BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zul Nordin dipecat

Haruskah Zul Nordin Dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah?


  • Total voters
    0
Inilah post yang paling kelakar dalam sejarah aku menyertai dunia forum 5 tahun yang dulu. CG nih aku baru masuk je.

Aku dah bagi jawapan kepada semua persoalan tuan tanya tadi. Aku aku tak larat nak tulis banyak-banyak kali kat sini. Pergi dan selak thread nih tengok post aku yang terdahulu.

Putar fakta? Aku nak tegaskan kat sini yang ko sepatutnya belajar memahami 20 Sifat Tuhan sebelum ko tuh boleh mengaku yang ko tu Islam. Sat lagi mesti ko akan katakan yang aku nih putar belit lagi fakta. Kesian sungguh...:(

Dan untuk En Sarkozy, terima kasih menanyakan soalan.

Untuk mereka yang mempergunakan perkataan Allah, seperti ayah pin, mat kahar dan sebagainya itu dipanggil menjual agama. Mereka ini sanggup mengjual agama demi kepentingan diri mereka sendiri dan untuk memperolehi keuntungan duniawi semata-mata.

Sebab itu kita sebagai Umat Islam haruslah mencari kebenaran didalam Islam. Haruslah membezakan diantara sifat Manusia dan Sifat Tuhan. Tuhan mempunyai 20 Sifat dan sifat-sifat berkenaan hanya terdapat pada diri tuhan.


Kesian..... saya merasa sangat kesian. Kalaulah ada diatara golongan kafir mempersoalkan kepada kepada anda semua "Tuhan di mana?" Saya berani bet yang anda semua takkan tahu jawab. Malainkan anda mempelajari dan memahami Sifat 20 Tuhan dan mengenali Allah Yang Maha Berkuasa melalui Sifat 20-NYA.

Saya telahpun menjawab soalan. Ini adalah kepastian yang sangat jelas. Kalau ada orang menyatakan yang Allah itu manusia, maka hujahlah padanya Sifat 20 Tuhan. Maka terbatallah hujah kafir berkenaan.

- kelakar ker? takde yg kelakar pun? :-?
-saya pun setuju dengan yg lain2 anda masih cubamengelak dari memberi jawapan
- Kenapa tak ajar kami terus ape itu 20 sifat tuhan?
- ayah pin duniawi semata2. adakah kristian menjamin akhirat?
- tgh cari kebenaran lah ni tapi selalu dihalang oleh org yg cuba menggoyahkan iman org lain. aku masih dalam mode berhati2
- Saya rasa lagi ramai yg kesiankan anda
- apakah 20 sifat tuhan? saya nak belajar.
 
Kesian betul en ahmades, sifat 20 tu sikit je dari sifat Allah, 99 nama Allah tu pun sifat dia jugak. Ko ni mengaji tak habis kot, tahu 20 sifat je, nanti balik pi mengaji baki 79 tu ye.

Ini lagi satu post yang sagat sempoi, yang aku rasa sapa yang baca nih boleh sesat terus akidahnya dan boleh buka ajaran sesat yang terbaru :eek:

Aku paste kat sini Asma-Ul-Husna :

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Dan Aku paste lagi Sifat 20 Tuhan :

Wujud
Ertinya Ada. Mustahil Tuhan itu tiada dan bukti Tuhan itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

Qidam
Tidak Ada Permulaan. Mustahil Tuhan itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Tuhan itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

Baqa
Kekal selama-lamanya. Mustahil Tuhan akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Tuhan kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Tidak menyerupai dengan makhluk. Mustahil Tuhan menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

Qiyamuhu Binafsih
Tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Tuhan memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Tuhan memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

Wahdaniyah
Hanya Satu. Mustahil Tuhan berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

Qudrat
Berkuasa. Mustahil Tuhan itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

Iradat
Menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya. Mustahil Tuhan dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

Ilmu
Berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil Tuhan itu tidak mengetahui atau ***** kerana jika Ia ***** sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah Yang Maha Besar itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.

Hayat
Bersifat dengan hidup. Mustahil Tuhan itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

Sama’
Sifat mendengar. Mustahil Tuhan itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha Suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

Basar
Bersifat melihat. Mustahil Tuhan itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

Kalam
Berkata-kata atau berfirman. Mustahil Tuhan bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah Yang Maha Berkuasa bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran. Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah Yang Maha Mencipta

Kaunuhu Qaadiran
Bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Tuhan dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah Yang Maha Besar mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

Kaunuhu Muriidan
Sentiasa dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah Yang Maha Esa mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

Kaunuhu ‘Aaliman
Sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah Yang Maha Esa mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

Kaunuhu Hayyan
Bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah Yang Maha ESA mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

Kaunuhu Samii’an
Sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah Yang Maha Mendengar mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.


Kaunuhu Basiiran
Sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah Yang Maha Melihat mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

Kaunuhu Mutakalliman
Sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Allah Yang Maha Berkuasa mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.


Hah, sapa pengikut ayah Pin? Anda atau saya? Pandai-pandai kata Sifat 20 adalah tertakluk dalam Asma-Ul-Husna, dah la tuh, pandai pula kata Asma-Ul-Husna nih sifat tuhan.

Pandainyaaaa:eek:
 
Last edited:
- kelakar ker? takde yg kelakar pun? :-?
-saya pun setuju dengan yg lain2 anda masih cubamengelak dari memberi jawapan
- Kenapa tak ajar kami terus ape itu 20 sifat tuhan?
- ayah pin duniawi semata2. adakah kristian menjamin akhirat?
- tgh cari kebenaran lah ni tapi selalu dihalang oleh org yg cuba menggoyahkan iman org lain. aku masih dalam mode berhati2
- Saya rasa lagi ramai yg kesiankan anda
- apakah 20 sifat tuhan? saya nak belajar.

TOLONGLAH saya tak larat nak jawab dah solan tu.... Tolonglah gerakkan tetikus anda mencari post saya yang lepas. TOLONGLAH.
 
sifat2 Allah ini adalah benar, tapi namun persoalannya.. kenapa kita harus menyokong Kristian dan tidak menyokong agama sendiri?

Adakah menyokong kalimah Allah, mereka akan mengaku Allah itu yg satu? dan bukan Triniti?

Kristian menggunakan kalimah Allah pun, adakah itu jalan mereka ke Syurga?

Dan adakah org islam yg membangkang kristian ini pula berdosa?

maaflah jika anda penat (dalam perjuangan menegakkan sesuatu jika kita ikhlas kita takkan berasa penat. Jika benar perbuatan kita insyallah tuhan itu akan membantu) dan saya bukan tak tgk penjelasan u yg lepas2..... tapi saya sungguh tidak faham kerana anda sering lari tajuk. Sila lah rujuk balik post yg lepas2
 
Last edited:
bicara soal tuhan pun tak payah la sampai berbalah. Kalau satu org tu tak bule terima pendapat org lain, biarkan lah mereka kenapa sampai nak keluar --> ******* (CG banned perkataan tu tentu pasal perkataan yg buruk)

Namun mari2 kasik hangatkan lagi thread ni. Makin panas makin naik rating.
makin kau org banyak cakap, makin bertambah undi. chaiyuk chaiyuk

nah keputusan Poll terkini, undi naik lagi.

Setuju = 26 (24.30%)
Tidak Setuju = 82 (75.70%)


namun tahniah lagi sekali utk YB Zul Nordin, Ramai disini yg menyokong anda serta perjuangan anda. Jgn biarkan pencacai buat hal kat malaysia nih.

Lepas ni kene bukak club Cintakan Agama, Bangsa dan Negaraku
 
sifat2 Allah ini adalah benar, tapi namun persoalannya.. kenapa kita harus menyokong Kristian dan tidak menyokong agama sendiri?

Adakah menyokong kalimah Allah, mereka akan mengaku Allah itu yg satu? dan bukan Triniti?

Kristian menggunakan kalimah Allah pun, adakah itu jalan mereka ke Syurga?

Dan adakah org yg membangkang kristian ini berdosa?

Alhamdulillah, inilah yang dikatakan soalan. Saya akan menjawabnya.

Sebenarnya, didalam Islam aspek terpenting adalah memantapkan akidah umat Islam itu sendiri. Mengetahui dan memahami Sifat 20 dan mengetahui Asma-Ul-Husna adalah jalan yang paling penting untuk kita mengenai kebenaran agama Islam.

Saya juga mengetahui, yang kristian di Malaysia sedang menggerak usaha untuk mengaburi mata penganut Islam. Langkah pertama mereka adalah menggunakan kalimah Allah.

Kenapa? Mereka tahu yang penganut Islam di sini menggangap Allah itu adalah nama tuhan. Dan jarum mereka mengena apabila Herald Times memperolehi kemenangan dalam penggunaan perkataan Allah, jadi maksud mereka tercapai.

Saya, Ahmades apabila melihat perkara tersebut telahpun berpakat dengan beberapa orang rakan saya untuk mula menggerakan dakwah mengenai perkataan Allah. Pendekatan yang saya gunakan adalah "memberitahu umat yang perkataan Allah itu adalah satu perkataan yang membawa maksud tuhan, manakala Asma-Ul-Husna adalah nama-nama Tuhan didalam Islam".

Dan untuk menyadurkan penyebaran pemahaman ini, maka kami mula menggerakkan usaha untuk mempastikan yang setiap umat memahami Sifat 20 Tuhan. Disini, saya mula menerangkan tentang maksud perkataan Allah adalah membawa maksud tuhan.

Kemudian, saya mula menerangkan yang nama tuhan yang sebenarnya terkandung dalam Asma-Ul-Husna.

Kemudian, bila ada forumer yang berorientasikan UMNO cuba mengalih pandangan, maka saya hujahkan pula mengenai Sifat 20 Tuhan.

Kristian mengatakan yang Allah (Tuhan) ada anak. Saya ingin bertanya, kalau Allah (Tuhan) ada anak adakah boleh diklasifikasikan Allah (Tuhan) itu memebuhi sifat 20 Tuhan? Maka terbatallah sifat tuhan tersebut.

Dalam erti kata lain, mereka (yakni kristian) rasa tuhan itu lemah dan tidak bermaya, sehingga perlukan anak.

Sebab itu, bila mereka menggunakan perkataan Allah, maka ini sepatutnya boleh menambahkan lagi kepercayaan dan keimanan kita terhadap Allah Yang Maha Esa, menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan mengukuhkan lagi pandangan kita mengenai Islam.

Keran kita tahu yang mustahil bagi Allah mempunyai anak. Dan tertolaklah hujah kristian berkenaan dan kita boleh katakan yang kristian ini ajaran terpesong dan sesat.

Dan bila mereka menggunakan Allah, mereka juga secara otomatik akan mengakui yang Islam ini benar, apa yang dibawa oleh Islam ini benar. Mereka mengakui yang Tuhan itu ada, tuhan itu Maha Berkuasa. tetapi mempersekutukannya dan Jesus.

MAka dengan itu, kita boleh mempersoalkan balik mereka. Dan secara otomatik perkara tersebut akan melihatkan yang kita berada di agama yang benar yakni Islam.

Sebab itulah, perlunya setiap umat mengetahui Asma-Ul-Husna dan SIfat 20 Tuhan supaya umat Islam boleh mengharungi cabaran yang bakal dibawa oleh golongan kafirun dan munafikun.

Inilah yang saya sedang jelaskan didalam forum ini.
 
bicara soal tuhan pun tak payah la sampai berbalah. Kalau satu org tu tak bule terima pendapat org lain, biarkan lah mereka kenapa sampai nak keluar --> ******* (CG banned perkataan tu tentu pasal perkataan yg buruk)

Namun mari2 kasik hangatkan lagi thread ni. Makin panas makin naik rating.
makin kau org banyak cakap, makin bertambah undi. chaiyuk chaiyuk

nah keputusan Poll terkini, undi naik lagi.

Setuju = 26 (24.30%)
Tidak Setuju = 82 (75.70%)


namun tahniah lagi sekali utk YB Zul Nordin, Ramai disini yg menyokong anda serta perjuangan anda. Jgn biarkan pencacai buat hal kat malaysia nih.

Lepas ni kene bukak club Cintakan Agama, Bangsa dan Negaraku

Aku marah pasal ko tak baca, sebab tu lah aku marah :)

Kalau ko baca takpa, penat aku tulis dan penat aku cari fakta tu beb. At Least membacalah dulu sebelum nak komen ke, apa ke..:D
 
tralalalalalalalalalalalala... boring boring
 
Last edited:
Aku marah pasal ko tak baca, sebab tu lah aku marah :)

Kalau ko baca takpa, penat aku tulis dan penat aku cari fakta tu beb. At Least membacalah dulu sebelum nak komen ke, apa ke..:D

Aku marah pasal ko tak baca, sebab tu lah aku marah :)

Kalau ko baca takpa, penat aku tulis dan penat aku cari fakta tu beb. At Least membacalah dulu sebelum nak komen ke, apa ke..:D

kau jgn la tuduh sebarangan. org dah baca dah. tapi ape yg kau tulis tu semua taktik mengelak soalan. Dah berapa org tulis tak paham dengan ape kau jawab. So kalau ayat kau pusing2 org lain tak paham kau marah la diri sendiri jgn marahkan org lain

Aku mmg dah baca so kau nak cakap ape? jgn la suka2 tuduh2 org.
Kau upset sungguh ke?

kau ingat kau sorang je cari fakta?
kau baca sini.. dalam alquran

Bismillahi Arrahman Arrahim
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyyang

Alhamdulillahi Robil Alamin
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam

sila padankan Ayat Al-Quran dan terjemahan mengikut kaler.
Itulah Nama Allah dan itulah Rob dalam bahasa Arab.

(kalau megikut fahaman kau, Allah = Rob = Tuhan, maka terjemahan dia jadi mcm ni
Segala puji bagi Tuhan Tuhan sekelian alam???) ader paham

Allah ialah nama dan Rob ialah tuhan
Alhamdulillahirobbil Alamin

Segala Puji2 bagi ALLAH tuhan semesta alam

kalau anda tak bule terima pendapat org lain jgn la nak berbalah tunjuk terer pulak. Saya sungguh kesal dengan perangai anda yg suke mentertawakan forumer yg lain (lihat saje emoticon gelak baring2 tu.. takde former lain yg pakai kecuali anda seorang). Anda boleh kemuka pendapat tapi jgn la sampai memaksa org mempercayai.

Kalau anda tak puas hati elok lah anda berhenti berbalah disini. Biarlah kita2 sama berdoa agar kita semua diberi petunjuk untuk mengetahui ape yg benar. Semoga kit tidak mentertawa dan berbalah sesama manusia. Saya tak mahu menyimpan dosa dengan sesiapa.

Saya tetap menyokong Zul juangkan isu ini. Dan adalah hak peribadi untuk saya pertahankan Islam dan bukan kristian.

“Dan mereka (Kristian & Yahudi) berkata Tuhan Yang Maha Pemurah Mempunyai anak. Sesungguhnya mereka telah mendatangkan sesuatu yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung ganang runtuh, kerana mereka mendakwa ALLAH Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak”. (Surah Maryam:88-92)

Rasulullah saw pernah bersabda, “bersegeralah kamu pada melakukan ‘amalan soleh, kerana akan suatu masa nanti kamu akan didatangi suatu fitnah keimanan, fitnah yang datang saperti kepingan malam, kamu ntidak akan nampak kedatangannya”.

Apakah fitnah itu ya Rasulullah, tanya para sahabat. “Kamu Islam waktu pagi, kamu kafir waktu petang, kamu Islam waktu petang, kamu kafir waktu pagi!”.

Inilah fitnah yang sedang melanda umat Islam hari ini. Didalam masjid, kerana dia berjanggut serban, kerana dia selalu bertakbir kuat, maka dia manjadi imam. Lalu dibacanya surah Al Ikhlas, “Katakanlah ALLAH itu Satu, kepadaNya bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dengan sesiapa pun”.


Minta maaf lah sedara, adakah saya tersilap atau saudara yg tersilap?
mungkin kesilapan ini yg membezakan pendapat kita. Namun..

sebelum anda mengatakan org lain tidak membaca penulisan anda.. ada baiknya anda baca penulisan org lain dulu. kerana paku dulang paku serpih mengata org dia yg lebih.

saya tetap berpegang teguh dengan pendapat saya kerana

Surah Al-Kafirun
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
an kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku


sedangkan nabi ampunkan umat.. apesal la kau nak marah2?

mungkin lepas ni aku nak delete je forum ni untuk mengelak org berbalah, marah2 dan sakit hati(cuma aku tatau camner nak delete je).

semoga tuhan membinbing kau aku dan kita semua.
diakhiri dengan assalamualaikum Peace upon you man.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register