' (nations/peoples) that preceded you
have gone astray when they wrote books
and upheld them besides God's scripture
"

(Ahmed Ibn Hanbal).

"Abu Huraira said:
The messenger of God came to us while we were writing his sayings and said:
"What is it you are writing?"
we said "sayings (hadith) we hear from you messenger of God"
he said, "A book other than God's book?"
then Abu Huraira said,
"so we gathered what we had written and burnt it all"

(Taqyeed Al-Ilm, by Al-Khateeb Al-Baghdady) also (Oloom Al-Hadith, by Ibn Salah).

Narrated By 'Abdul 'Aziz bin Rufai' : Shaddad bin Ma'qil and I entered upon Ibn 'Abbas.
Shaddad bin Ma'qil asked him,
"Did the Prophet leave anything (besides the Qur'an)?"
He replied. "He did not leave anything except what is Between the two bindings (of the Qur'an)."
Then we visited Muhammad bin Al-Hanafiyya and asked him (the same question).
He replied, "The Prophet did not leave except what is between the bindings (of the Qur'an).

Sahih Bukhari Volume 006, Book 061, Hadith No. 537.


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah menceritakan kepada kami
Hisyam dari Ma'mar dan dari jalur lain telah menceritakan kepadaku Abdullah bin
Muhammad telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah menceritakan kepada kami
Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma dia
berkata;

"Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendekati ajalnya
sedangkan di rumah beliau telah hadir beberapa orang
diantaranya adalah Umar bin Khattab

maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
"Kemarilah, saya akan menulis suatu catatan yang kalian tidak akan tersesat sepeninggalku."

Lalu Umar berkata; "Tampaknya sakit beliau bertambah parah
bukankah di sisi kalian terdapat Al Qur'an?
Cukuplah bagi kita Kitabullah."

Orang-orang yang berada di sekitar beliau ketika itu berbeda pendapat
lalu mereka saling berbantah-bantahan
Ada yang mengatakan; "Mendekatlah kepada beliau
supaya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dapat menuliskan suatu wasiat buat kalian
agar kalian tidak tersesat sepeninggalnya."

Dan yang lain berpendapat seperti perkataan Umar
sehingga mereka menjadi ribut di sekitar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Berdirilah kalian semua (maksudnya pergi dari sisi beliau)."

Ubaidullah mengatakan; Ibnu Abbas berkata;
"Kerugian besar (bagi kaum Muslimin), mereka gagal menuliskan pesan terakhir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
karena mereka saling berbantah-bantahan di sekitar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."


(Sahih Bukhari, 5237)
Sahih Bukhari Volume 007, Book 070, Hadith Number 573.


Hadith of the pen and paper
http://en.wikipedia.org/wiki/Hadith_of_the_pen_and_paper#cite_note-2

Sunni Muslims refer to this episode as the "Event of Thursday". It is generally seen as a minor event and a test by Muhammad of his "Companions". The Companions are considered to have chosen to do the right thing and passed the test, having remained free from criticism by Muhammad for the rest of the days he remained with them. Further Sunni's say it was not a matter of disobedience but rather it was Umar’s Ijtihad in that situation.[5] This period (from Thursday to Monday) during which Muhammad remained with the Companions after this incident was also not utilized to make a will - which, Sunnis argue, confirms that it was not an important document to be written but rather a simple test to know whether the Ummah is aware of the message of the Qur'an. The following passage is cited as evidence: "This day have I perfected your religion for you, completed My favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion." (5:3).; Hadith of the pen and paper
 
Last edited:
standings....

pertama...

al-Quran disaksikan, kerana tiada mana2 ayat al-Quran yang mengatakan "ayat ini diriwayatkan oleh ... " :D

kedua...

Bukan semua ucapan Rasulullah SAW adalah wahyu
dakwaan melalui surah An-Najm bahawa kesemua ucapan Rasulullah SAW adalah wahyu adalah tidak benar...

Demi bintang semasa ia menjunam
Rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat.
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya dengan rupanya asal
Sedang ia berada di arah yang tinggi;
Kemudian ia mendekatkan dirinya, lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit
Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya apa yang telah diwahyukanNya.
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

An-Najm:1-12

dari konteks surah an-najm, maksud "wahyu" adalah terhad kepada...

1. "Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah"

ketiga...

Perbezaan Periwayatan vs Penyaksian

ok, saya jawab soalan saudara.

sila lihat an-nisa, ayat 15 dan 16. pastu sila baca artikel di bawah:

Menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya memiliki dasar dalam al-Qur'an itu sendiri. Perhatikan bahawa apabila al-Qur�an menetapkan hukuman bagi jenayah zina, ia mensyaratkan persaksian 4 orang saksi, dan para saksi ini hendaklah dari kalangan orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa. Sifat-sifat yang mengikitiraf seseorang saksi tersebut ditentukan pula berdasarkan pengamatan orang-orang di sekitarnya yang juga perlu terdiri dari orang-orang yang memiliki sifat tersebut. Maka jika kaedah menentukan sifat seseorang saksi sebegini diiktiraf oleh al-Qur'an untuk menjatuhkan hukuman jenayah 'sehingga ke tahap hukuman bunuh' sudah tentulah pula hadis yang dibawa oleh orang-orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa dapat diterima
sebagai sesuatu yang benar-benar berasal dari mulut Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

(Ringkasan dari keterangan Muhammad bin Idris as-Shafi�i
dalam al-Umm, jld 7, ms 82-83. Lihat juga Mustafa as-Siba'i-al-Hadits sebagai Sumber Hukum: Kedudukan as-Sunnah dalam Pembinaan Hukum Islam, ms 214.)

sumber: http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah14.htm

________________________

ok, giliran saudara pula jawab soalan saya :D

saudara faham dan mampu bezakan apa itu "periwayatan" dan "persaksian"

saudara faham apa itu "hearsay"?

dalam mahkamah, boleh ker seorang (saksi no.4) itu menjadi "saksi" kepada cerita dari "saksi no.3"
yang hanya mendengar cerita "saksi no.2", dan
yang mana, sekadar mendengar cerita "saksi no.1",
iaitu saksi yang sebenarnya melihat sendiri kejadian jenayah?
adakah "saksi no.4" itu termasuk sebagai saksi walaupun sekadar dengar cerita, dan tidak menyaksikan sendiri?

yang mana boleh keluar daripada mulut pihak ke-3, dan
yang mana tidak dibenarkan keluar daripada mulut pihak ke-3?

saudara faham?
apa itu saksi? dan apa itu periwayat? :D

dan bolehkah turutan di bawah termasuk di dalam kategori "persaksian", atau periwayatan"?

PERMASALAHAN

Di dalam penceritaan hadis, kita perlu memahami bahawa terdapat tiga elemen utama:

1. Subjek Penceritaan (Rasulullah saw dsb); dan

2. Pembawa Cerita (pihak ke-3)
3. Pengumpul Cerita (imam-imam hadis)

Berdasarkan fakta ini, umat Islam terkeliru apabila mempercayai beriman kepada Pembawa Cerita dan Pengumpul Cerita sebagai bermaksud beriman kepada Rasulullah saw. Dalam situasi sebenar, terdapat perbezaan di antara "beriman kepada Rasulullah saw" dan "beriman kepada Pembawa Cerita," dan beriman kepada selain yang dibenarkan di dalam al-Quran adalah perbuatan menyekutukan Allah.

...

Zaman Rasulullah saw
(Al-Quran dihafal, disahkan oleh Rasulullah saw, dan ditulis)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat 1 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-2 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-3 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-4 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-5 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-6 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-7 (sudah meninggal)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Cerita mulut Periwayat Ke-8 (hidup)
(bagaimana Bukhari mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
arrow_down.png

Bukhari & Imam Hadis
(250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw)
arrow_down.png

CERITA BERTULIS Bukhari & Imam Hadis
arrow_down.png

Kitab Cerita Dongeng
arrow_down.png

Anda
(bagaimana ANDA mampu buktikan kesahihan cerita secara jelas?)
(perintah Allah di dalam al-Quran?)​

p/s: penulisan al-Quran adalah "persaksian" (dikumpul/ditulis/dibukukan pada zaman sahabat/Rasulullah SAW (tulis/hafal)) - penulisan hasil daripada "pengalaman" sendiri oleh para sahabat dgn Rasulullah SAW (hubungan langsung), dan penulisan hadis adalah "periwayatan" (sekadar cerita mulut turun temurun, kata dengar, hearsay dan selama 250 tahun, kerana larangan penulisan hadis oleh Rasulullah SAW dan sahabat)


soalan 1 : boleh, sekiranya saksi 2, 3, dan 4 tersebut adalah orang-orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa. juga, kuat ingatan. mustahil org yg beriman, adil, amanah, btaqwa dan kuat ingatan menipu... itulah ciri2 periwayat hadis shahih. kalo periwayat tidak memiliki ciri2 tsebut, hadis tersebut jadi dhaif atau palsu.

cerita atas cerita atas cerita adalah saksi.. hehe :))

suka nko jer.. hehe..
pergi belajar apa itu "hearsay"

kalau aku dengar ada orang rogol pompuan dari A
A pula dengar jer cerita ni daripada B
B pula dengar jer cerita ni daripada C
C pula dengar jer cerita ni daripada D
D pula dah mati masa tu... dan pompuan tu buat repot polis
semua A, B, C dan yang terlibat alim2 berlaku, tip top
jadi aku boleh jadi saksi dan bagi keterangan kat Mahkamah ker? :eek:

kalau baca surat khabar tentang kes rogol boleh jadi saksi dlm Mahkamah juga? hehe

ok, sila jawab soalan sy. camner nak pastikan penulisan alquran selepas zaman sahabat tidak dikhianati dgn pemalsuan dan tokok tambah?

ni brapa kali aku mau jawab.. ker nko tetap blur?

baiklah.. aku tanya nko...
nko yakin tak Allah itu adil dan tak menghukum manusia secara sia2?

kalau nko tak yakin, aku takda comment..
sebab ni janji Allah tak akan menghukum hambaNya secara zalim...
dan kalau nko tak yakin, baik nko tukar agama lain.. pergi sembah batu ker, lagi bagus.

tetapi dan kalau nko yakin...
nko rasa patut tak Allah bagi warning sebelum hukum?
mesti bagi warning dulu kan, baru kita tahu apa yang benar dan salah..
baru adil kan?

so...warning tu daripada mana?
bukan daripada al-Quran ker?
so kalau nko dah nak question kebenaran al-Quran...
dan kemampuan Allah utk melindungi al-Quran, seperti yang dijanjikanNya dalam al-Quran?
buat apa nko peluk agama Islam?
kan elok nko masuk agama lain jer? :-?


sekarang kita review balik...

saudara merujuk kpd an-nisa, ayat 15 dan 16 dan menggunakan alasan "persaksian" sebagai membenarkan periwayatan....

sila lihat an-nisa, ayat 15 dan 16. pastu sila baca artikel di bawah: Menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya memiliki dasar dalam al-Qur'an itu sendiri.

dan percaya dengan alasan ini...

Maka jika kaedah menentukan sifat seseorang saksi sebegini diiktiraf oleh al-Qur'an untuk menjatuhkan hukuman jenayah 'sehingga ke tahap hukuman bunuh' sudah tentulah pula hadis yang dibawa oleh orang-orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa dapat diterima sebagai sesuatu yang benar-benar berasal dari mulut Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

oleh itu saya soal pemahaman saudara di antara "periwayatan" dan "persaksian"...

saudara faham dan mampu bezakan apa itu "periwayatan" dan "persaksian"

saudara faham apa itu "hearsay"?

dalam mahkamah, boleh ker seorang (saksi no.4) itu menjadi "saksi" kepada cerita dari "saksi no.3"
yang hanya mendengar cerita "saksi no.2", dan
yang mana, sekadar mendengar cerita "saksi no.1",
iaitu saksi yang sebenarnya melihat sendiri kejadian jenayah?
adakah "saksi no.4" itu termasuk sebagai saksi walaupun sekadar dengar cerita, dan tidak menyaksikan sendiri?

dan saudara jawab....

soalan 1 : boleh, sekiranya saksi 2, 3, dan 4 tersebut adalah orang-orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa. juga, kuat ingatan.

dan saya soal sekali lagi... takut2 sedara salah faham...

kalau aku dengar ada orang rogol pompuan dari A
A pula dengar jer cerita ni daripada B
B pula dengar jer cerita ni daripada C
C pula dengar jer cerita ni daripada D
D pula dah mati masa tu... dan pompuan tu buat repot polis
semua A, B, C dan yang terlibat alim2 berlaku, tip top
jadi aku boleh jadi saksi dan bagi keterangan kat Mahkamah ker? :eek:


kalau baca surat khabar tentang kes rogol boleh jadi saksi dlm Mahkamah juga? hehe

dan jawapan saudara...

Saudara jangan samakan kualiti diri periwayat hadis dengan kualiti diri saudara. Mereka tu beriman, kuat ingatan, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa.

so... kesimpulannya, bwuahahaha :eek:

nko merepek aper nie?

kalau ikut jawapan nko...
jika ada seorang alim yang tip top
dengar seorang pompuan kena rogol dari cerita mulut.. dan

A pula orang alim dan dengar cerita pompuan dirogol "X" dari mulut B
B pula orang alim dan dengar cerita pompuan dirogol "X" dari mulut C
C pula orang alim dan dengar cerita pompuan dirogol "X" dari mulut D
D pula tengok pompuan nangis2 selepas kena rogol oleh "X"...

dan berdasarkan dari cerita atas cerita atas cerita atas cerita..

MAKA "A" boleh hadir ke Mahkamah untuk menjadi saksi "X" rogol pompuan..
atas alasan dia orang alim
nko giler ker aper? bila masa "A" saksikan pompuan kena rogol? :eek:


persoalannya sekarang, saudara menolak method periwayatan ini. jadi, saya curious, camner saudara nak buktikan yg al-quran sekarang sama dengan al-quran zaman nabi SAW, kalo bukan melalui method periwayatan ini??? Sila jawab.

saya menolak "periwayatan".. tetapi tidak menolak "penyaksian"
mana boleh "periwayatan" jadi sumber hukum dalam Islam...
nko faham maksudnya?

ini penyaksian...

penulisan al-Quran adalah "persaksian" (dikumpul/ditulis/dibukukan pada zaman sahabat/Rasulullah SAW (tulis/hafal)) - penulisan hasil daripada "pengalaman" sendiri oleh para sahabat dgn Rasulullah SAW (hubungan langsung)

PENGALAMAN SENDIRI... dari...

5-senses.jpg


dan pada masa zaman itu juga (pada zaman Rasulullah SAW dan masa al-Quran diturunkan),
dihafal dan ditulis oleh para sahabat...
hasil daripada "pengalaman sendiri" berkomunikasi secara langsung dgn Rasulullah SAW

dan pada zaman sahabat juga, dibukukan...

apabila dibukukan, maka maklumat dalam buku itu menjadi muktamad
takda tokok tambah lagi...
dan aku menyaksikan "kandungan dan maklumat" al-Quran yang sama dari zaman Rasulullah SAW dan sahabat...
ni bukan periwayatan... sebab based on "penulisan" (dibukukan dan hafalan)... bukan cerita mulut semata2


MAKSUD PERIWAYATAN PULA.... (tiada dalam bentuk bertulis, dan cerita mulut)

dan penulisan hadis adalah "periwayatan" (sekadar cerita mulut turun temurun, kata dengar, hearsay dan selama 250 tahun, kerana larangan penulisan hadis oleh Rasulullah SAW dan sahabat)

so? orang yang ke 250 tahun "menyaksikan" apa dengan derianya?
dia ada menyaksikan Rasululllah SAW dengan mata kepala dia sendiri?

jadi surah aper dan ayat aper yang membenarkan "periwayatan" dijadikan hukum dalam Islam?????
nko tak jawab lagi nie... berkali2 nko spin merata tempat..
 
Last edited:
Rujukan-rujukan lain

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya (cerita dongeng etc)
Dan jika Tuhanmu menghendaki
tentulah mereka tidak melakukannya

Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.

Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
cenderung kepada bisikan itu
dan supaya disetujui oleh mereka
dan juga supaya mereka melakukan apa yang mereka lakukan itu.


Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran
yang jelas nyata kandungannya satu persatu?”

Dan orang-orang yang Kami berikan kitab
mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil
tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya
dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.


Dan jika engkau menurut KEBANYAKAN orang yang ada di MUKA BUMI
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah
tiadalah yang mereka turut melainkan SANGKAAN semata-mata
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui
akan sesiapa yang sesat dari jalannya
dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.


[al-An'am:112-117]


Hukum menyembunyikan kebenaran pada amalan Ahli Kitab Zaman Moden

menarik artikel ni untuk renungan orang yang suka mempermainkan agamanya....
especially kepada yang tahu agama dan sejarah
tetapi menyembunyikan kebenarannya. :))
-----------------------------------

Isi Perbincangan:

Sikap buruk ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan)
maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka
dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 159-160)

Sebab turun ayat

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan benci.

Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muaz bin Jabal bersama beberapa sahabat bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada orang-orang yang bertanya.
Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah menurunkan:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah..

Pengajaran dan Hukum

Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman. Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.

Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka.

Begitulah jahatnya pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.

Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum rajam bagi penzina.

Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab mereka serta menafsirkankanya berdasarkan hawa nafsu mereka.

Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.

Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.

Mengapa mereka merubahnya?

1. Kerana sifat jahat dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan perubahan zaman.

Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan keilcikan para pendeta mereka.

Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama yang sudah tidak diterima oleh barat.

Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.

Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak memilih Islam sebagai pegangan.
Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan bod0h. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan khayalan sahaja.

-------------------------------

Siapa pula PEWARIS Ahli Kitab di dalam al-Quran pada zaman ini?

Ahli Kitab zaman moden?

Bagaimana pula kepada mereka yang menafikan kebenaran dan kesahihan al-Quran?

dan sesudah Allah menerangkan ayat di bawah?

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

[Al-Hijr. Ayat 009]
 
Last edited:
di antara perbincangan utama

dia yg tak faham, kata orang takde jawapan muktamad plak :eek::eek::eek:

aku heran apsal nko seronok sangat tanpa fikir terlebih dahulu... :))

memang aku tak faham pun
isu yang nko bangkitkan sebelum ni berkenaan "periwayatan hadis" > #2521
isu aku tanya nko kat sini pasal apa?
"periwayatan/penyaksian al-Quran" dan isu pemeliharaan.. > #78
isu baru ni, jadi apa penerangan nko pasal al-Quran ni?

betul ker diriwayatkan sama seperti hadis?

atau disaksikan oleh sahabat sendiri bagaimana Rasulullah SAW ajar satu persatu
ditulis/dihafal pada zaman Rasulullah SAW masih hidup
bacaannya disemak oleh Rasulullah SAW sendiri
dan kemudiannya..
pada masa sahabat2 yang berkomunkasi secara langsung dengan Rasulullah SAW masih hidup
ayat2 ini dikumpulkan, setiap ayat disahkan oleh setiap "saksi"
dan dibukukan pada zaman itu juga
maka teks asas menjadi muktamad, tidak lagi boleh dipinda, tidak lagi boleh diubah2
semuanya hasil daripada "komunikasi" langsung sahabat bersama Rasulullah SAW...

berbeza dgn cerita hadis
tiada langsung hadis bertulis dan sekadar cerita mulut
yang kemudiannya dikumpulkan 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW dan para sahabat
(sebab itu diriwayatkan, macam buku cerita Riwayat Merong Mahawangsa, Riwayat Si Pitung.. hehe)
so dan bagi hadis, bukan sekadar tiada komunikasi langsung dengan Rasulullah SAW..
tetapi komunikasi langsung dengan sahabat2 dan periwayat2 terdahulu pun takda... :))
boleh imagine?
boleh imagine 250 tahun lama mana dan dgn tiada kemudahan, sekolah etc?
kira-kira tahun 1700+ dahulu.. kira 100-200 tahun lepas zaman Melaka ler..
(ni kira ok lagi ler, sebab dah ada sekolah, kertas, takda peperangan berterusan, etc.)

selanjutnya dan kalau nko berpegang pada al-Quran itu diriwayatkan...
aku nak tahu...
kenapa takda tulis pada setiap ayat al-Quran "diriwayatkan oleh siapa"?
salah ni.. tak tulis nama periwayat, nak semak sanad macam mana? ... hehe :))
dan pasal apa ulama nko cakap "diriwayatkan"
dia faham ker maksud yang boleh dikategorikan sebagai "diriwayatkan"
dan yang mana boleh dikategorikan sebagai "penyaksian"?
takkan orang2 hebat ni failed untuk faham isu2 macam ni kut?
dulu dia sekolah kat mana? :))

so? nko mesti ada alasan utk kepercayaan nko... apa dia?
cer citer kat aku :-?


----

Apakah maksud riwayat?
Maksud perkataan riwayat adalah / The meaning of riwayat is :

history; legend; tale or story that has handed down from one generation to the next

keduanya...

aper kredibiliti imam-imam hadis parsi dan periwayat2 tu?
macam mana nko tahu ianya tepat dan benar
akhlak mulia...
nko ada kat zaman tu?

masuk jauh sikit... cuba nko imagine zaman imam parsi ni
lebih kurang 1200 tahun dahulu..
tv takda..
surat khabar takda..
youtube pun takda...
orang pun tak tahu baca...
dan orang pun tak ambik kisah apa jadi kat dunia...
kesimpulannya... apa pun takdalah...

so..
pada zaman yg tiba2 muncul dgn mendadak lebih drpd 4,000,000 hadis.. (sebelumnya takda)
siapa yang boleh sahkan sipulan bin sipulan adalah orang alim?
tapi dia boleh cari dan interview sorang2 dari 60,000 periwayat pd zaman dia dlm tempoh 16 tahun (tak kira lagi yang dah meninggal)..
boleh pula hafal 600,000 hadis... ada kata 1,000,000 juta hadis..
pastu boleh pula select, tulis buku, mengajar, cari makan, jalan kaki ribu2 batu... bla bla bla..
takda buku, takda dakwat, takda kedai photostate, takda hotel, takda bas, takda telefon.. semua takda...
dan pada itu boleh perhatikan akhlak setiap mereka
dan boleh buat kesimpulan, dan sahkan orang ini cakap benar
boleh percaya dan akan masuk syurga.. semua dia cakap dapat "AAA"
(compare Rasulullah SAW, hafal ayat dalam al-Quran jer... sahabat? maksimum hafal brapa? 8000 hadis?)
dan boleh ker imam-imam parsi ni kenal setiap periwayat dalam tempoh 250 tahun tu (mayat)?
dia boleh ker panggil roh orang mati utk tanya soalan, sahkan akhlak mulia
kemudian boleh pula letak title "SAHIH"? (PASTI, TIADA APA2 KERAGUAN... tipu tak ni?)

nko pula... percaya semua ni? bwuahahaha :eek:

evi0063.gif


profil dia pula, siapa yang tulis profile tu..
dan siapa yang sahkan sebagai benar?
kerajaan abbasid dan ulama2 parsi? hehehe
imam hadis dari mekah dan madinah mana?

imam.JPG


semua yg jadi dulu tu nko ingat macam dunia hari ni ker? :))

sebaliknya pada hari ini...

jika aku kata "Ulama A" ini alim
pasti bersepah2 keluar kat Youtube..
kalau Nik Aziz tinggal 1200 tahun dahulu
dia pun akan jadi hebat dan termasyur sampai beribu2 tahun
sebab siapa pun tak kenal dia..
siapa pun tak boleh sahkan dia...

tapi pada dunia hari dan kalau hebat macam mana pun seseorang tu..
pasti bersepah2 keluar komen utk semua membuat penilaian sendiri..
ada ker sapa2 hari ini boleh dapat title "SAHIH", lebih power dari ayat2 Allah?
Imam-imam Parsi ni boleh...
nko ada patung batu dan sembah dia ker aper? :))

berkaitan al-Quran? direct...

attachment.php


kebenaran yang disembunyikan oleh ahli kitab zaman moden....

dalam kes periwayatan hadis?

hearsay = rumour

20130222-003756.jpg


0. > direct
1. > rumour
2. > rumour atas rumour
3. > rumour atas rumour atas rumour
4. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour
5. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour
6. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour
7. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour
8. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour
8. > rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour atas rumour
9. > 250 tahun selepasnya > Imam Hadis >> semua ini adalah "SAHIH" (PASTI, TIADA APA2 KERAGUAN) :)

1400++ tahun selepasnya...

fitnah dan penghinaan ke atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat...

Al-Quran > riba haram
Hadis > riba halal/harus dan macam2 lagi...

Al-Quran > kebebasan agama
Hadis > pinda undang2, kafirkan semua orang, pancung kepala..
DSC01732%2Bcopy.jpg


Kemudian umat Rasul-rasul itu (orang Islam?)
berpecah-belah dalam urusan ugama mereka (urusan syariat?)
kepada beberapa pecahan (mazhab?)
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam KESESATANNYA itu (inikah "Siratal Mustaqim"? jalan Rasulullah SAW & orang2 diredhai?)
hingga ke suatu masa

(Al-Mu’minun:53-54)

2000 tahun selepasnya?

9363941-very-evil-cartoon-bomb-ready-to-explode.jpg



7598927.jpg


evi0063.gif


hehe :))



Wahai anak-anak Adam!
Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu
yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku

maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya
tidak ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]





MAKSUD MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA

Rasulullah saw menerima wahyu dan setiap ayat al-Quran yang kita kenali pada hari ini adalah hasil daripada ucapan Rasulullah saw sendiri. Oleh itu, ianya menjadi mustahil untuk kita membuktikan secara zahir bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah, kecuali dengan beriman bulat-bulat kepada ucapan Rasulullah saw.

Berdasarkan pemahaman ini, maksud sebenar mengikuti Rasulullah saw adalah mengikuti al-Quran itu sendiri. Ianya tiada kena mengena dengan cerita-cerita mulut yang dikumpulkan dan dijadikan dalam bentuk bertulis oleh imam-imam hadis Persia lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.

maksud-hadis.jpg














PLAYLIST

http://www.youtube.com/playlist?list=PLBBBBBE92C9F2089F
 
Last edited:
thread anti hadis lagi.... hehe
 
thread anti hadis lagi.... hehe

melabel jer nko boleh?
nko takut kebenaran terbongkar?
nko ada backup kata2 nko ni dgn fakta ker? :D
selama mana nko nak menfitnah, dan berusaha menyembunyikan kebenaran? :-?
 
Last edited:
melabel jer nko boleh?

dan apsal.. takut kebenaran terbongkar? :D

selama mana nko nak menfitnah, dan berusaha menyembunyikan kebenaran? :-?

yg anti hadis wannabe tu kamu... kenapa nak tuding jari kt org plak...

byg kan ko menafikan jasa imam bukhari, imam muslim, imam hambal, imam ghazali, imam syafie dan ulamak2 tersehor dlm dunia islam termasuk mazhab yg 4.... ko berhujah diatas kapasiti apa? ko sape bro... :))
 
yg anti hadis wannabe tu kamu... kenapa nak tuding jari kt org plak...

byg kan ko menafikan jasa imam bukhari, imam muslim, imam hambal, imam ghazali, imam syafie dan ulamak2 tersehor dlm dunia islam termasuk mazhab yg 4.... ko berhujah diatas kapasiti apa? ko sape bro... :))

kerja menyalak jer, apa beza nko dan anjing jika nko pun setakat tahu menyalak dan membuat tuduhan kosong?

nko ada ker "fakta relevan" yang boleh dikemukakan bagi menyokong dakwaan nko berkaitan isu thread ini? :-?
 
Last edited:
Persoalan

Samada al-Quran itu:

1. diriwayatkan?
2. disaksikan?

dua2 pilhan jawapan ko pun tak betul.

Al-Qur'an DIWAHYUKAN melalui perantaraan Jibril a.s. :)
 
habih tuh tuan tak ngaku ke Al-Quran skang nih wahyu ALLAH??? habih tuh kenapa signature tuan ada ayat Al-Quran sedangkn tuan menafikannya :-?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register