BTC USD 84,530.8 Gold USD 4,265.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,266
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,266
Reaction score
507
Points
161
Assalamualaikum...


Objektif

Tujuan thread ini adalah untuk mengujudkan satu wadah perkongsian dan perbincangan tentang penggunaan kontena lusuh sebagai satu alternatif pembinaan tempat tinggal manusia serta binaan kegunaan lain (perniagaan, pejabat, sekolah, dll.)

Kos pemilikan rumah yang meningkat, perubahan gaya hidup di bandar yang tidak menyenangkan (trafik sibuk, jalan bertol, bising, dsb.) memerlukan kita kreatif dalam membina rumah untuk berteduh.

Rumah kontena terkait dengan imej buruk. Sebut saja rumah kontena, ramai yang terbayang ia berupa buruk, panas, dan sebagainya. Dalam fikiran ramai, ia hanya layak untuk orang miskin.

Realitinya keadaan sudah jauh berbeza... itulah yang akan diperlihatkan dalam thread ini.

Pastikan anda terus membaca.



Sumbangan Anda

Diharapkan para jurutera (awam, mekanikal, struktur) dan arkitek di CG ini dapat membantu memberikan input dari segi :

  1. Teknikal (pengiraan kekuatan struktur, apa yang melemahkan struktur, tebatan haba, dll.)
  2. By Law (keperluan perundangan, kerenah permit pembinaan)
  3. Design Consideration (Estetika, Praktikalisme, dsb.)

Mereka yang bekerja dalam sektor perkapalan, lojistik, forwarding diharap dapat memberi input dari segi :

  1. Keberadaan kontena (harga semasa kontena terpakai)
  2. Maklumat tentang kontena (cara membaca kod badan kontena untuk mengetahui sejarah penggunaan kontena tersebut, jenis-jenis binaan kontena yang ada, dsb.)


Maklumat Dikongsikan

Jalur ini diharap akan mempunyai maklumat :

  • Galeri - projek-projek yang berjaya dari seluruh dunia
  • Maklumat mengenai sistem kontena
    • Apakah standard saiz kontena yang ada
    • Apakah kontena ISO
    • Bagaimanakah kontena mendapat kekuatan strukturnya
    • Apakah ubahsuai yang menjejaskan kekuatan kontena serta apa cara untuk mengimbal-balas ubah suai tersebut
    • Mengapakah kontena semakin popular sebagai kaedah membina rumah
    • dan sebagainya
  • Berapakah harga sebiji kontena di Malaysia, di mana mencarinya?
  • Dan lain-lain
​
 
Last edited:


Kronologi Kemaskini

Kandungan sentiasa dikemaskini, periksa di sini jika takut ada maklumat yang ketinggalan.



1. 10/8/2011 - Tambah video/gambar di post Puma City

2. 11/8/2011 3:16AM - Entri baru (kategori Galeri), PLATOON KUNSTHALLE [Part 1 + Part 2]

3. 12/8/2011 9:15PM - Entri baru (kategori Galeri), KEETWONEN [Part 1 + Part 2 + Part 3]

4. 12/8/2011 9:30PM - Tambah video di post KEETWONEN [Part 3]

5. 12/8/2011 10:30PM - Entri baru (kategori Galeri), One Cool Habitat [Part 1 + Part 2]

6. 13/8/2011 3:22AM - Entri baru - Sejarah Kontena dan Pemiawaiannya.

7. 13/8/2011 5:14AM - Entri baru - Basic Information tentang Kontena ISO (jenis-jenis, ukuran, twistlock, material).

8. 13/8/2011 6:15AM - Entri baru - Weathering Steel.

9. 13/8/2011 1:00PM - Entri baru - Terminologi.















Concerns

1. Jangka hayat

wah sgt canggih..

kalau guna kontena ni brapa jangka hayat umah tu?:-?

2. Kos

kontena tak berapa elok untuk di buat kediaman ni....
1-xcon kena pasang 24jam....pasal panas
2-dari segi kos rasa tak lah jimat mn pun....masa buat jimat...tapi masa diami huhuhuhu...bill berjela
ni sekadar pandangan aku la.....baik bina guna ibs.....

3. Kelulusan dari PBT

Pejabat kontena tu adalah.
Tapi kerajaan nak bagi kelulusan ke rumah kontena macam ni kat Malaysia?
Nak follow thread ni, best gak.... ;)




​
 
Last edited:


Indeks

Sentiasa datang semula ke sini untuk tambahan terbaru....



Galeri

Berikut adalah projek-projek yang telah berjaya.

  1. Kedai/Showroom :: Mobile :: Puma City
  2. Pusat Komuniti :: Seoul, S.Korea :: PLATOON KUNSTHALLE [Part 1][Part 2]
  3. Asrama Pelajar :: Amsterdam, Belanda :: KEETWONEN [part 1] [part 2] [part 3]
  4. Guard House :: One Cool Habitat [part 1] [part 2]







Teknikal
Standard, Ukuran & Sifat
  • ISO Shipping Container :: Sejarah Kontena dan Pewiawaiannya [Pautan]
  • ISO Shipping Container :: Terminologi Dunia Pengangkutan Intermodal [Pautan]
  • ISO Shipping Container :: Kontena Intermodal ISO :: Ukuran (nominal), Jenis-jenis kontena, Twistlock, ISO 6346 (intro) [Pautan]
  • ISO Shipping Container :: Weathering Steel (keluli kulit kontena) [Pautan]



​
 
Last edited:
sapa yng kerja bahagian port taulah....

ade tgk pejabat di port johor tu pakai kontena..di struktur dgn besi besi....jadi atasnya ade kontena tapi bukan letak atas tul..tapi dikuatkan dgn besi..
 
Puma City

Puma City

Arkitek : LOT-EK - (New York, USA)


Puma City adalah struktur kedai milik Puma yang dilancarkan sempena menyambut World Cup 2010.

Ia dibawa mengelilingi kota-kota besar di Amerika dan Eropah dari 2008 sehingga 2010.

Antara kota persinggahannya adalah di Alicante, Boston dan juga Stockholm.

Walaupun ia bukan struktur "kekal", namun ia menarik untuk dijadikan bahan kajian kes kita.

Kita boleh mengambil pengajaran tentang susunan kontena, hiasan dalaman, penggunaan ruang, dll.

Puma City menggunakan 24 biji kontena untuk membina struktur kedai 3 tingkat.

Ia seluas 11,000 kaki persegi termasuk bar/lounge dan 2 dek.






Video :

Puma City Construction​

http://www.youtube.com/watch?v=mib90dbYXlo




Gambar :
​
1503254400pumaretailpre.jpg



1573395373pumaretailpre.jpg



1067883925pumaretailpre.jpg



111605531pumaretailpref.jpg



134837423picture2.png



1512800835pumaretailpre.jpg



gambar tambahan : 10:26PM 10/8/2011

pumainstallation.jpg



pumainterior.jpg



pumaretailprefab6.jpg


​
 
Last edited:
Pejabat kontena tu adalah.
Tapi kerajaan nak bagi kelulusan ke rumah kontena macam ni kat Malaysia?
Nak follow thread ni, best gak.... ;)
 
Back
Top
Log in Register