BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ziarah Seni MADANI FINAS Santuni Pelakon Veteran Sabah Ejin Dinting

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
69c490863ff0745730d49214f15ecd7069196b6d625c4

0d8eaaf9d5b6ee61ea52a8c9586606b069196b8852f40

Kredit FINAS

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyantuni pelakon veteran tempatan Sabah Ejin Dinting dalam Program Ziarah Seni MADANI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di kediaman artis itu di Manggatal, dekat sini.

Ejin, 77, pernah bergiat aktif di pentas lakonan menerusi 11 naskhah drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antaranya Angan Si Nonong, Cinta Yang Tertinggal, Jimmy Sompoton, Kulaut, Pangazou, Bukan Unduk Ngadau dan Demi Si Aki.

Selain itu, Ejin turut menampilkan bakat lakonannya dalam sebuah filem berbahasa Dusun, ‘Sinakagon’ arahan Timothy Stephen.

Dalam kunjungan itu, Teo menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan asas kepada pelakon veteran berkenaan.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Sinergi Industri FINAS Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin dan Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah Chester Pang.

Teo dalam kenyataan selepas kunjungan itu berkata sebanyak 224 penggiat industri telah menerima bantuan daripada inisiatif Ziarah Seni MADANI FINAS setakat ini, dengan enam daripadanya di Sabah.

Beliau berkata FINAS telah menghulurkan bantuan kepada 167 penggiat seni setakat semalam, sekali gus melepasi sasaran tahunannya.

Teo berkata penggiat seni tempatan yang memerlukan bantuan Ziarah Seni MADANI FINAS boleh menghubungi Unit Sinergi Industri dan Jawatankuasa Kebajikan FINAS.

 
Back
Top
Log in Register