Pubin...
Kat akhirat esok kalau ada baki dosa tertulis dalam kitab amal. Masuk neraka sat.....pastu dah abih hukuman. Masuk syurga.
Yg ni camana pulak? Betul ke?
takda yang pasti.. bab ini "
bidang kuasa Allah"
bukan "
bidang kuasa manusia" untuk fikirkan
(cth. "
bidang kuasa kerajaan negeri" dan "
bidang kuasa kerajaan persekutuan"

)
kalau nak dilihat dan dibuktikan secara kasar
hukuman mestilah mengikut kategori manusia di dalam al-Quran..
pertamanya, golongan kiri, golongan kanan, dan golongan tengah (Surah Waqiah)
apakah perbezaannya?
semua ni melibatkan iman dan ikhlas, dan hanya Allah saja yang tahu iman serta keikhlasan kita...
then ada pula golongan yang Allah akan menghapuskan kesalahannya
cthnya golongan yang memperbaiki amal, Allah kasih dan sentiasa mengampunkan mereka..
ada juga golongan yang Allah akan gandakan azab seksanya dan kekal di neraka...
cthnya. golongan mendustakan ayat2 Allah, kekal di neraka.. tak kira ler baik macam mana pun
jadi ianya tidak mengira "kebaikan" kerana berapa banyak manusia yang melakukan "
kebaikan" tetapi berakhir di neraka, kekal?
ada lagi, isu bertindih perkara menyekutukan Allah
(lihat definisi Tuhan mengikut al-Quran di atas, iaitu "
nafsu")
ini paling halus....
ada lagi... kufur nikmat?
seronok beribadah tapi jadi kufur...
pernah dengar?
tapi ni untuk golongan tengah dan mutasyaabihat
tak perlu tahu lebih2 dan bidang kuasa Allah untuk membimbing manusia..
dan banyak lagi...
oleh itu jawapannya ialah tiada yang pasti...
semuanya atas kehendak Allah semata-mata, dan kita berserah bulat2...
ini kerana bukan semua ayat2 Allah di dalam al-Quran tu bertujuan memberi hidayah
tetapi ada ayat-ayat yang sengaja diadakan untuk menyesatkan orang munafik (
rujuk sini)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman:22)
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. (Al-Nahl:99)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh - mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. (Al-’Ankabut:58-59)
maka itu jalan selamat, ikut jalan yang lurus..
jalan yang lurus menuntut kita membezakan "
bidang kuasa manusia" dan "
bidang kuasa Allah"
kemudiannya fokus kepada "
bidang kuasa manusia" (ali-Imran:7)
tak perlu kita bersaing untuk mengambil kuasa-kuasa Allah
bagaimana pula isu salah tak salah?
sebagai manusia, kita tak lari daripada melakukan kesalahan..
tetapi Allah sendiri dah berjanji untuk mengampunkan kita....
as long, kita ikut ayat2 "Muhkamat" (ali-Imran:7), dan tidak menyoal perkara2 yang tiada dalam al-Quran (al-Maidah:101)
so.. perlu risau? tak perlu kut..
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan
dan suruhlah dengan perkara yang baik
serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil
[Al-A’raf:199]
Definisi orang jahil menurut al-Quran:
rujuk sini
Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” << kena sound sbb tak bg detail perintah Allah
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil
(al-Baqarah:67)
Adakah memudaratkan jika tidak menurut perkara yang tiada terkandung dalam al-Quran?
Tidak memudaratkan
Allah berjanji memaafkan apa-apa yang tidak terkandung dalam al-Quran.
dan juga memerintahkan meninggalkan apa-apa yang memerlukan Takwil di dalam al-Quran (ali-Imran: 7)
Tanggung-jawab manusia hanyalah untuk mematuhi perintah jelas di dalam al-Quran (Muhkamat)
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu
Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam
Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”
mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.
[al-Maidah:101-105]
p/s: bukan mudah untuk menjadi bod0h di hadapan TuhanNya, sangatlah sukar, kecuali mereka yang mampu menewaskan nafsu mereka sendiri...
