BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Speaker sahkan Hamzah kembali ketua pembangkang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Speaker sahkan Hamzah kembali ketua pembangkang​

ebc5dc26-hamzah-zainudin-bernama-pic-200126.jpg

Hamzah Zainudin ganti Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang jawatan ketua pembangkang dari 21 Mei hingga 10 Jun. (Gambar Bernama)

Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 4(A)(3) selepas mempertimbangkan beberapa perkembangan dan maklumat baharu sejak mesyuarat yang lalu.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Hamzah atas pelantikan semula tersebut.

“Kini, Yang Berhormat Larut, mulai 18 Jun 2026, telah kembali menjadi ketua pembangkang. Tahniah, Larut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah mengantikan Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Samsuri Mokhtar yang memegang jawatan itu dari 21 Mei hingga 10 Jun.

Beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu menyebabkan kedudukan beliau selaku ketua pembangkang dipertikai oleh penyokong Presiden Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, gabungan pembangkang melantik Samsuri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan hamzah.

Jawatan itu kemudiannya diberikan semula kepada Hamzah dengan persetujuan 43 Ahli Parlimen PAS dan 19 Ahli Parlimen pembangkang yang menyokong beliau terus kekal sebagai ketua pembangkang.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika Konvensyen Reset Malaysia di Kelantan baru-baru ini, yang turut menyaksikan Hamzah mengumumkan pembentukan parti baharunya iaitu Parti Wawasan Negara (Wawasan) .

Berdasarkan laman sesawang Parlimen, Hamzah akan ditempatkan di tempat duduk asal di Blok G selaku ketua pembangkang, bersebelahan Samsuri.
 
Back
Top
Log in Register