BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Nordin dipecat

Haruskah Zul Nordin Dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah?

  • Total voters
    0
nampak tak tanda soal dibelakang?

mcm mana pulak saya bule dikatakan memusing fakta? takder fakta ape2 pun yg saya tlis utk dipusingkan? ke anda ni yg kaki pusing?

Baiklah, saya salah dan saya memohon maaf.

Tapi, saya tetap tegas dengan menyatakan yang Allah memabawa maksud tuhan, ianya bukan merujuk kepada nama Tuhan didalam Islam. Ini hujah saya, klik untuk membacanya.

Dan kepada forumer yang memegang nickname art_director, merasa kesian kepada anda. Rasa rasa, tak guna untuk saya bertegang leher mengenai isu ini kerana saya telahpun mengemukan hujah yang jelas mengenainya. Anda boleh klik link diatas untuk membacanya.
 
Last edited:
tak kisah lah. aku rasa kita takyah kecoh2 lah. benda sembang2 forum ni pun buat isi masa lapang jer sambil interaksi dengan org.

ape pun maksud dia kita kene sama2 bersatu. biarlah kristian pertahan hak diorang dan kita pertahankan hak kita pulak.

peace yaww
 
Saya hanya ada satu pendapat yang paling best.

Kalau mereka masih mengangkat Allah sebagai nama Tuhan, maka sahlah yang Islam ini agama yang benar. Kenapa kita nak takut orang lain menggunakan perkataan Allah?

Sedangkan Islam ini adalah agama terakhir yang dibawah oleh Nabi Muhammad SAW. Agama yang turun untuk menggantikan agama kitab Injil dan kitab Taurat. Kalau mereka menggunakan perkataan Allah, maka sahlah Islam adalah agama yang diturunkan untuk mengatasi kekufuran agama yang dibawa oleh Kristian dan Yahudi.

kenapa kita perlu menghalang hidayah yang Tuhan Yang Maha Besar berikan kepada kejadian ini? Sesungguhnya inilah kejadian yang akan membuktikan bahawasanya Islam adalah agama yang benar :)

Jangan menghalang mereka, beri sokongan kepada mereka kerana inilah pembuktian utama bahawasanya turunnya Agama Islam menerusi Nabi Muhammad SAW, Rasul Akhir Zaman dan Penutup Segala Kenabian.
 
Untuk kali yang kedua, aku betul-betul tak larat nak tulis dan aku akan copy paste balik post aku yang terdahulu :

Dan aku tak larat nak taip pasal Zul Nordin, aku copy paste lagi kat sini :

Dengan ini saya menggesa agar mereka yang masih lagi berjuang dengan perkataan Allah memperkemaskan diri dengan cabangan ilmu mengenali tuhan yakni Ilmu Tauhid dan Ilmu Usulludin. Maka anda bolehlah menjawab sendiri Allah itu apa maksudnya.

Dan menjawab 99 Nama Allah. Diulangi, 99 Nama Allah.

Pandangan anda tu ada benarnya. Saya bersetuju. Dan saya rasa ramai forumer disini bijak-bijak belaka dan turut bersetuju pada asasnya. Tetapi kita tak boleh lihat dari satu sudut sahaja.

Bagi saya secara peribadi saya tak berapa suka orang Kristian di Malaysia, menggunakan perkataan Allah dalam penulisan mereka untuk menggambarkan tuhan yang mereka percayai. Kenapa? Kerana saya tak suka kalau sampai satu hari nanti, ada risalah keagamaan kristian jatuh ke tangan anak-anak saya, yang masih kecil yang mana saya sedang didik cara Islam. Sedangkan orang dewasa yang berakal dan berpendidikan agama yang cukup pun ramai yang dah murtad, inikan pula anak-anak kecil yang baru hendak mengenal dunia. Dulu kalau ada orang kristian masuk kampung dan sebarkan risalah kristian kepada anak-anak kita, akan di parang nya mereka nanti. Tapi sekarang ni, ada yang berani?! Kalau ikut undang-undang mereka ada hak, so apa nak jadi, kita diamkan aja la jawabnya.. nak lawan dalam court? Setakat hari ni ada ke lawyer2 yang lebih terror dari lawyer2 kapir ni.. Last2, Islam di perjudikan di mahkamah.. anda nak macm tu ke?

Tu baru satu bab, belum masuk bab2 lain lagi..

Saya mungkin tak sebijak anda... mungkin anda jauh lebih bijak dari saya dan majoriti forumer disini. So maybe anda boleh berikan cara untuk mengatasi dilema yang saya takuti itu..

Bagi saya beringat sebelum kena.. prevention is better than cure.

Wasalam..
 
Last edited:
Saya hanya ada satu pendapat yang paling best.

Kalau mereka masih mengangkat Allah sebagai nama Tuhan, maka sahlah yang Islam ini agama yang benar. Kenapa kita nak takut orang lain menggunakan perkataan Allah?

Sedangkan Islam ini adalah agama terakhir yang dibawah oleh Nabi Muhammad SAW. Agama yang turun untuk menggantikan agama kitab Injil dan kitab Taurat. Kalau mereka menggunakan perkataan Allah, maka sahlah Islam adalah agama yang diturunkan untuk mengatasi kekufuran agama yang dibawa oleh Kristian dan Yahudi.

kenapa kita perlu menghalang hidayah yang Tuhan Yang Maha Besar berikan kepada kejadian ini? Sesungguhnya inilah kejadian yang akan membuktikan bahawasanya Islam adalah agama yang benar :)

Jangan menghalang mereka, beri sokongan kepada mereka kerana inilah pembuktian utama bahawasanya turunnya Agama Islam menerusi Nabi Muhammad SAW, Rasul Akhir Zaman dan Penutup Segala Kenabian.

Kalau.. mereka secara halus, guna untuk sebarkan agama kristian kepada anak-anak kita melalui risalah tak kira la sama ada bercetak atau elektronik.. anda setuju ke?

Anda tak boleh kata anda tak setuju, kerana mereka ada hak dalam court..
 
Kalau ini mereka mampu buat, adakah anda yakin yang mereka tidak berkemampuan atau berniat untuk meletakkan nama Allah dalam menyebarkan text ajaran mereka nanti.. Yea mereka mampu, dan kini undang-undang menyebelahi mereka.. anda tiada hak..

Anak-anak kita sendiri mungkin kita rasa mampu untuk kawal dengan memberikan penjelasan yang secukupnya.. tapi apakah berjuta lagi anak2 Muslim di Malaysia ni akan juga mampu ibu-bapa mereka kawal.. bagaimana pula dengan anak2 yg terbiar, tanpa jagaan ibu bapa, atau tanpa ibu bapa.. siapa yang harus bertanggung jawab membimbing mereka. Kalau sampai ada anak2 kecil yang murtad setelah di brain wash dengan text-text dakwah Kristian sebegini, adakah anda yang menyokong penggunaaan perkataan Allah dalam text Kristian sanggup menanggung dosanya.. Nauzubillah himinzaliq...

allahkasih1.jpg

52276051.jpg

93412085.jpg

(sumber: http://ohtidak.com/oh-allah-itu-kasih/)
 
Last edited:
mengobah kalimah ayat-ayat alquran suda lama di usahakan malah buntu untuk mengusahanya tetapi kejayaan sulung musuh2 agama berjaya mengubah aqidah pemikiran ugama hanya de ngan 1 kalimah sahaja bebagai perbalahan akidah pemikiran telah berlaku di sini sudah terbukak pekong kelemahan yang beragama sedarlah wahai semua kelemahan sentiasa di cari oleh musuh-musuh mu
 
Saya hanya ada satu pendapat yang paling best.

Kalau mereka masih mengangkat Allah sebagai nama Tuhan, maka sahlah yang Islam ini agama yang benar. Kenapa kita nak takut orang lain menggunakan perkataan Allah?

Sedangkan Islam ini adalah agama terakhir yang dibawah oleh Nabi Muhammad SAW. Agama yang turun untuk menggantikan agama kitab Injil dan kitab Taurat. Kalau mereka menggunakan perkataan Allah, maka sahlah Islam adalah agama yang diturunkan untuk mengatasi kekufuran agama yang dibawa oleh Kristian dan Yahudi.

kenapa kita perlu menghalang hidayah yang Tuhan Yang Maha Besar berikan kepada kejadian ini? Sesungguhnya inilah kejadian yang akan membuktikan bahawasanya Islam adalah agama yang benar :)

Jangan menghalang mereka, beri sokongan kepada mereka kerana inilah pembuktian utama bahawasanya turunnya Agama Islam menerusi Nabi Muhammad SAW, Rasul Akhir Zaman dan Penutup Segala Kenabian.

Trinity :Tuhan BAPA-Allah,Tuhan Ibu-St Mary,Tuhan Anak-Jesus
ISLAM :ALLAH!
Kalau fikir ikut kau faham sendiri ni BAHAYA!Yang peliknya dulu time takder 1 MALAYSIA takder pun keluar benda2 camni..Tapi dah satu MALAYSIA punya pasal dah mula berani kacau Agama...besok2 dia akan mintak pulak ceramah agama kristian dibolehkan disiarkan secara langsung setiap Forum hal ehwal perdana setiap hari jumaat(good friday)pasal kita dah buat forum khamis malam jumaat..Lepas ni dia akan mintak pulak hak-hak melayu pulak...

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

112. Al-Ikhlas

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Aku tak pandai dan tak memandai-mandai..
http://www.alquran-melayu.com/112-al-ikhlas/
 
Buat ape nak pecat? kerana dia pertahankan kalimah Allah?

kalau dia kene pecat? maksudnya kita harus menyokong dasar pakatan untuk tidak mempertahankan kalimah Allah?

pecat tak pecat.. pedulik ape aku. yg penting pada aku Perjuangan mempertahankan agama itu tiada kompromi.

kalau berbincang pun tentu tiada hasilnya jika satu pro kristian dan satu pro islam.

celako semua ini, celako celako
Ye betul..soal akidah kita masih nak politikkan lagi ke..~X(
 
Saya hanya ada satu pendapat yang paling best.

Kalau mereka masih mengangkat Allah sebagai nama Tuhan, maka sahlah yang Islam ini agama yang benar. Kenapa kita nak takut orang lain menggunakan perkataan Allah?

mungkin ada rasa anda betol dan org lain salah. Sebab itu anda tidak akan mendengar pendapat forumer lain spt art director. Anda spt tidak menghormati pendapat org lain sebab itu org lain tidak hormat pendapat anda. Sebab tu sampai penat menulis pun org masih tidak faham dengan penulisan anda. Pada pandangan peribadi saya ayat segala penulisan anda bagai tiada makna. Jika anda fikir anda btol untuk menyokong kristian menggunakan nama Allah, Cuba bandingkan diri anda dengan video dibawah
http://www.youtube.com/watch?v=vbNqZ-QO3E8

Sedangkan Islam ini adalah agama terakhir yang dibawah oleh Nabi Muhammad SAW. Agama yang turun untuk menggantikan agama kitab Injil dan kitab Taurat. Kalau mereka menggunakan perkataan Allah, maka sahlah Islam adalah agama yang diturunkan untuk mengatasi kekufuran agama yang dibawa oleh Kristian dan Yahudi.

Mmg islam adalah agama terakhir untuk menggantikan agama lain yg sesat. So kenapa kita harus menyokong agama lain yg telah sesat? Kenapa sokong penggunaan Allah oleh mereka yg telah sesat? adakah anda ingin mengangkat nama Allah kepada mereka yg telah sesat?

kenapa kita perlu menghalang hidayah yang Tuhan Yang Maha Besar berikan kepada kejadian ini? Sesungguhnya inilah kejadian yang akan membuktikan bahawasanya Islam adalah agama yang benar :)

Islam adalah agama yg benar, tapi wujud segelintiran org melayu islam yg menyokong Kristian. Apabila ada segeli8ntiran melayu islam yg lain mempertahakankan kalimah Allah mereka dicaci?
mereke dipertikaikan spt ape yg anda pertikaikan terhadap art director?

Jangan menghalang mereka, beri sokongan kepada mereka kerana inilah pembuktian utama bahawasanya turunnya Agama Islam menerusi Nabi Muhammad SAW, Rasul Akhir Zaman dan Penutup Segala Kenabian.

Jika kita tidak menghalang anak2 kita mungkin sesat dengan ajaran2 sesat kerana kita membnarkan Allah digunakan oleh ajaran sesat.
MUNGKIN ANDA RELA PERKARA DIBAWAH BERLAKU, tapi saya takkan sokong perkara2 ini spt anda.

ajaran%2Bsesat%2B2.jpg

ajaran%2Bsesat%2B1.jpg

ajaran%2Bsesat%2B3.jpg

ajaran%2Bsesat%2B6.jpg

ajaran%2Bsesat%2B5.jpg

ajaran%2Bsesat%2B4.jpg

adakah anda suka jika Allah tuhanku yg satu digunakan oleh org2 yg tidak bertangung jawab untuk membawa umat ke jalan sesat? Adakah anda rela anak bini keluarga saudara mara anda semua masuk ke neraka kerana mereka tertipu dengan ajaran sesat kerana mereka juga menggunakan nama Allah? tidakkah anda sayang kepada generasi kita?

Kenapa kita org melayu tidak sebok pertahankan agama Islam yg sebanar tapi sebok mempertahankan ajaran sesat?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register