BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya rela membujang daripada berkahwin dengan suami orang’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
IMG-20251231-WA0042.jpg


‘Saya rela membujang daripada berkahwin dengan suami orang’ KAJANG – Pelakon Mia Nasir tidak akan sesekali menjadi isteri kedua atau memilih bekas suami kepada mana-mana wanita sebagai calon suaminya pada masa akan datang.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Nur Farah Md. Nasir, 34, dia rela bersuamikan lelaki bujang yang usianya lebih muda kerana enggan tersekat dalam konflik dengan keluarga bekas isteri.

“Setakat ini saya tidak pernah ditawarkan menjadi isteri kedua daripada mana-mana lelaki. Itu adalah benda yang paling saya nak elak sedangkan ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin.

“Kenapa perlu rampas suami orang? Saya tak mahu layan anak orang dan drama isteri pertama atau bekas pasangan, kalau boleh ingin jadi satu-satunya permaisuri dalam hidupnya.

“Kalau tiada duit sekali pun, perkara itu boleh usahakan bersama, jika dia staf restoran makanan segera pun, tak apa. Sekurang-kurangnya bekerja dan ada duit yang halal,” katanya kepada Kosmo! Online! di set penggambaran drama Pak Su Ammara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dia juga tidak kisah sekiranya membujang selama-lamanya daripada berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

“Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa.

“Suami orang, ‘bye-bye’!” katanya lagi.

Terdahulu, Mia pernah menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka namun cinta mereka terlerai selepas lapan tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, Mia ni, picky sangat kan? Hehe tapi betul lah, sebab kalau kahwin susah, baik buat suka2 hati je. Lagipun, latest post kat IG dia, nampak enjoy je travel sana sini. Tak kesah kot single!

 
Back
Top
Log in Register