BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tian Chua sambut baik seruan Anwar ‘otai’ PKR kembali

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tian Chua sambut baik seruan Anwar ‘otai’ PKR kembali​

caf8cc55-82e8-43aa-ac9b-0f8d273ee644-Ginie-Lim-Tian-Chua-Xavier-Jayakumar-fb-150826-1.jpg

Ketua Penerangan Wanita PKR Ginie Lim, memuat naik foto di Facebook memaparkan beliau bersama dua bekas naib presiden, Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar, pada kongres nasional parti itu, di Melaka hari ini. (Ganbar Facebook)

Beliau turut menyatakan, kehadirannya pada kongres nasional parti adalah atas jemputan Anwar sendiri.

“Saya rasa beliau sudah menyampaikan mesej dengan jelas. Beliau mahu golongan veteran kembali dan membantu mengukuhkan parti, termasuk mereka yang rasa dipinggirkan,” katanya kepada FMT.

Apabila ditanya sama ada akan menyertai semula PKR, Tian Chua berkata: “Ia terpulang kepada Anwar. Terpulang kepada Anwar untuk memulihkan keahlian saya dengan nombor keahlian sama.”

Tian Chua dipecat PKR selepas PRU15 pada 2022 kerana bertanding di Parlimen Batu sebagai calon bebas. Calon Pakatan Harapan (PH) P Prabakaran, yang juga daripada PKR menang kerusi berkenaan dalam saingan 10 penjuru.

Dalam ucapan dasarnya di Kongres PKR awal hari ini, Anwar memohon maaf dan menyeru ‘otai-otai’ parti kembali kepada PKR.

Tian Chua, bekas Ahli Parlimen Batu dua penggal, berkata rayuan Anwar itu bertujuan mengukuhkan parti dan memperkasakan gerakan reformasi. Katanya, walaupun terdapat perselisihan faham pada masa lalu dalam parti, PKR kekal kuasa politik yang penting di Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau turut mendakwa PKR terus diancam politik identiti di sebalik agenda reformasi PH. Katanya, sentimen anti-PH kekal kuat, manakala sokongan akar umbi dan jentera pilihan raya PKR merosot secara beransur-ansur sejak beberapa tahun ini.

Dengan kekalahan berturut-turut pada PRN baru-baru ini, Tian Chua berkata, penting bagi semua pihak untuk ‘kembali bekerja’.

Beliau berkata, bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, turut hadir pada kongres itu dan berharap Anwar akan berhubung dengan bekas pemimpin lain.

FMT juga telah menghubungi Xavier untuk mendapatkan ulasan lanjut.
 
kah kah kah

otai scammer
 
Back
Top
Log in Register