BTC USD 76,950.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xavier Jayakumar sahkan kembali ke PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,233
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,233
Reaction score
12
Points
25

Xavier Jayakumar sahkan kembali ke PKR​

6777c04e-fb6e-4032-a18a-d4a4a842adaf-Xavier-Jayakumar-bernama-pic-170826-webp.jpg

Dr Xavier Jayakumar meninggalkan PKR pada 2021 bagi menyokong Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, sebagai Ahli Parlimen bebas. (Gambar Bernama)

Ketika diminta mengesahkan kepulangannya ke PKR, Xavier hanya menjawab: “Ya.”

Pada Sabtu, Anwar memohon maaf kepada veteran parti dalam ucapan dasar beliau di Kongres Nasional PKR dan menggesa mereka kembali ke pangkuan parti untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Xavier meninggalkan PKR pada 2021, ketika parti itu berada dalam pembangkang, bagi menyokong Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, sebagai Ahli Parlimen bebas.

Pada 2022, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tetapi enggan mendedahkan sebab beliau berbuat demikian.

Sementara itu, portal berita PKR Suara Keadilan melaporkan bahawa bekas naib presiden PKR Tian Chua turut diterima kembali menyertai parti tersebut.

Keputusan itu disambut baik oleh pemimpin dan anggota parti, khususnya mereka yang terlibat dalam gerakan Reformasi.

Tian Chua dipecat daripada PKR selepas PRU15 pada 2022 kerana bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Batu.

Dalam pertandingan 10 penjuru tersebut, calon PKR P Prabakaran berjaya mempertahankan kerusi Batu.
 
What kind of fresh hell is thiz?
 
pkr tiru umno ker?
umno terima balik kj, hishamuddin dll

guru belajar dari anak murid
guru... hentikan.. guru
 
Orang jemin ni..
Petanda kuat jemin masuk balik pkr..
Zuraida mak lampir bila pulak nak masuk balik..

jemin. rafizi ..

budak2 anwar semuanye sbg wardog
 
nampak pkr struggle nak dpt undi melayu

jalan terakhir .. pecahkan melayu.. tu je cara nak menang

kumpulkan semua liberal melayu, komunis melayu bergabung satu payung
 
Back
Top
Log in Register