hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Hannah Yeoh, suami bercerai selepas 18 tahun berkahwin
Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut laman sesawang rasmi Yeoh, beliau berkahwin dengan Ramachandran pada 2008, tidak lama sebelum menceburi bidang politik, dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Shay dan Kayleigh.
Menurut laman sesawang berkenaan, anak mereka masing-masing dilahirkan pada 2011 dan 2013, manakala pasangan itu bercerai pada 2026 selepas 18 tahun berkahwin.
Yeoh ialah Ahli Parlimen Segambut, kerusi yang pertama kali dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya selama dua penggal dari 2008 hingga 2018, sebelum menjadi wanita pertama dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 2013.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2018 dan berkhidmat sehingga 2020, sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2022 hingga 2025.
Yeoh kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember 2025.
Dalam DAP, Yeoh kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung, Naib Pengerusi DAP dan anggota jawatankuasa DAP Wanita.