BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zulin Aziz sah bercerai 18 Disember lalu

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.53.33-PM.jpeg

ZULIN mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya pada Disember tahun lalu.

"Zulin Aziz sah bercerai 18 Disember lalu" PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dia selesai menjalani tempoh idah hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya punca perceraian mereka, kata Zulin, dia enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022. Mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata bersama. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaa, Zulin ni sweet je kan, tapi tulah, apelah yang jadi agaknya. Stalk IG pun semua nampak enjoy2 je, tapi kita mana tau kan dalam hati dia. Harap baik2 la lepas ni! 😌

 
Back
Top
Log in Register