BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

submit sikit info bleh??
last skali aku berurusan dengan kontena ni boleh dapat 2-3K utk 20kaki. klu cntnr 40kaki lebih kurang 5-6K (2nd hand)

pakai 2nd je...

ok dah tu.

yang penting kena tahu baca nombor kontena untuk tahu sejarah dia.

kita nak tahu kalau kontena tu dipakai untuk bawa racun ke, bahan radioaktif ke, sisa berbahaya ke, sisa biologi ke...
 
ada beberapa standard yang dipakai untuk kontena.

biasanya ISO, disebut "ISO container".

ISO container pula ada yang ketinggian biasa, ada yang tinggi sikit.

Biasa untuk buat rumah, orang pakai yang tinggi sikit, supaya ada headroom untuk utilities (wiring and plumbing).

Ada orang nak pasang siling cantik.

but as the Puma City have shown to us, minimalism jika dibuat dengan "taste", juga boleh cantik.


semua detail tentang ISO container dan varian-variannya akan menyusul...

aku pun nak kena korek dulu PC aku.




dummy project tu kita buat la satu kat sini.

pakai sketchup je, tak payah nak autocad jadah semua.

kalau kau rasa ada yang perlu repair, kita repair.

once we've reached an agreement on design, kita cuba la kira berapa kosnya.



seperkara tentang kontena, kau tak boleh nak tebuk sana-sini.

walaupun dia ada tetulang, dia juga bergantung kepada kulit dia untuk kekuatan.

it was designed for strength AND economics.

untuk kontena kegunaan biasa (jenis yang bertetulang + kulit penuh) ia adalah hybrid (frame + monocoque).

kalau dia nak letakkan kekuatan hanya pada tetulang, saiz besi untuk tetulang harus besar atau tebal atau kedua-duanya sekali.

dia dah jadi berat.

apa-apa hal pun dia kena letak kulit juga untuk keselamatan produk yang dikandungkan.

jadi dia letak kulit dalam bentuk corrugated.

jadi ia mempunyai kekuatan vertikal pada sisi panjang, dan juga dapat mengurangkan piuhan (torsion? apa istilahnya... aku bukan budak mekanikal).


jadi untuk study design yang baik untuk penggunaan ruang, harus dikaji strukturnya dahulu....

ok?


jadi, sabar... kita go thru selangkah demi selangkah.

thnx for the input


this project mencabar!!

perlu banyak study..
jom..

lets do it
 
sape ddk kat area pdg midin, terengganu sure tau ade sebijik cybercafe dlm kontena dekat institut memandu bitara
 
ok now pasal heat dah hampir settle.

but for me, untuk menghalang heat, opening yang banyak pun perlu dan ruang perlulah tinggi untuk memudahkan perolakan haba dalam rumah,

dan memudahkan haba yang panas terus keluar. kerana haba panas adalah lebih ringan.
makanya a good Natural Ventilation adalah sangat pelu

ini subject Building Science and envormental sem 7.
banyakmye aku lupe :((

tentang ventilation, aku rasa tak perlu bimbang...

tebuk je lubang... cuma kena tahu di bahagian mana kita perlu reinforce sebanyak mana.

contoh, bahagian tepi perlu reinforcement yang mantap kalau nak tebuk.

bahagian atas dan lantai, tak perlu sangat (rasanya la, kena study lagi).
 
Platoon kunsthalle [Part 1]


PLATOON KUNSTHALLE


platoonbackside1.jpg






Profail



Concept Design: Platoon Cultural Development

Location: Seoul, Korea

Architectural Consultancy: Graft Architects + Baik Jiwon

Executive Architect: U-il Architects & Engineers

Prefab Engineering: Ace special container, Korea

Structural Engineering: MIDAS IT, Korea

Interior Design: URBANTAINER, Korea

Main Contractor: Hyojung construction & development, Korea

Program: Exhibitions, Bar & Restaurant, Event Hall, Artist Studios, Library Lounge, Office Studios, Workshop Room, Roof Top Bar

Structure: M. Cabestany

Footprint Area: 415 sqm

Main hall Area: 272 sqm

Project year: 2008-2009

Photographs: Platoon









Latarbelakang



PLATOON KUNSTHALLE dibuka pada 11 April 2009.

Ia dibina di Seoul sebagai ruang untuk aktiviti subculture di Asia.

Orientasi programnya sebagai pusat pengembangan kebudayaan bawah tanah mencipta satu ruang dinamik untuk penghasilan dan persembahan idea-idea baru.



img9208h.jpg

​




PLATOON KUNSTHALLE bukanlah tentang hiburan.

Programnya menyediakan wadah komunikasi bagai sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti kreatif subculture seperti seni jalanan, rekaan grafik, fesyen, seni video, pengaturcaraan, muzik, budaya kelab, aktivisme politik, dll.

Ia dibina menggunakan 28 unit kontena kargo ISO.



platoonmainhall3.jpg




Sebagai ikon senibina fleksibel dalam budaya global, tindihan kontena membentuk binaan unik yang boleh diadakan semula di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.





platoonbackside2.jpg



platoonfrontside2.jpg



platoonsidedoor.jpg



img0254xy.jpg


​


​
 
Last edited:
PLATOON KUNSTHALLE [Part 2]

PLATOON KUNSTHALLE


Gambar-gambar :
Sila klik thumbnail untuk saiz besar.



​
 
menarik gak nie....hehehehe.....kalau buat utk rumah rasa tak sesuai sgt....tapi kalau buat utk kedai atau galeri nampak menarik....leh tarik perhatian orang ramai....lain dari yang lain....
 
Back
Top
Log in Register