BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Nordin dipecat

Haruskah Zul Nordin Dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah?


  • Total voters
    0
Jika kita tidak menghalang anak2 kita mungkin sesat dengan ajaran2 sesat kerana kita membnarkan Allah digunakan oleh ajaran sesat.
MUNGKIN ANDA RELA PERKARA DIBAWAH BERLAKU, tapi saya takkan sokong perkara2 ini spt anda.


ajaran%2Bsesat%2B2.jpg

ajaran%2Bsesat%2B1.jpg

ajaran%2Bsesat%2B3.jpg

ajaran%2Bsesat%2B6.jpg

ajaran%2Bsesat%2B5.jpg

ajaran%2Bsesat%2B4.jpg


adakah anda suka jika Allah tuhanku yg satu digunakan oleh org2 yg tidak bertangung jawab untuk membawa umat ke jalan sesat? Adakah anda rela anak bini keluarga saudara mara anda semua masuk ke neraka kerana mereka tertipu dengan ajaran sesat kerana mereka juga menggunakan nama Allah? tidakkah anda sayang kepada generasi kita?

Kenapa kita org melayu tidak sebok pertahankan agama Islam yg sebanar tapi sebok mempertahankan ajaran sesat?

saya setuju, kenapa benarkan agama lain menggunakan kalimah Allah jika niat mereka adalah untuk memijak dan mencemar kedaulatan agama islam itu sendiri.

Ape motif sebenar mereka? Jika Kristian di Vatican pun tidak mengaku Allah itu tuhan mereka, Pope Benedict pun tidak pernah mengaku Allah itu tuhan mereka?

mmg banyak jalan kotor yg telah dicipta kaum kafir untuk menyesatkan anak2 adam dan generasi Nabi Muhammad S.A.W

sayang sekali bila ramai org melayu islam yg tidak mahu pertahankan islam sebagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat dahulu.

Kepada sesiapa yg benar2 suka memberi sokongan terhadap kristian, mungkin anda beragama kristian atau sebagainya, tapi yg beragama Islam, cuba PK.. Jika Nabi Muhammad itu masih hidup, dan melihat anda lantas perjuangankan kristian dan tidak Islam, adakah beliau (nabi Muhammad S.A.W) akan meredhai perjuangan anda itu? pk2 kan lah
 
bahasa asal bible setau aku hebrew je.. mana ko dpt info bahasa arab,bahasa asal selain hebrew??

Pergilah cari bible tu, Internet nih terbuka luas. Dalam bahasa melayu pun ada bible, takkan dalam baha arab tak ada ?:) Satu lagi, Nasrani adalah Kristian :) Zaman Rasulullah SAW dah ada dah pegangan Nasrani.

Pendeta Kristian apabila dia ingin menyebarkan ajaran kristian kepada satu-satu bangsa, maka dia akan menterjemahkan bible berkenaan kepada bahasa bangsa tersebut.

Kenapa melayu sukar untuk masuk kristian? Sebab Sultan dan raja terdahulu sudahpun memeluk Islam. Sudah tentu, bila Ketua masuk Islam maka rakyat akan turut serta:)

Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam islam. Maka kita perlu pula mempelajari Islam dengan lebih mendalam supaya kita boleh mengenali islam sedekat-dekatnya.


Kepada sesiapa yg benar2 suka memberi sokongan terhadap kristian, mungkin anda beragama kristian atau sebagainya, tapi yg beragama Islam, cuba PK.. Jika Nabi Muhammad itu masih hidup, dan melihat anda lantas perjuangankan kristian dan tidak Islam, adakah beliau (nabi Muhammad S.A.W) akan meredhai perjuangan anda itu? pk2 kan lah

Inilah post yang paling sompoi. Nabi Muhammad SAW sewaktu hayat baginda ada juga Yahudi dan Kristian mempertikaikan tentang Allah dengan mengatakan Isa anak Allah, Uzair anak Allah.

Tau apa Baginda buat? Baginda membalas pertikaian ini melalui diolog dengan pendeta Yahudi dan Nasrani (Kristian). DIALOG menunjukkan yang Rasulullah SAW menggunakan ILMU dan HUJAH mengenai FAKTA untuk melawan mereka.

Kita dalam thread nih? YB Zul?? Dia bukan pakai Ilmu pun dalam berhujah. Anda yang membaca thread nih??????? Yang anda, melulu-lulu menyokong tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Contoh dah ada, hadis pun banyak mengenai dialog dan hujah Rasulullah SAW mengenai pertikaian ini. Kenapa tak mahu cari dan baca benda-benda tu? Kenapa melulu dan memperbordohkan diri dengan isu yang sudah dijawab oleh Rasulullah 1400 tahun yang lalu?????
 
Buat ape nak pecat? kerana dia pertahankan kalimah Allah?

kalau dia kene pecat? maksudnya kita harus menyokong dasar pakatan untuk tidak mempertahankan kalimah Allah?

pecat tak pecat.. pedulik ape aku. yg penting pada aku Perjuangan mempertahankan agama itu tiada kompromi.

kalau berbincang pun tentu tiada hasilnya jika satu pro kristian dan satu pro islam.

SOKONG DALAM ISLAM TIADA KOMPROMI...:)cgrock
 
saya setuju, kenapa benarkan agama lain menggunakan kalimah Allah jika niat mereka adalah untuk memijak dan mencemar kedaulatan agama islam itu sendiri.

Ape motif sebenar mereka? Jika Kristian di Vatican pun tidak mengaku Allah itu tuhan mereka, Pope Benedict pun tidak pernah mengaku Allah itu tuhan mereka?

mmg banyak jalan kotor yg telah dicipta kaum kafir untuk menyesatkan anak2 adam dan generasi Nabi Muhammad S.A.W

sayang sekali bila ramai org melayu islam yg tidak mahu pertahankan islam sebagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat dahulu.

Kepada sesiapa yg benar2 suka memberi sokongan terhadap kristian, mungkin anda beragama kristian atau sebagainya, tapi yg beragama Islam, cuba PK.. Jika Nabi Muhammad itu masih hidup, dan melihat anda lantas perjuangankan kristian dan tidak Islam, adakah beliau (nabi Muhammad S.A.W) akan meredhai perjuangan anda itu? pk2 kan lah

BAGUS...KENA BERINGAT SBLM JADI MCM NEGARA TURKI...TERLALU BERLEMAH LEMBUT DGN YAHUDI JADI NEGARA SEKULAR...ANAK CUCU JD KAPAL HANYUT...:(scam
 
Keputusan Poll terakhir

Setuju = 26 = (25.24%)
Tak Setuju = 77 (74.76%)

Alhamdulillah Syukur kerana dengan Izin Allah S.W.T pejuang2 spt Zul Noordin tidak dipecat. Malah org yg meminta rang undang2 Enakmen Hak Istimewa islam pula yg digantung.

Semoga keputusan ini adalah petunjuk kepada kita semua tentang betapa pentingnya kita mempertahankan Agama kita dari dicemari oleh pihak2 lain yg hanya tahu mengambil kesempatan dengan mengambil ajaran Islam dan ditukar ke ajaran agama lain. Malah nama Allah S,W,T turut dibenarkan ke agama lain.

Kerana Sokongan si Kufur (Ust Harun Din yg kata bukan aku kata) membenarkan kejadian2 spt Ajaran Sesat, Ayah Pin, Rasul Melayu, Tarekat2 yg telah diharamkan oleh Jabatan Agama islam Selangor dan sebagainya yg menggunakan kalimah Allah, menggunakan Ajaran Islam, Zikir2 Islam tapi semua yg telah diubah suai.

Mereka semua menggunakan Nama Allah S.W.T sebagai tuhan, tapi tidak mewajibkan semayang 5 waktu. Malah waktu Rasul Melayu ditangkap waktu tgh hari bulan puasa dia tgh makan.

Adakah itu yg patut kita pertahankan? ataupun terus mempertahankan Ajaran Islam yg sebenar?
 
Dan satu lagi, kepada mereka yang menyatakan saya ini adalah berhaluan kiri, maka dengan ini saya letakkan sepotong hadis menunjukkan dakwah Rasulullah SAW menentang dakyah YAHUDI dan NASRANI. (Saya tau, dalam thread ini ramai yang pekak dan malas nak mencari kebenaran, yang mereka tahu adalah membarbi-buta dan melulu sahaja) :

SUMBER DARI LAMAN WEB AL-ISLAM KELOLAAN KERAJAAN ARAB SAUDI :

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Bahawa kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w telah bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kami dapat melihat Tuhan kami nanti pada Hari Kiamat?

Rasulullah s.a.w bersabda: Ya! Adakah kamu merasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yang cerah, yang tidak ada awan? Adakah kamu merasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa ada awan?

Kaum Muslimin menjawab: Tidak, wahai Rasulullah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak akan mengalami kesukaran dalam melihat Allah Taala pada Hari Kiamat sebagaimana kamu tidak mengalami kesukaran untuk melihat salah satu dari matahari dan bulan. Apabila berlaku Hari Kiamat, para penyeru iaitu para Malaikat mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah sewaktu di dunia. Maka tidak akan kekal seorangpun dari mereka yang menyembah selain dari Allah, iaitu berhala-berhala. Mereka akan dihumban ke dalam Neraka sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya iaitu semasa di dunia menyembah Allah, orang-orang yang baik, orang-orang jahat dan saki-baki Ahli Kitab.

Maka orang-orang Yahudi. dipanggil dan ditanya Kepada mereka: Apakah yang kamu sembah sewaktu di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Uzair Ibnullah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta. Allah tidak pernah menjadikan walau seorangpun sebagai teman iaitu isteri atau anak. Maka mereka telah ditanya: Apa yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus, wahai Tuhanku! Berilah kami minum. Lalu diisyaratkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka pun diiringi beramai-ramai ke Neraka, Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka.

Kemudian dipanggil pula orang-orang Nasrani lalu ditanya kepada mereka: Apakah yang kamu sembah semasa di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Al-Masih anak Allah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta! Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak. Maka mereka telah ditanya: Apakah yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus wahai Tuhanku, berilah kami minum. Lalu ditunjukkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka diiringi ke Neraka Jahanam. Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka, sehinggalah yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya menyembah Allah Taala, orang-orang baik dan orang-orang jahat.

Maka Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yang lebih rendah daripada bentuk yang mereka ketahui lalu berfirman: Apakah yang kamu tunggu? Setiap umat akan mengikuti apa yang dahulunya mereka sembah.

Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Di dunia, kami memisahkan diri dari orang-orang yang menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu kerana mereka menyimpang dari jalan yang digariskan oleh agama. Allah berfirman lagi kepada mereka: Akulah Tuhan kamu! Mereka berkata: Kami mohon perlindungan daripada Allah kepada kamu, kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga sehingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran.

Maka Allah berfirman: Apakah di antara kamu dan Allah terdapat tanda-tanda yang membuatkan kamu dapat mengenali-Nya? Mereka menjawab: Ya! Lalu disingkapkan keadaan yang menakutkan itu dan setiap orang yang hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri sudah pasti akan mendapat keizinan Allah sedangkan orang yang akan bersujud kerana takut atau untuk memperlihatkannya, maka Allah akan menyatukan belakangnya sehingga tidak boleh bersujud. Setiap kali hendak bersujud, dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya. Kemudian apabila mereka mengangkat kepala, Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yang mereka lihat pertama kali tadi.

Maka Allah pun berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka menyahut: Engkau Tuhan Kami! Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam dan yang dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat dari Rasul-rasul di mana mereka mengucapkan: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Kemudian ada yang bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, apakah jambatan itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Ianya merupakan lumpur yang licin. Padanya juga terdapat besi berkait dan besi berduri.

Di Najd terdapat tumbuhan berduri yang disebut Saadan. Maka seperti itulah besi-besi berkait tersebut. Kepantasan orang-orang mukmin melintasi jambatan tersebut ada seperti kerlipan mata, seperti kilat, seperti angin, seperti burung dan seperti kuda atau unta yang berlari kencang.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan: Selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan, selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan dan terkoyak serta yang terus terjerumus ke dalam Neraka Jahanam. Pada saat orang-orang mukmin telah bebas dari azab Neraka, maka demi zat yang menguasai diriku iaitu diri Rasulullah nescaya tidak ada orang yang begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran, melebihi orang-orang mukmin yang mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yang masih berada di Neraka. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami, mendirikan sembahyang dan mengerjakan Haji.

Lalu Allah berfirman kepada mereka: Keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal kerana wajah-wajah mereka diharamkan ke atas api Neraka. Maka ramai yang dapat dikeluarkan dari Neraka. Ada yang sudah terbakar hingga separuh betis dan lututnya.

Orang-orang mukmin itu berkata: Wahai Tuhan kami, tidakkah ada lagi yang tertinggal di dalam Neraka setelah Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.

Allah berfirman: Kembalilah, siapa saja yang kamu temukan di hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat satu dinar, maka keluarkanlah. Jadi mereka dapat mengeluarkan ramai manusia.

Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Kami tidak tahu apakah masih ada di Neraka seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.

Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan dihatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah dinar, maka keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan ramai lagi manusia.

Setelah itu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu, apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.

Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan di dalam hatinya terdapat kebaikan meskipun hanya seberat zarah, maka keluarkanlah. Bertambah ramai lagi yang dapat dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu adakah di sana masih ada pemilik kebaikan. Sesungguhnya Abu Said Al-Khudriy berkata: Jika kamu tidak mempercayaiku mengenai Hadis ini, maka bacalah firman Allah ayat 40 surah An-Nisa

' إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisiNya pahala yang besar.

Allah s.w.t berfirman: Para Malaikat telah meminta syafaat, para nabi telah meminta syafaat dan orang-orang mukmin juga telah meminta syafaat. Yang tinggal hanyalah Zat Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang.

Lalu Allah merangkum dari Neraka dan mengeluarkan sekumpulan orang yang sama sekali tidak pernah melakukan kebaikan. Mereka telah menyedari. Kemudian mereka dilempar ke sebuah sungai di pintu Syurga, yang disebut Sungai Kehidupan. Seterusnya mereka keluar seperti tumbuhan kecil yang keluar selepas dari banjir.

Bukankah kamu sering melihat tumbuhan kecil di celah-celah batu atau pohon, bahagian yang terkena sinaran matahari akan berwarna sedikit kekuningan dan hijau, sedangkan yang berada di bawah tempat teduh akan menjadi putih?

Para sahabat mencelah: Seolah-olah engkau pernah menggembala di gurun. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalong, sehingga para ahli Syurga dapat mengenali mereka: Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan oleh Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga, tanpa amalan yang mereka kerjakan dan juga tanpa kebaikan yang mereka lakukan.

Kemudian Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Syurga, apa-apa yang kamu lihat, ianya adalah untuk kamu. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Engkau telah berikan kepada kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara orang-orang di seluruh alam.

Allah berfirman: Di sisiKu ada pemberian untuk kamu yang lebih baik daripada pemberian ini. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian ini? Allah berfirman: RedhaKu, lalu Aku tidak memurkai kamu selepas ini buat selama-lamanya

Diakhir hadis, rasulullah SAW menyatakan nama Allah (Tuhan) yakni Yang Maha Penyayang. Inilah hadis yang dijawab untuk kaum muslimin mengenai Tuhan Yang Maha Esa dan balasan bagi Yahudi dan Nasrani (Kristian).
 
Dan untuk menjawab soalan kedua :

Kepada sesiapa yg benar2 suka memberi sokongan terhadap kristian, mungkin anda beragama kristian atau sebagainya, tapi yg beragama Islam, cuba PK.. Jika Nabi Muhammad itu masih hidup, dan melihat anda lantas perjuangankan kristian dan tidak Islam, adakah beliau (nabi Muhammad S.A.W) akan meredhai perjuangan anda itu? pk2 kan lah

Ini jawapan daripada Rasulullah SAW :

SUMBER RUJUKAN
Hadis Usamah bin Zaid r.a:

Sesungguhnya pada suatu hari Nabi s.a.w menaiki seekor keldai yang berpelana dan di bawahnya ada kain selimut yang agak lusuh buatan Fadakiah. Sementara itu Usamah mengikuti dari belakang baginda untuk menjenguk Saad bin Ubadah di kalangan Bani Al-Harith bin Al-Khazraj.

Peristiwa itu terjadi sebelum peperangan Badar. Semasa dalam perjalanan tersebut baginda telah pergi ke suatu majlis yang bercampur di antara kaum Muslimin dengan orang-orang Musyrikin yang menyembah berhala dan orang-orang Yahudi. Di dalam majlis tersebut terdapat orang yang bernama Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Rawahah.

Ketika majlis tersebut ditutupi oleh debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki binatang, Abdullah bin Ubai menutup hidungnya dengan kain serban agar tidak dimasuki oleh debu-debu tersebut. Oleh kerana tidak tertahan dengan debu itu, Abdullah bin Ubai berkata: Jangan taburkan debu padaku. (Setelah beliau terlebih dahulu berada di samping mereka), Nabi s.a.w kemudiannya berhenti dan turun dari keldainya, kemudian baginda menyeru mereka kepada Allah dengan membacakan beberapa potong ayat Al-Quran.

Setelah mendengarnya, Abdullah bin Ubai berkata: Wahai seseorang! Aku kira lebih baik kamu duduk di rumah saja sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka janganlah kamu menyakiti kami di majlis kami sendiri. Pulanglah kamu ke rumahmu. Sesiapa di antara kami yang datang kepadamu, maka ceritakanlah kepadanya.

Seterusnya Abdullah bin Rawahah berkata: Sertailah majlis kami, sesungguhnya kami lebih menyukainya. Oleh itu orang-orang Islam sendiri, orang-orang musyrik dan juga orang-orang Yahudi yang hadir di dalam majlis tersebut semuanya mencaci maki Nabi s.a.w seolah-olah mereka mahu menerkam baginda.

Namun begitu Nabi s.a.w tetap tenang dengan sikap dan karenah mereka. Sementara itu baginda tanpa banyak bicara terus menaiki keldainya ke tempat Saad bin Ubadah, lalu Nabi s.a.w bersabda: Wahai Saad! Apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Abu Hubad beliau menyuruh Abdullah bin Ubai berkata begini dan begini?

Saad bin Ubadah cuba menghiburkan baginda dengan berkata: Maafkanlah beliau wahai Rasulullah! Maafkanlah beliau. Demi Allah, tuhan engkau (baginda) telah memberikan apa yang memang hendak Dia berikan kepada engkau (baginda). Sesungguhnya penduduk Madinah ini sudah ramai yang bergabung dan menaikkan engkau (baginda). Kalau sekiranya Allah menarik semula perkara itu dengan kebenaran yang telah Dia berikan kepada engkau, itu bererti ada yang masih belum sempurna. Nabi s.a.w dapat memahami ucapan Saad tersebut dan akhirnya baginda memaafkan perbuatan Abdullah bin Ubai

Soalan pertama :

Kalau perkataan Allah hanya orang Islam sahaja yang boleh pakai kenapa ada orang YAHUDI di ZAMAN RASULULLAH yang bernama ABDULLAH Bin. UBAI? Dan Rasulullah SAW tak marah pun dia pakai nama nih.

Soalan Kedua :

Terang-terang depan mata Rasulullah SAW golongan Islam sedang menyembah berhala Yahudi. Kenapa Rasulullah SAW tidak membunuh sahaja golongan Islam tersebut tetapi sebaliknya menegur mereka dengan ayat-ayat Al-Quran?

Soalan Ketiga :

Didalam Majlis Yahudi tu, semua orang termasuk golongan yang dikatakan Islam (ini golongan munafik) mencerca Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai jenis cercaan. Kenapa Nabi Muhammad SAW tidak memancung sahaja kepala mereka?, Sebaliknya Rasulullah SAW menegur mereka dengan ayat Al-QUran kemudian beredar dari situ?

Inilah merupakah contoh kepada UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA termasuk UMAT ISLAM BERKETURUNAN MELAYU! Bila berdepan dengan musuh Islam maka gunakan ILMU untuk berhadapan dengan mereka. ILMU untuk melawan mereka. ILMU untuk mengambalikan kepercayaan mereka kepada ISLAM.

Tanpa ILMU.... jadilah macam sesetengah user dalam thread nih. Jadilah macam YB Zul. Meracau siang malam. Kena ada ILMU untuk melawan mereka balik. Bukan melulu dan melulu tanpa ILMU untuk mengawal keadaan balik.
 
Dan untuk menjawab soalan kedua :



Ini jawapan daripada Rasulullah SAW :

SUMBER RUJUKAN


Soalan pertama :

Kalau perkataan Allah hanya orang Islam sahaja yang boleh pakai kenapa ada orang YAHUDI di ZAMAN RASULULLAH yang bernama ABDULLAH Bin. UBAI? Dan Rasulullah SAW tak marah pun dia pakai nama nih.

Kerana sesiapa nak sebut nama Allah pun boleh. itu adalah hak masing2. Mana logiknya Ah Seng sebut Allah kita nak pegi tangkap? Mutu nak sebut Allah takkan nak tangkap? Malah takde sape2 yg kene tangkap pun kalau sebut nama Allah. Nga Kor Ming baaca Al-Quran pun tidak pernah ditangkap

Beza dengan Malaysia, kita ada undang2 extra yg melindungi umat Islam untukl mengelak kekeliruan demi menjaga kesucian agama itu sendiri. Sebagai contoh di Indon dan negara lain org Islam bule kawen dengan Kristian. Tapi tidak di Malaysia kerana disini undang2 kita melindungi segala kekeliruan yg bakal berlaku. Takkan mak ajar anak pegi masjid bapak ajar anak pegi church? wujudnya undang2 untuk melindungi. Situasi dia sesiapa nak sebut boleh sebut, tapi tidak dibenarkan digunakan dalam penulisan spt yg diminta Kristian Herald.

Sebab itu sebelum ini undang2 di Malaysia tak benarkan penggunaan kalimah Allah kerana waktu sekarang ini mereka bukan mengaku Islam agama sebenar tapi hanya ingin menyesatkan umat islam

Undang2 dicipta untuk melindungi, dan adakah dalil yg mengatakan haram melindungi penggunaan kalimah Allah S.W.T dari disalah guna serta mempertahankan fahaman kepercayaan Islam?


Soalan Kedua :

Terang-terang depan mata Rasulullah SAW golongan Islam sedang menyembah berhala Yahudi. Kenapa Rasulullah SAW tidak membunuh sahaja golongan Islam tersebut tetapi sebaliknya menegur mereka dengan ayat-ayat Al-Quran?

Kita disini juga ada rakyat yg menyembah berhala, kita disini juga tidak membunuh org yg sembah berhala. Kita juga tidak marah dengan Peter yg masuk ke gereja atau jayakumar yg masuk ke kuil. Kita juga tidak membunuh org menyembah berhala, malah ajaran Rasulullah kita tidak boleh membunuh sesuka hati. Malah di Malaysia ada lagi peruntukkan benarkan org india, cina, membina rumah ibadat masing2

Soalan Ketiga :

Didalam Majlis Yahudi tu, semua orang termasuk golongan yang dikatakan Islam (ini golongan munafik) mencerca Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai jenis cercaan. Kenapa Nabi Muhammad SAW tidak memancung sahaja kepala mereka?, Sebaliknya Rasulullah SAW menegur mereka dengan ayat Al-QUran kemudian beredar dari situ?

Dekat Malaysia takde sape2 yg pancung sape2 pun. Kita juga memberikan Dalil dan ayat Al-quran. Dan diulangi Islam yg dibawa rasulullah juga tidak membenarkan kita memancung kepala sesiapa sesuka hati.

.

Sekarang giliran saya bertanya.

1. Adakah Anda seorang Islam atau Kristian?

2. Adakah Allah S.W.T mahu hambanya menganuti agama kristian? dan adakah kita di zaman umat Nabi Muhammad ini dituntut untuk menganuti agama kristian?

3. Jika Agama Islam adalah agama yg benar, habis tu kenapa sokong agama yg tidak benar?
 
Last edited:
Ini adalah bukti salah guna penggunaan kalimah Allah.
Soalan Bonus 1, Adakah anda rela perkara spt ini berlaku?


Jika kita tidak menghalang anak2 kita mungkin sesat dengan ajaran2 sesat kerana kita membnarkan Allah digunakan oleh ajaran sesat.
MUNGKIN ANDA RELA PERKARA DIBAWAH BERLAKU, tapi saya takkan sokong perkara2 ini spt anda.


ajaran%2Bsesat%2B2.jpg

ajaran%2Bsesat%2B1.jpg

ajaran%2Bsesat%2B3.jpg

ajaran%2Bsesat%2B6.jpg

ajaran%2Bsesat%2B5.jpg

ajaran%2Bsesat%2B4.jpg


adakah anda suka jika Allah tuhanku yg satu digunakan oleh org2 yg tidak bertangung jawab untuk membawa umat ke jalan sesat? Adakah anda rela anak bini keluarga saudara mara anda semua masuk ke neraka kerana mereka tertipu dengan ajaran sesat kerana mereka juga menggunakan nama Allah? tidakkah anda sayang kepada generasi kita?

Kenapa kita org melayu tidak sebok pertahankan agama Islam yg sebanar tapi sebok mempertahankan ajaran sesat?

soalan bonus 2: Ustad Harun Din memberi penerangan tentang spesifik kes ini yg mengatakan Kufur jika menyokong penggunaan Kalimah Allah S.W.T terhadap agama lain. Apa pandangan anda tentang pandangan ulamak ini?
http://www.youtube.com/watch?v=vbNqZ-QO3E8
 
Last edited:
Sekarang giliran saya bertanya.

1. Adakah Anda seorang Islam atau Kristian?

2. Adakah Allah S.W.T mahu hambanya menganuti agama kristian? dan adakah kita di zaman umat Nabi Muhammad ini dituntut untuk menganuti agama kristian?

3. Jika Agama Islam adalah agama yg benar, habis tu kenapa sokong agama yg tidak benar?

Jawapan :

1#
Seorang Islam yang mempertahankan kesucian Asma-Ul-Husna. Dan sedang memberitahu kepada forumer CG yakni perkataan Allah itu adalah membawa maksud tuhan bukan nama tuhan. Dan Asma-Ul-Husna adalah 99 Nama Tuhan yang perlu diingati oleh umat Islam.

2#
Allah Yang Maha ESA menurunkan Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam. Untuk pengetahuan anda, bermula wahyu pertama Rasulullah SAW di Gua Hiraq, Rasulullah SAW mengambil masa 16 tahun untuk memantapkan akidah umat dengan memberitahu Arab Jahilliah bahawasanya mereka sedang menyamakan Tuhan dengan sesuatu.

Mereka menganggap Allah itu sejenis pokok, sejenis burung, sejenis binatang suci dan lain-lain. Mereka malah memanggil benda yang mereka sembah adalah Allah (Tuhan) dan pelbagai nama diberikan oleh Arab Jahilliah untuk Allah ini.

Tengok kisah yang Allah Yang Maha Esa tunjukkan kepada kita :

0-0.png


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.​
- Az-Zumar - 38​

Orang Jahilliah, mahukan Yahudi dan Kristian pun akan mengaku Allah (Tuhan), mereka pun menggunakan istilah Allah (ini ditunjukkan jelas dalam Al-Quran). Tetapi jelas golongan ini menggangap Allah ini adalah sejenis berhala yang mereka cipta, bukan menggangap yang Allah untuk disembah adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Esa yang tidak boleh dipersekutukan oleh apapun.

Yang menjadi masalah anda adalah anda mengangkat perkataan Allah adalah satu nama Tuhan, saya menetang benda ini kerana sudah terang lagi bersuluh yang Allah ini adalah perkataan yang membawa maksud tuhan. Yang membawa maksud diri Allah (Tuhan) adalah sifat 20 Tuhan dan 99 nama-NYA (Asma-Ul-Husna).

Inilah bab akidah dan bab tauhid serta pengajian Usuluddin.

Perasan tak kita, bila kita membaca ayat ini sebelum membaca ayat Al-Quran yang lain :

0-0.png


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Al-Fatihah - 1​

Cuba gantikan perkataan Allah dengan Tuhan, apa pula peyampaiannya?

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Al-Fatihah - 1​

Sebab itu saya berulang-ulang kali menyatakan yang perkataan Allah ini bukan nama Tuhan, tetapi ianya membawa maksud Tuhan. Yang menjadi nama Allah (Tuhan) ini adalah 99 Nama-NYA (Asma-Ul-Husna)

Mengenai soalan Dr Harun Din, saya paparkan pula jawapan ulama tersohor :

chel_fi82 said:
Isu kalimah Allah ini, sudah didebatkan dengan begitu hebat sekali. Berbagai pendapat dan hujjah telah dikemukakan, yang akhirnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau;

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "

Hah, ada soalan lagi?:)
 
Back
Top
Log in Register