BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zuraida tak berhasrat kembali ke PKR, mahu fokus agenda Melayu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Zuraida tak berhasrat kembali ke PKR, mahu fokus agenda Melayu​

e0aa463c-260d-419d-926a-6b1914671842-zuraida-kamarudin-resize-240826.jpg

Zuraida Kamaruddin adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti pada Februari 2020 sebelum menyertai Bersatu.

Bekas naib presiden PKR itu berkata buat masa ini beliau mahu memberi tumpuan kepada usaha bersama NGO menerusi Jelajah Payung Besar Orang Melayu.

“Buat masa ini, saya belum ada perancangan untuk menyambut seruan Anwar.

“Saya sekarang mahu fokus kepada penggerak Jelajah Payung Besar untuk memastikan orang Melayu keluar mengundi pada PRU16,” katanya kepada FMT.

Zuraida, yang juga ahli dewan tertinggi Muafakat Nasional (MN) berkata jelajah itu turut bertujuan memberi penerangan mengenai isu berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa kedudukan perkara itu semakin terhakis susulan apa yang disifatkannya sebagai campur tangan pemimpin bukan Melayu dalam kerajaan ketika ini.

Agenda Payung Besar sebelum ini diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dengan matlamat menyatukan orang Melayu melangkaui kepentingan parti politik.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk kembali menyertai PKR.

Zuraida, Kamarudin dan Mansor adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti bersama Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 sebelum menyertai Bersatu.

Tindakan itu berlaku ketika Langkah Sheraton, yang menjadi antara rentetan peristiwa membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun sama.

PKR kemudian menyaman Zuraida pada 2020 atas dakwaan beliau melanggar bon kontraktual yang ditandatangani sebelum PRU 2018 dengan meninggalkan parti untuk menyertai Bersatu.

Bon itu menetapkan Zuraida perlu membayar RM10 juta kepada PKR dalam tempoh tujuh hari sekiranya beliau meletak jawatan daripada parti untuk menyertai parti politik lain atau menjadi Ahli Parlimen bebas.

Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman PKR dan memutuskan Zuraida melanggar syarat bon berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 11 Dis 2024 kemudian mengekalkan dapatan bahawa Zuraida bertanggungjawab atas pelanggaran itu, tetapi memutuskan jumlah RM10 juta tidak munasabah dan mengurangkan bayaran kepada RM100,000.
 
Back
Top
Log in Register