BTC USD 62,762.7 Gold USD 4,339.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

syeikh nuruddin al banjari

sila jlskan lebih lanjut bhgian maner yg sy x fhm...

Enta tak boleh fahami teks dari kacamata konteks..enta juga tak boleh bezakan bila dan ketikanya sesuatu itu menjadi bid'ah dan ketika bila tak menjadi bid'ah... Ini masalah terbesaarrrr yang aku tengok menjadi bebanan besar hang syeikh Jumat..

Aku menyantuni pendapat hang enta petik daripada tokoh2 yg enta gelarkan Wahabi itu, dah highlight, dan bold kan, dah besarkan supaya paham konteks, tapi enta syeikh tetap berdegil utk tidak mahu memahamkan nya.. Jadi apa guna ana berdebat dengan enta Syeikh jika pendpat yg enta kemuka kan pun, dan pendapat itu juga ana gunapakai supaya enta paham pun, enta tetap mahu lari daripada konteks pemahaman yg sebenarnya?


x slh wahabi memetik hadis, yg slhnyer adalah mrk sama sekali x meraikan pendpt ulama lain dlm memahami hadis tersbt...

tp dlm masa yg sama mahu kefhman mrk terhdp hadis tuh diraikan oleh ulama lain & diterima sepenuhnyer oleh org awam...

pendirian yg mmg mementingkan diri sendiri, camner x dpt tanggapan negatif dr org awam dgn pendirian camtuh...

Buktikan mereka tak meraih pendapat orang lain.. Jangan main bedal jaaa..buktikan bahawa merka hanya amik pendapat daripada Bin Baz,Albani, Ibnu Taimiah dll yg enta labelkan wahabi dan MENYESATKAN MENGKAFIRKAN disamping meninggalkan pendapat tokoh lain dalam bidang perseteruan.. Kluarkan .. Jangan main tuduh tuduh lagi.. Enta dah banyak tuduh syeikh.. Ingat tuu..

Jika haram disisi Syafie, dan mubah disisi Maliki, apakah pendapat syafie menentang Maliki ? Nooo..why? Kerana ia dalam bidang keilmuan kan? Cerrr pikir skit bro..

Dalam bidang ilmiah, kita nak berbeza pendapat silakan.. Pahami teks mereka dalam situasi konteks.. Ini lah masalahnya bila dok main petik tapi tak paham konteks dan kondisi bahasa dan waqi'..

Hang baca LASTTT, aku quote sekali lagi... Ni aku quote perkataan syeikh Jumat LAGI SEKALI ...yg aku kata ENTA tak paham teks dari kacamata konteksss..teruskan baca komentar2 aku berikutnyaa...

lg pon ader sy petik pendpt2 dr ulama wahabi tuh utk memenuhi permintaan sdr semata2, i.e. sdr minta dalil wahabi membid'ahkan qunut dll...

dr segi kefhman ulama wahabi ke atas hadis2 tuh sy x pernah kater sy setuju, klu sy pernah kater setuju tlg petik semula post tuh...

krn klu sy setuju dgn pendpt ulama wahabi bermaksud sy sepatutnyer marah kat Syiekh Nuruddin mcm sdr skrg nih, betul tak???...

Ya.. Aku dah jawab di atas.. Enta petik bab Qunut dan enta tak boleh bezakan bid'ah yg mereka maksudkan apabila ia menjadi kelaziman... Tang tu enta abaikan.. Kedua, bab bacaan Qunut itu amik daripada witir.. So mengamalkan ia dalam Subuh adakah benda sunnah atau mukholafatussunnah? Cerrr jawab jujur syeikh,,,dan lagi satu, aku quote ni, kata kata dan quote siapa ni syeikh? Bukan kot enta ka?


bg ulama wahabi, membaca qunut dlm rakaat kedua dlm solat subuh secara terus menerus adalah bid'ah...

Shaykh `Abdul-`Azeez Bin Baz, Fatawa Islamiyah Vol. 2 Page 144 ...
"The Prophet (sallallaahu alaihi wa sallam) did not always perform Qunut [1] in the morning prayer, neither with the well known supplication: O Allaah! Guide me with those whom You have guided...etc. nor with any other supplication. He only performed Qunut in times of crisis, that is, if some disaster befell the Muslims from the enemies of Islam, he would make Qunut for a certain period of time, supplicating against them and for the Muslims ...​
Syeikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin...
"Doa qunut witir yang terkenal yang Nabi ajarkan kepada al Hasan bin Ali yaitu allahummahdini fiman hadaitatidak terdapat dalil yang menunjukkan bolehnya menggunakan doa tersebut untuk selain shalat witir.Tidak terdapat satupun riwayat yang menunjukkan bahwa Nabi berqunut dengan membaca doa tersebut baik pada shalat shubuh ataupun shalat yang lain.
Qunut dengan menggunakan doa tersebut di shalat shubuh sama sekali tidak ada dasarnya dari sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam....

Pendapat yang paling tepat adalah tidak ada qunut pada shalat shubuh kecuali ada sebab yang terkait dengan kaum muslimin secara umum...

Qunut dalam shalat shubuh secara terus menerus tanpa ada sebab syar’i yang menuntut untuk melakukannya adalah perbuatan yang menyelisihi sunnah Rasul. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah qunut shubuh secara terus menerus tanpa sebab. Yang ada beliau melakukan qunut di semua shalat wajib ketika ada sebab."

2 isu di atas, iaitu (1) soal membaca qunut secara terus menerus.
(2) Matan Qunut itu sndiri, Allahummahdini fiman hadayt sama ada benarkah ia dalam Subuh atau ia diambil daripada Witir..

Haaaaa... Tu konteks nyaaaa.. Cer pahaam konteks bro... Ni dok pukul rata wahabi kata qunut bid'ah secara general.. Dok pong pang pong pang yg ni.. Padahal enta sndiri yang tulis, pastu enta sndiri yang spinn.. Apaa daaa..

Lepas tu baru pergi persoalan bid'ah itu, apakah ada dalam agama ataupun tak.. Maka barulah mereka bahas kpd ibadat ibadat yg baru spt cth melazimi Qunut dlm subuh, atau prbahasan Matan Qunut itu sendiri sbagaimana diatas.. Sekali lagi aku quote enta punya quote syeikh...(takut enta pening masuk yg lain sbb enta sndiri punya tulis pun enta masih blurr tak paham)

Innovation in Light of the Perfection of the Shari'ah, Shaikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen...
You will surprised at a people who know the saying of the Messenger of Allaah (sallallaahu alayhi wasallam) : "Beware of the newly-invented matters, for every newly-invented matter is an innovation and every innovation is misguidance and every misguidance is in the Hellfire." They know that his speech "...every innovation ..." is general, comprehensive and complete, being enclosed and surrounded with the strongest particle that can be used for generalisation and inclusion and that is "...kullu (every)..." and that the one who spoke this comprehensive speech (sallallaahu alayhi wasallam) knows the sense and meaning of this word. That he is the most eloquent of the whole of creation, the greatest adviser of the creation to the creation, who does not speak except with something the meaning of which he (certainly and definitely) intends and desires.

Therefore, when the Prophet (sallallaahu alayhi wasallam) said: "Every innovation is misguidance" he knew what he was saying and he knew the meaning of what he said. These words came from him out of the perfection of (his) advice to the ummah.​
Majmoo' Fataawa wa Rasaa'il - Volume Two, Number 345, Shaykh Muhammad bin Saalih al-`Uthaymeen
Then to the innovator we say: “Every innovation is misguidance and every misguidance is in the fire". And it is a duty to warn about all the innovations and that mankind not worship Allaah except by what Allaah and His Messenger (صلى الله عليه وسلم) have legislated.​
Muhaadharaat fil ‘Aqeedah wad da’wah, vol 1, pages 196-197, Shaykh Saalih al-Fawzaan...
"There is no such thing as a ‘good bid’ah' (innovation) as is claimed by some of the ignorant ones. Innovations – in their entirety are a going astray, as was judged by the Messenger of Allaah (Sallallaahu ‘alaihi wa sallam) in his saying:

((…Every innovation is a going astray.))* and in another narration:

((…And every going astray is in the Hell-fire.))** "​


Tengok tu.. Lumat betul betul... Mereka memetik hadis nabi ni adlh HAL LAIN ATAU BAB BERASINGAN, iaitu DALAM MEMBICARAKAN BAB BID'ah.. Kriteria yg termasuk dalam bid'ah, asbab dlm penjatuhan hukum terhadap bid'ah..Baca sekali lagi yg tu.. Lumat betul betul.. Adakah mereka berkata SAPE YG BUAT BID'ah, KAPIRR, MASUK NERAKA..?

Mereka quote Hadis Nabi tu pun dalam ruang ilmiah dan ilmu perbahasan bahawasanya bid'ah yg ada hanyalah Dholalah..sekali lagi, RUANG ILMU ..mereka berkata begitu dalam ruang perbahasan ilmiah.. Jadi dalam ruang perbincangan Ilmiah, pendapat pendapat diraikan,,,

SOALNYAAAA..yang hangpa buat Bid'ah Hasanah nak terasa dengan kata kata tu pasal apa?Ada ke depa kata kat hangpa? Makan cili ke apa?. :)):))

Ni lah masalah nyaaa.. Sudah lah enta syeikh tak paham konteks dari teks..pastu pukul rata pada semua kessss.. Tu yg jadi melalut lalut tu..

ader nampak mcm gayer pembela wahabi jer kat dlm thread nih, patut ler ader yg panas telinga :p :p :p...

awal perbincanga berkobar2 cbr sy minta tunjukkan hujah mengatakan wahabi membid'ahkan qunut subuh...

siap kater Syiekh Nuruddin & sy hanya membuat tuduhan rambang & membuta tuli lg...

slps dalil dr ulama2 wahabi sendiri diberikan blh plak kuarkan kenyataan yg backup wahabi...

kununnyer wahabi hanya mengatakan qunut subuh adalah bid'ah jika ia dianggap sbg wajib...

tp biler dicbr tunjukkan dalil yg kater mcm tuh dr ulama2 wahabi sendiri...

dan2 tukar lg kenyataan bhw wahabi hanya mengatakan qunut subuh adalah bid'ah jika ia dianggap dijdkan kelaziman...

slps dah takder tempat nak lari akhirnyer kembali gak dgn fatwa asal Syiekh Ben Baz & Syiekh Utsaimin spt yg sy dah berikan :D :D :D...

Hahaha.. Aku mampu gelak je lah dekat enta syeikh Jumat.. Aku dah jelaskan panjang lebar kat atas tu.. Hang tengok, sapa yg bermasalah dalam memahami teks dan konteks, enta ka ana syeikh? Hehehe .. Kesian aku tengok enta syeikh, terpaksa hentam peribadi ana bila enta kepeningan dengan hujah sendiri...Takyah bimbang, aku main tune back quote quote hang ja pun syeikh utk perjelaskan KETIDAKFAHAMAN hang pada perkara pokok perbincangan...

ringkasnyer, jls Syiekh Nuruddin & sy x membuat tuduhan rambang & membuta tuli, mmg hakikatnyer wahabi membid'ahkan qunut subuh...

cuber sdr berikan glgan maner yg menjdkan qunut subuh satu kelaziman & aderkah glgan nih sesat seterusnyer masuk neraka???...

sila jwb dgn jujur spt sy menjwb soalan sdr dgn jujur...

Meh nak jawab dengan jujurrr...

1) pertama, Teks dan konteks aku dah terangkan...terjadi Bid'ah itu tang mana agar forumer lain bleh baca bab perbahasan Qunut itu secara adil dan ilmiah...
2) kedua, Golongan mana ya yg menjadikan kelaziman baca Qunut? Hehehe..
3) Sebelum persoal siapa sesat siapa masuk neraka, persoalkan dulu siapa yang terasa? :-? Siapa yang rasa dia dlm kalangan bid'ah yg dimaksudkan dalam hadis, bermakna dia lah orang yang menibai cili berlori lori dalam sehari...

Sungguh melucukan bila Ulama Bahas dalam bidang kerangka ilmu dan akademik, tiba tiba ada golongan melompat tinggi tinggi kerana dia tuduh perkara tu kata kat dia, sedangkan ia adalah ruang perbahasan Ilmiah bukan ruang perseteruan.. :o:-?


yer betul sy takder hadisnyer sbb sy bknyer ulama, tp Imam Nawawi ader hadisnyer dlm Syarah An-Nawawi ‘ala Shahih Muslim...
"Penjelasan mengenai hadits: "Barangsiapa membuat-buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan begitu juga barangsiapa membuat buat hal baru yang membawa dosa"

Hadits ini merupakan anjuran untuk membuat kebiasaan kebiasaan yang baik, dan ancaman untuk membuat kebiasaan yang buruk, dan pada hadits ini terdapat pengecualian dari sabda beliau saw: "Semua yang baru adalah Bid'ah, dan semua yang Bid'ah adalah sesat". Sungguh yang dimaksudkan adalah hal baru yang buruk dan Bid'ah yang tercela".
jd jls bg Imam Nawawi bhw hadis...
"Barangsiapa membuat-buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya"...​
adalah pengecualian bg hadis...
"Semua yang baru adalah Bid'ah, dan semua yang Bid'ah adalah sesat"

bermaksud qunut subuh adalah hal baru yg baik dlm Islam atau ringkasnyer bid'ah hasanah...

nak bantah pendpt Imam Nawawi, sila bwkan dalil dr kitab2 para ulama, ulama wahabi pon takper sbb pejuang mrk dah ader kat sini...

Sabar syeikh.... Sekali lagi enta tak paham konteks...

1) Pertama, betul ke Imam Nawawi kata ada Bid'ah Hasanah? Quote perkata Imam Nawawi yang kata Bid'H Hasanah..

2) konteks.. konteks Perkara baru yg enta Quote kan daripada Imam Nawawi tu apakah memaksudkan sesuatu yg baru itu merujuk IBADAH.? :-?

Jangan dok buat cerita la syeikh.. Yg dimaksudkan oleh Imam Nawawi adalah perkara perkara baru dalam agama atau bid'ah yg merujuk kpd perkara dan hal hal keduniaan.. Sbg cth, zaman nabi naik unta dan kuda, zman kita naik kereta.. So naik kereta itu bid'ah .. So Bid'ah ini digalakkan..kerana ia hal yg memberi manfaat kpd manusia..HAAAA.. INI DIMAKSUDKAN IMAM NAWAWI....sebab apa aku cakap macam ni? Sebab hang tak paham konteks.. Meh aku rakamkan antara perkara yg imam Nawawi tak setuju Bid'ah dalam Ibadah..



al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya Tahzib al-Asma` wa al-Lughat (تهذيب الأسماء واللغات) mengulangi dan menyetujui pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam rahimahullah. Untuk menguatkannya, beliau menambah dalam tulisannya itu apa yang dibahagikan oleh al-Imam al-Syafi’i rahimahullah seperti disebutkan sebelum ini.[19]

Jawapan kita terhadap perkara ini sama seperti yang telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-karya al-Imam al-Nawawi rahimahullah, beliau tidak pernah menganggap Bid‘ah Hasanah sebagaimana yang disangka oleh orang ramai masa kini. Di sini dinyatakan beberapa contoh:

Pertama:

Di dalam kitabnya al-Azkar, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebut:[20]

Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-Salaf al-Salih radhiallahu 'anhum ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.

Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad rahimahullah pernah berkata: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak (yang melakukannya).”

…… Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan dalam bab Adab al-Qiraah tentang keburukannya, besar keharamannya dan kefasikannnya bagi sesiapa yang mampu mengingkarinya tetapi tidak mengingkarinya.

Nyata bahawa al-Imam al-Nawawi rahimahullah tidak menamakan perbuatan mem-bacakan al-Qur’an ketika mengiringi jenazah sebagai Bid‘ah Hasanah. Maka perbuatan sesetengah pihak mengiringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah setapak demi setapak sebanyak beberapa kali dibantah berdasar teks imam yang agung ini. Pun begitu ramai di kalangan mereka menamakannya Bid‘ah Hasanah.

Kedua:

Dalam Syarh Sahih Muslim,[21] al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebut:[22]

Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun ia ada disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia adalah satu bid‘ah kerana tidak ada hadith yang sahih (yang menganjurkannya). Bahkan yang sahih dalam hadith ini[23] dan selainnya ialah meninggalkan tambahan itu.

Tidakkah penambahan “waBarakatuh” merupakan satu penambahan yang pada zahirnya nampak baik? Jika Bid‘ah Hasanah ialah melabelkan semua yang nampak baik pada andaian manusia, tentu al-Imam al-Nawawi menamakan ini sebagai Bid‘ah Mustahabbah (yang disunatkan).

Ketiga:

Ketika mensyarahkan hadis berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّه عَنْه عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ.

Daripada Abi Hurairah radhiallahu 'anh, daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda: “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa.”[24]

al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: [25]

Pada hadith ini larangan yang nyata bagi mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada pada malam-malam yang lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama akan kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadith ini mengenai kesalahan solat bid‘ah yang dinamakan Solat al-Raghaib[26]. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar daripada jenis bid‘ah yang sesat dan jahil. Padanya kemunkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga sebegitu banyak dalam memburukkannya dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya. Para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya.

Perhatikan bahawa al-Imam al-Nawawi rahimahullah tidak menamakan solat sunat yang tidak wujud dalam hadith sebagai Bid‘ah Hasanah. Bahkan beliau menghukum sebagai sesat. Ketika ditanya mengenai solat ini (Solat al-Raghaib), al-Imam al-Nawawi pernah berkata:

Bid‘ah yang buruk lagi sangat munkar… jangan terpengaruh dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din.[27]

Keempat:

Dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (المجموع شرح المهذب), al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:[28]

“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedikit pun. Ia adalah bid‘ah yang tidak disukai.”

al-Imam al-Nawawi tidak menamakan amalan penyediaan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai padanya sebagai satu Bid‘ah Hasanah. Bahkan kitab-kitab mazhab al-Syafi’i begitu kuat menentang hal ini.[29]

3) Ketahuilah disisi Imam Nawawi, ada nas dan dalil yang ditashihkan oleh Imam Nawawi iaitu

عن أنس (رضي الله عنه): أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) لم يزل يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا

Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa melakukan qunut di waktu solat subuh sehingga beliau wafat.”

Diriwayatkan oleh al-Hakim Abu ‘Abdillah di dalam kitab al-Arba’in, lalu dia berkata: “Hadis sahih”. Ketahuilah bahawa qunut subuh menurut kami adalah disyari’atkan, ia merupakan sunnah muakkad (yang sangat dituntut). Sekiranya seseorang meninggalkannya maka solatnya tidak batal akan tetapi dia perlu melakukan sujud shahwi, sama ada dia meninggalkannya dengan sengaja atau pun kerana terlupa.” (Rujuk Kitab al-Adzkar an-Nawawiyyah, Bab Qunut Subuh, hadis no. 171)

Qunut Subuh disisi Imam Nawawi bukan perkara baru atau Bid'ah kerana ada nas dan dalilnya disisi Imam Nawawi..So disisi Imam Nawawi, ia bukan Bid'ah pun sebab ada nas.. Cuma kalangan mereka yg membahaskan balik pendapat Imam Nawawi berkenaan Qunut Subuh berdasarkan Hadis Anas Bin Malik yg ditashihkan oleh Imam Nawawi sbg lemah atau dhoif, tidak sahih kerana melalui jalan jalan sanad yg ada illat dan perawi kurang dhobit. Sedangkan syarat penerimaan hadis sohih adalah bersambung sanad, tiada syaz dan illat, dhabit dan adil..

So ADAKAH Qunut Subuh itu Bid'ah disisi Syafie dan Nawawi? Jwpannya adalah TIDAK BID'AH KERANA ADA NAS ..

Sekali lagi dalam kegopohan enta Syeikh Jumat, enta telah mengfitnah Imam Nawawi dengan membawakan isu Qunut disisi Imam Nawawi adalah Bid'ah sedangkan ia TIDAK,,, :-?


x tau yer, siannyer belambak kat tenet pon msh kater x tau, alasan semata2...

klu rajin blh google kat tenet, klu kurang rajin blh baca post #1243 yg berikan detail kategori bid'ah yg para ulama berikan...

klu x bacer gak, tuh bkn sbb kurang rajin, tp sbb mmg x nak ambik tau psl pendpt ulama lain, dah diajar camtuh, camtuh ler jdnyer...



ader sesaper kater nak jdkan bid'ah hasanah tuh sunnah ker???...

bid'ah hasanah menurut Imam Nawawi dah pon dibenarkan dlm hadis di atas...

mlh ader byk lg hadis dimaner Nabi Muhammad SAW membenarkan para shbt mengeluarkan ijtihad sendiri dlm hal agama...

Syeikh.. Belajar lagi syeikh.. Tak perlu suruh aku belajar sedangkan enta bab teks dan konteks pun tak dapat beza.. Ruang ilmiah akademik dan perseteruan pun tak dapat beza..ditambah penyedap rasa fitnah kepada Imam Nawawi dalam bab Qunut.. Daripada enta kesiankan ana, lebih baik kesiankan diri sendiri yg lbh seronok jadi keyboard warrior daripada berhujah ilmiah dalam ruang kebenaran...

so ijtihad para shbt & ijtihad para ulama x akan menjd sunnah, itu pasti...

Pasti syeikh? Enta syeikh, dok degil nak lawan hadis lagi ka syeikh?

Ni lagi satu fitnah, ijtihad sahabat adalah Sunnah juga.. Ia dipanggil sunnah khulafa al rasyidin.. Khulafa ar rasyidin tu bukan sahabat ke?

﴿ يَارَسُوْلَ اللهِ كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَأَوْصِنَا، قَالَ: أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدُ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْراً، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ، عَضُّواْ عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ﴾ (( رواه أبو داود والترمذى، وقال حديث حسن صحيح ))


Dari sahabat Abu Nujaih bin Sariah r.hu, dia berkata, “Rasulullah saw menasehati kita dengan nasehat perpisahan yang mengetarkan hati, dan membuat air mata bercucuran. Kami bertanya,


“Wahai Rasulullah, sepertinya ini nasehat perpisahan. Karena itu berilah kami wasiat.

Nabi saw bersabda, “Aku memberi wasiat kepadamu, agar tetap bertakwa kepada Allah azza wa jalla, mendengar, dan menaati-[Nya]; walaupun yang memerintahmu adalah seorang hamba sahaya dari negeri Habasyah. Sesungguhnya, barangsiapa di antara kalian masih hidup, niscaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Karena itu berpegang-teguhlah dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ur Rasyidin al-Mahdiyyin. Gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah hal-hal yang baru, karena setiap yang baru terdapat bid’ah yang sesat” (Hr.Abu Dawud, Kitâb Sunan, hadis nomor 4607. Dan, Hr.Tirmidzi, Kitâb Sunan, hadis nomor 2687. Di berkata, “Hadis ini hasan shahih.” Kitâb Arba’in Nawawiah, no.28).

Sebab tu ada istilah Hadis Mauquf, hadis yang disandarkan kepada para sahabat sahaja tanpa ada hubungkait dengan Rasulullah s.a.w.. taraf mauquf jika sampai darjat sahih atau hasan, tetap boleh dijadikan hujah agama, kerana kalangan sahabat adalah Radiallahu anhum ajmain..

Syeikh.. Pi mengaji syeikh daripada berterusan tabur pitnah...

mmg label yg tepat & pd label shj ia bkn ler label yg buruk pon, ia buruk krn dikaitkan dgn pembawa label itu sendiri yg menjdkan label itu dipandang buruk...

so jgn slhkan sesaper tp slhkan diri sendiri krn x tau camner nak berkompromi dlm agama...

Suka hati hang la syeikh... Nak label ka nak apa kaaa.. Nasihat aku,

1)BELAJAR PAHAMI TEKS DAN KONTEKS

2) BELAJAR MERAIKAN PENDAPAT DENGAN MENGAMBILKIRA BEZA RUANG AKADEMIK ATAU ILMIAH DENGAN RUANG PERSETERUAN.

3) BERHENTI FITNAH PARA IMAM, SPT FITNAH IMAM NAWAWI DALAM BAB QUNUT

4) JIKA ENTA JAHIL DALAM SESUATU, PERGI BELAJAR.. KELAK ENTA JADIKAN KEJAHILAN SEBAGAI PENGHUKUM SPT DALAM BAB SUNNAH KHULAFA AR RASYIDIN. ENTA BEGITU PASTI MENUDUH ATAS SEBAB KEJAHILAN DIRI SENDIRI.


Aku penat berbahas dengan enta syeikh Jumattt..Penatttttt.....Harap banyakkan lagi syeikh jumat mencari dan terus mencari, gali dan gali.. Moga dipermudahkan urusan dan dibuka pintu kefaqihan oleh Allah dalam memahami sesuatu..
 
Last edited:
menarik perbincangan ilmiah di sini..

harap semuanya berhujah dan berbincang menggunakan akal dan wahyu, bukan emosi dan nafsu ya..


p/s: ana dah pencen dari thread religious talk ni.. tukang sedut ilmu je la ni..
 
Imam Shafie (150 — 204 H)
Imam Nawawi (631 - 676 H)

Time tu Qunut subuh belum dianggap bidaah sebab ada nas.

Bin Baz (1328 H - 1420 H)

Pada waktu ni hadis yg diriwayatkan oleh Anas Bin Malik dinilai semula sebab kononnya Imam Shafie dan Imam Nawawi tak berapa pandai dalam bidang hadis. Ulamak hadis pada sekitar tahun ini lebih hebat banding ulamak mujtahid Imam Syafie dan Hujjatul Islam Imam Nawawi.


Percaya dah aku sama Bin Baz. Bin Bazlah penyelamat ummah.

Selama lebih kurang 1000 tahun lebih umat Islam berada dalam kegelapan sebab belum muncul tokoh yg hebat dalam bidang hadis sehinggalah Bin Baz dilahirkan. Oh... tidak

:D
 
betul tu bro,apa yg aku faham ttg Muhamad bin Abdul Wahab (wahabi) tu,kerjanya menghancurkan makam2 sahabat nabi. kalau para wahabbiah sekarang x nak ke hancurkan makam2 keramat di Malaysia dan makam2 wali di indonesia? bukan ke tu kerja diaorg?

Itulah salah satu permasalahan dan cara yg kurang tepat oleh wahabi. Patutnya tak perlu hancurkan makam . Sebab makam tu cuma alat. Yg wahabi patut banteras tindakan penyembah kubur, peminta nombor ekor kat kubur, pemuja syaitan kat kubur. Tindakan memusnah kubur mestilah membawa penentangan hebat dan pergaduhan. Mungkin niat para wahabi ni dah betul cuma cara yg salah, tiada toleransi.
 
Imam Shafie (150 — 204 H)
Imam Nawawi (631 - 676 H)

Time tu Qunut subuh belum dianggap bidaah sebab ada nas.

Bin Baz (1328 H - 1420 H)

Pada waktu ni hadis yg diriwayatkan oleh Anas Bin Malik dinilai semula sebab kononnya Imam Shafie dan Imam Nawawi tak berapa pandai dalam bidang hadis. Ulamak hadis pada sekitar tahun ini lebih hebat banding ulamak mujtahid Imam Syafie dan Hujjatul Islam Imam Nawawi.


Percaya dah aku sama Bin Baz. Bin Bazlah penyelamat ummah.

Selama lebih kurang 1000 tahun lebih umat Islam berada dalam kegelapan sebab belum muncul tokoh yg hebat dalam bidang hadis sehinggalah Bin Baz dilahirkan. Oh... tidak

:D
Memang wujud golongan yg merendahkan Para imam besar seperti Imam Syafii dan Imam Nawawi, mereka inilah golongan yg berlagak pandai. Ulama2 memberi sumbangan yg besar dalam Islam kalau pun pendapat mereka ada kekurangan dan kelemahan itu perkara biasa sebagai manusia biasa yg tidak sempurna. Tetapi menghina dan menafikan kebijaksanaan ulama besar sesuatu yg tidak patut.
 
Last edited:
Memang wujud golongan yg merendahkan Para imam imam besar seperti Imam Syafii dan Imam Nawawi, mereka inilah golongan yg berlagak pandai. Ulama2 memberi sumbangan yg besar dalam Islam kalau pun pendapat mereka ada kekurangan dan kelemahan itu perkara biasa sebagai manusia biasa yg tidak sempurna. Tetapi menghina dan menafikan kebijaksanaan ulama besar sesuatu yg tidak patut.

Bro,

Antara Ijtihad Imam Shafie dan Imam Nawawi yg mengatakan Qunut Subuh adalah disyariatkan sebab berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik... serta tidak meletakkan syarat bidaah jika berterusan melakukannya

atau

Ijtihad Bin Baz dan Uthaimin seperti yg disyarahkan oleh DanishRayyan di atas yg mengatakan jika dilaksanakan secara terus menerus akan menjadi bida'ah, setelah hadis yg dipegang oleh Imam Shafie dan Imam Nawawi dinilai semula selapas lebih 1000 tahun


Mana yg bro rasa lebih tepat utk diamalkan?
 
Bro,

Antara Ijtihad Imam Shafie dan Imam Nawawi yg mengatakan Qunut Subuh adalah disyariatkan sebab berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik... serta tidak meletakkan syarat bidaah jika berterusan melakukannya

atau

Ijtihad Bin Baz dan Uthaimin seperti yg disyarahkan oleh DanishRayyan di atas yg mengatakan jika dilaksanakan secara terus menerus akan menjadi bida'ah, setelah hadis yg dipegang oleh Imam Shafie dan Imam Nawawi dinilai semula selapas lebih 1000 tahun


Mana yg bro rasa lebih tepat utk diamalkan?
Berdasarkan pilihan yang ada pendapat Imam Syafii lebih baik diamalkan.
 
Bro,

Antara Ijtihad Imam Shafie dan Imam Nawawi yg mengatakan Qunut Subuh adalah disyariatkan sebab berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik... serta tidak meletakkan syarat bidaah jika berterusan melakukannya

atau

Ijtihad Bin Baz dan Uthaimin seperti yg disyarahkan oleh DanishRayyan di atas yg mengatakan jika dilaksanakan secara terus menerus akan menjadi bida'ah, setelah hadis yg dipegang oleh Imam Shafie dan Imam Nawawi dinilai semula selapas lebih 1000 tahun


Mana yg bro rasa lebih tepat utk diamalkan?

taksub bebenor dah ana lihat enta syeikh BlueDream.. sampaikan buat perbandingan segala...cer hayati kata kata Imam Syafie..

lImam Syafie telah mengeluarkan banyak fatwa-fatwa, namun terdapat satu fatwa agung Imam Syafie yang menandingi semua fatwa-fatwanya, iaitu:

" Jika kamu mendapati hadis yang sahih dari Rasulullah yang bercanggah dengan fatwa ku, maka kamu campakkanlah pendapatku ke dinding, dan terimalah hadis itu, sesungguhnya itulah mazhab ku"

Apa enta paham drp kata kata Imam Syafie tu?


Kedua, enta blaja ke x ilmu Naqad Mutun? Hehehe.. hingga smpai ke tahap banding2 begini.. hahahaha..
 
Berdasarkan pilihan yang ada pendapat Imam Syafii lebih baik diamalkan.

Jika seseorang tu bermazhab Syafie. Ok. Aku setuju.

Tidak bidaah dan tidak ada syarat jika dilaksanakan berterusan menjadi bida'ah.

Tapi kalau orang tu tak baca qunut pun kita tak perlulah marah2 kan sebab mungkin dia bermazhab selain Shafie.

Aman mcm tu.

Dalam hal ini aku menyetujui sikapmu bro :)paid
 
Back
Top
Log in Register