BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Arash Mohamad sahkan sudah bercerai setahun lalu

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-10-22-at-5.50.46-PM.jpeg

AFIDAHWATI berkata keputusan berpisah bukan dibuat dalam amarah, sebaliknya diterima dengan reda selepas menelusuri pelbagai ujian dalam rumah tangga.

"Isteri Arash Mohamad sahkan sudah bercerai setahun lalu" PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut, bekas isteri kepada pelakon Arash Mohamad mengejutkan ramai apabila mengesahkan rumah tangganya bersama aktor tersebut sudah berakhir sejak setahun lalu.

Ujar Noor Afidahwati Mohammad, 43, pengumuman itu dibuat bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bagi mengelakkan sebarang salah faham dan fitnah yang mungkin timbul.

“Bismillahirrahmanirrahim, tujuan hantaran ini hanyalah untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

“Setahun sudah berlalu, kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah,” katanya dalam Instagram.

Tambahnya lagi, keputusan berpisah bukan dibuat dalam amarah, sebaliknya diterima dengan reda selepas menelusuri pelbagai ujian dalam rumah tangga.

“Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing.

“Semoga ketenangan ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah kami,” katanya penuh makna.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa buat Afidahwati agar terus kuat menempuh fasa baharu dalam hidupnya.

“Cara dia sampaikan berita ni sangat tenang dan beradab, jelas wanita matang yang sudah berdamai dengan takdir,” komen seorang pengguna media sosial.

“Semoga terus kuat dan bahagia. Kadang-kadang perpisahan bukan tanda kalah, tapi cara Tuhan bagi kita ruang untuk tenang,” tulis seorang netizen.

“Doa kami agar masing-masing terus bahagia walau tidak lagi bersama,” ujar seorang pengikut.

Untuk rekod, Afidahwati dan pelakon filem Tembus itu mendirikan rumah tangga sekitar 17 tahun lalu, namun belum dikurniakan rezeki zuriat sepanjang perkahwinan mereka. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adeh, dah bercerai rupanya setahun. Afidah nampak tenang je, respect la cara dia handle. Mesti berat jugak kan hati tu, 17 tahun bukan kejap. Jom la doakan yang baik2 buat dia. 😊

 
Back
Top
Log in Register