Megat Sri Rama
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,266
- Joined
- Aug 28, 2007
- Messages
- 20,266
- Reaction score
- 507
- Points
- 161
Assalamualaikum...
Objektif
Tujuan thread ini adalah untuk mengujudkan satu wadah perkongsian dan perbincangan tentang penggunaan kontena lusuh sebagai satu alternatif pembinaan tempat tinggal manusia serta binaan kegunaan lain (perniagaan, pejabat, sekolah, dll.)
Kos pemilikan rumah yang meningkat, perubahan gaya hidup di bandar yang tidak menyenangkan (trafik sibuk, jalan bertol, bising, dsb.) memerlukan kita kreatif dalam membina rumah untuk berteduh.
Rumah kontena terkait dengan imej buruk. Sebut saja rumah kontena, ramai yang terbayang ia berupa buruk, panas, dan sebagainya. Dalam fikiran ramai, ia hanya layak untuk orang miskin.
Realitinya keadaan sudah jauh berbeza... itulah yang akan diperlihatkan dalam thread ini.
Pastikan anda terus membaca.
Sumbangan Anda
Diharapkan para jurutera (awam, mekanikal, struktur) dan arkitek di CG ini dapat membantu memberikan input dari segi :
Mereka yang bekerja dalam sektor perkapalan, lojistik, forwarding diharap dapat memberi input dari segi :
Maklumat Dikongsikan
Jalur ini diharap akan mempunyai maklumat :

- Teknikal (pengiraan kekuatan struktur, apa yang melemahkan struktur, tebatan haba, dll.)
- By Law (keperluan perundangan, kerenah permit pembinaan)
- Design Consideration (Estetika, Praktikalisme, dsb.)
Mereka yang bekerja dalam sektor perkapalan, lojistik, forwarding diharap dapat memberi input dari segi :
- Keberadaan kontena (harga semasa kontena terpakai)
- Maklumat tentang kontena (cara membaca kod badan kontena untuk mengetahui sejarah penggunaan kontena tersebut, jenis-jenis binaan kontena yang ada, dsb.)
Maklumat Dikongsikan
Jalur ini diharap akan mempunyai maklumat :
- Galeri - projek-projek yang berjaya dari seluruh dunia
- Maklumat mengenai sistem kontena
- Apakah standard saiz kontena yang ada
- Apakah kontena ISO
- Bagaimanakah kontena mendapat kekuatan strukturnya
- Apakah ubahsuai yang menjejaskan kekuatan kontena serta apa cara untuk mengimbal-balas ubah suai tersebut
- Mengapakah kontena semakin popular sebagai kaedah membina rumah
- dan sebagainya
- Berapakah harga sebiji kontena di Malaysia, di mana mencarinya?
- Dan lain-lain
Last edited: