BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Nordin dipecat

Haruskah Zul Nordin Dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah?


  • Total voters
    0

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
gem
Messages
5,397
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,864
Points
141
Siapa sokong tindakan disiplin yg bakal diambil keatas YB Zul Nordin kerana membuat laporan polis menentang Khalid Samad dalam isu mempertahankan Penggunaan Kalimat Allah oleh Herald?

zul-p.jpg


Oleh: LUKMAN ABDULLAH, Agendadaily
Seperti yang diduga keputusan Biro Politik PKR petang Selasa tidak bertindak segera keatas Zulkifli Nordin mencetuskan rasa tidak puashati dikalangan sesetengah pimpinan pakatan pembangkang.

Mereka semua berharap Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu itu dipecat serta merta oleh biro itu kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mengenai isu kalimah Allah.
Antara yang paling vokal mempertikaikan keputusan hendak hadapkannya ke Jawatankuasa Disiplin yang akan buat keputusan samaada nak bagi amaran,gantung atau pecat ialah Ahli Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau hairan mengapa Zul jadi untouchable dan sangat istimewa.

Zaid menilai tindak Zul termasuk melanggar arahan tutup mulut oleh Biri Politik PKR semalam dengan membuat komen mengenainya kepada media akan hancurkan parti itu dari dalam.

Ikut ceritanya majoriti diantara 23 ahli biro itu mahu Zul dipecat sertamerta tetapi ada beberapa orang mahu langkah berlembut dulu.

Difahamkan kebimbangan utama mereka ialah tindakan serta merta keatas Zul yang melibatkan isu kalimah Allah akan menjejaskan sokongan Melayu pada pakatan pembangkang.

Dalam pada itu banyak komen-komen di laman-laman blog pembangkang bernada geram dengan keputusan Biro Politik PKR itu.

Malah ada yang kata UMNO lebih berani bertindak keatas ahlinya berbanding PKR.

Sementara itu Zul yang tidak ganjak dengan pendiriannya memberi komen kepada berbagai media tentang keputusan Biro Politik PKR itu.

Ahli Parlimen itu antara lain menegaskan beliau berhak untuk terus bercakap pekara yang menyentuh tentang kepentingan agama.

Apun katanya beliau akan memberi kerjasama pada siasatan Jawatankuasa Disiplin PKR keatas dirinya.
 
Last edited:
AKU SOKONG BELIAU DIPECAT!!bkn kerana mempertahankan kalimah Allah,tp perlu dipecat sbb xreti nk bwk2 berbincang dan berhujah...byk cite pasal zul ni,sume org npk die ni cam mempertahankan agama la konon,tp ish ish ishh...die bknlah hebat mana pun,percayalah
 
Tak semestinya dia di pecat. Bagi la pilihan lain juga seperti di gantung etc. Tapi kalau bagi alasan "kerana mempertahankan kalimah Allah" pun salah gak, sebab bukan sebab tu dia di hadapkan ke jawatankuasa disiplin...

Nampak soalan macam nak perangkap je.... sorry aku tak undi sebab poll ni tak betul...
 
Buat ape nak pecat? kerana dia pertahankan kalimah Allah?

kalau dia kene pecat? maksudnya kita harus menyokong dasar pakatan untuk tidak mempertahankan kalimah Allah?

pecat tak pecat.. pedulik ape aku. yg penting pada aku Perjuangan mempertahankan agama itu tiada kompromi.

kalau berbincang pun tentu tiada hasilnya jika satu pro kristian dan satu pro islam.

celako semua ini, celako celako
 
keputusan poll setakat ini

setuju = 4 (28.57%)
tak setuju = 10 (71.43%)
 
aku masih x faham situasi sebenar..
 
Back
Top
Log in Register