BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Nordin dipecat

Haruskah Zul Nordin Dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah?


  • Total voters
    0
nama allah ni pada aku untuk org islam jer la..
tgk jer la kalimah "lailahaillallah"..
islam jer ader kalimah ni..
so memang khas la utk islam..

betullah apa yg dikata..

tapi apsal issue kalimah Allah nie diadili di mahkamah sivil..apatah lagi dihakimi oleh org yg bukan Islam..
takkan PM, menteri di JPN, ketua hakim tak tau akan kes nie, takkan tak tau kesan dan akibatnya..:mad:

skrg pemikiran masyarakat yg jahil dh bercelaru / berkecamuk.
masing2 berhujah atas dasar pemikiran yg sempit dan berbatas..
mana dalil mana nas..?

Apsal majlis agama tak keluarkan satu fatwa..
seharusnya polemik ini hendaklah diatasi dgn jujur, matang dan berhemah..dan majlis2/badan2 agama hendaklah duduk di atas satu meja..capailah satu pendirian, satu resolusi..
jika tidak..masyarakat akan terus bertelagah..dan ahli2 politik akan terus memolitikkan issue ini..

Demi kepentingan Islam sejagat..
 
hmmm.....ahmades...semoga Yang Mencipta memberi anda petunjuk dan hidayah....
 
sepatutnya...kita sama2 memohon petunjuk dan hidayahNya..

ya..sama-samalah kita mohon petunjuk dan hidayah..juga mohon perlindungan dari dakyah yang menjadi-jadi sekarang...
 
nama allah ni pada aku untuk org islam jer la..
tgk jer la kalimah "lailahaillallah"..
islam jer ader kalimah ni..
so memang khas la utk islam..

Alhamdulillah, inilah soalan yang saya tunggu.

Ini jawapannya yang saya karang daripada forum putera.com.

Sebab itu, apa-apa perbuatan yang dilaksanakan haruslah dimulai dengan niat. Dan satu lagi :

Pertanyaan Dari Forumer Putera said:
Kurang tepat tu. Tuhan dalam bahasa Arab adalah Ilaah atau Rob.
Allah bukan bahasa apa2, Ia adalah nama khas bagi Tuhan yang
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan sejak azali lagi.

Nahu Arab disini Illah, Rob dan Al-lah itu adalah melambangkan maksud tuhan. Sebenarnya itu adalah perkataan yang ditaksirkan sejak zaman Ahli Kitab. Ianya digunakan meluas baik dari segi apa-apa agama sekalipun baik Islam, Kristian, Yahudi, Majasi, dan pelbagai lagi agama yang wujud disebabkan kesesatan manusia didalam kecelaruan mentauhidkan perkataan Illah, rob dan Al-Lah (menyatakan yang tuhan itu hanya satu sahaja).

Sekarang, dengan menggunakan kaedah Tauhid, mari kita terjemahkan perkataan ini.

Laa iiLaa ha il-lalllah

Laa = Bermaksud tidak, atau tiada, maka tidak ada.

iiLah = adalah Illah = rob = Allah

Ha-il-la = melainkan, tidak menyerupai, tidak semacam, tidak boleh diumpamakan

Lah = adalah illah = rob = Allah

Jadi apa yang ingin disampaikan didalam ayat ini? Kalau kita terjemahkan dalam bahasa melayu :

Tidak ada Tuhan Malainkan Tuhan

atau boleh diberikan dengan tafsiran lain :

Tidak ada Allah melainkan Allah

Hah, inilah persoalannya. Apakah yang ingin dikatakan oleh ucapan syahadah ini? Dan apakah yang dimaksudkan dengan syahadah? Hah, pening? Jangan pening, ahmades akan tolong terangkan.

Syahadah bermaksud menyaksikan, dalam erti kata lain kita akan menjadi saksi dengan mata kita yang menyaksikan bahawasanya tiada tuhan selain tuhan. Macam mana nih? Bagaimana untuk kita menyaksikan tuhan pula? Inilah yang dipanggil tauhid.

Bila kita menyaksikan tentang tiada tuhan selain tuhan, maknanya kita sedang melihat kejadian yang tuhan aturkan. Melihat sifat tuhan pada sifat makhluk. Sifat makhluk daripada ada kepada tiada. Maksudnya daripada benda itu ada dimuka bumi sehingga benda itu terhapus dari muka bumi.

Contohnya, manusia. Manusia sebelum sempurna kejadian berasal daripada air mani, kemudian terhapuslah air mani untuk berubah menjadi seketul daging, kemudian terhapuslah daging untuk berubah menjadi tulang-temulang, kemudian diubah pula kejadian dengan membalut tulang-temulang dengan daging. Disempurnakan kejadian hingga lahirnya manusia dibumi.

Daripada kecil dan tidak bermaya, kemudian remaja serta dewasa dan menjadi kuat dan bermaya. Kemudian menjadi balik manusia kepada keadaan tidak bermaya yakni tua. Kemudian mati dan berubahlah jasad manusia menjadi tanah kembali. Itulah sifat makhluk. Berubah-ubah dari satu kejadian kepada satu kejadian lain.

Sifat tuhan terhadap makhluk adalah kejadian atau proses pengubahan itu. Tidak mungkin terjadinya perubahan dengan dirinya sendiri tanpa kuasa yang menempuhnya. Maka itulah sifat tuhan.

Maka syahadah itu adalah penyaksian kita terhadap sifat tuhan yang berada pada sifat makhluk. Maka kita mengucapkan syahadah berkenaan sebagai mengakuinya. Maka kita menyebut tiada tuhan melainkan tuhan.

Bila tiada tuhan melainkan tuhan, ini bermaksud tiada tuhan lain dah yang berkuasa, yang boleh mengubah-gubah kejadian alam. Yang berkuasa dalam menentukan rezeki manusia melainkan tuhan. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani serta Maha Penyayang. Inilah dia nama tuhan yang memiliki 99 Nama yang wajib diketahui oleh orang Islam.

Maka kita mengakui yang inilah Tuhan (Allah) yang wajib dituruti dan disembah. Tuhan (Allah) lain tidak boleh diperakukan sebagai tuhan (allah) kerana tidakpun dapat membawa syafaat kepada kita. Maka atas sebab itu, kita wajib mengetahui 99 nama Tuhan (allah) supaya kita dapat membezakan diri dan agama yang kita anuti dari agama yang menggunakan tuhan (allah) tetapi sentiasa menyekutuinya dengan sesuatu. Seperti kritian dengan trinitinya. Seperti yahudi dengan berhalanya.

Itulah konsep Allah. Sebab itu di negeri Arab, banyak agama yangg menggunakan perkataan Allah. Tetapi cuba soalkan kepada mereka. Apa nama tuhan yang mereka sembah? Maka tidak akan terkeluar perkataan Allah berkenaan kerana Allah itu membawa maksud kepada tuhan semata-mata.

Kita juga menyembah Allah. Maka nama Allah kita adalah Ar-Rahman- Ar-Rahim, dan 99 Nama Allah.

hmmm.....ahmades...semoga Yang Mencipta memberi anda petunjuk dan hidayah....

Salah.. sepatutnya Semoga Tuhan Yang Maha Mencipta (Allahul-KHALIQ) memberikan hidayah kepada anda. Bukalah mata, terangkan telinga. Belajarlah ilmu usuluddin untuk mengenai Tuhan. Sebab kalau tak kenal, maka tak takut kita pada-NYA :)
 
agama aper kat negeri arab pakai allah tuhan diorang??
 
agama aper kat negeri arab pakai allah tuhan diorang??

Agama Senawi (seperti Kristian, Yahudi, Majasi dsb). Agama dulu-dulu sewaktu kedatangan Nabi Isa A.S, Nabi Musa A.S dan Nabi-nabi terdahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Agama ini dulunya dikenali sebagai agama Tauhid (tak ada istilah Islam lagi sebab masih belum syumul). Apabila sela kenabian terlalu lama maka pegangan umat mula goyah dan mula menyembah benda lain yang mereka anggap sebagai Allah.

Padahal, Allah yang mereka andaikan itu bukanlah seperti makhluk yang mereka persekutukan atau yang mereka sembah.

Pengamal agama ini dipanggil Ahli Kitab menurut al-Quran. Tapi, apa yang kita lihat pada hari ini contohnya Kristian, agama ini tersimpang jauh dari ajaran Nabi Isa A.S disebabkan tangan-tangan musuh agama tauhid (yakni, YAHUDI) yang merencanakan perubahan terhadap kitab Injil.

Perasan tak? Bible terbentuk menerusi Perjanjian Lama (taurat yang diubah sual menurut nafsu mereka) dan Perjanjian Baru (injil ayng diubahsua menurut nafsu mereka). Kalau anda baca bible dalam bahasa arab (ini bahasa asal selain bahasa hebrew yakni bahasa Yahudi) maka anda akan terjumpa banyak perkataan Allah.

TAPI : Perkataan ini diangkat menjadi nama kepada Bapa Tuhan dan dipersekutukan pula dengan kehadiran tuhan yang bernama Jesus. Ini konsep triniti didalam Kristian mengikut mazhab.

Sebab itu, Allah Yang Maha Mengetahui bila menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW apabila menceritakan tentang diri-NYA, maka akan disertakan sekali dengan nama-NYA. Perasan tak kita bila kita membaca Bismil-lahir-Rahmanir-Rahim? Apa maksudnya? DENGAN NAMA TUHAN (ALLAH) YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

Diberitahu kita umat Islam mengenai Tuhan dan diberitahu pula kita tentang nama-NYA. Sebab itulah, Al-Quran merupakan mukjizat terulung Nabi Muhammad SAW kerana tidak akan terlupus Al-Quran dan terubah walaupun sedikit Al-Quran. Kerana Al-Quran adalah kebenaran dalam melawan kejahilan Yahudi dan Nasrani (Kristian).

Bila masa Kristian di Malaysia ingin menggunakan Allah dalam terjemahannya. hah inilah masanya itu kita menanyakan kepada mereka kembali. Siapa ALLAH? Kalau ALLAH lebih berkuasa kenapa menyembah dan mengangkat JESUS sebagai TUHAN? Kenapa tidak mengangkat ALLAH YANG MAHA BERKUASA dan mengikuti Islam sebagai agama yang syumul?
 
bahasa asal bible setau aku hebrew je.. mana ko dpt info bahasa arab,bahasa asal selain hebrew??
 
Islam je yang pakai kalimah Allah ni

Ibrahim itu Muslim, Musa itu Muslim, Isa itu Muslim atau sesetengah orang Islam sekarang redha dengan nama barunya Jesus yang dia sendiri tak pernah dengar masa dia hidup

Agama Yahudi? Musa ajar agama Yahudi ke? Kristian? Isa ajar agama Kristian ke?

Doa Iftitah selalu duk baca, bukan ke Nabi Ibrahim tu antara seawal2 orang Muslim? Entahlah ramai sangat ulama skang ni

Nak pi cari ustaz2 lain plak
 
3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang menyekutukan. (baca arabnya)

Mana ada agama Yahudi dan Kristian ni diturunkan Allah

Islam je Allah turunkan dari dulu

Bilo dah sesat tu nama tukar yahudi tukar kristian

Camno lak ko leh kato yahudi dan kristian tak sekutukan Allah, polik bebonar
 
Back
Top
Log in Register