BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

183 Penggiat Industri Filem Terima RM144,900 Melalui Ziarah MADANI@Finas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3ad2f5dc07d424c5e56820302fb7177869afef0601e8a

40dc0852a98c6139d2a5665829b63e7069afef1c60196

KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (kiri) bertemu pelakon Amyza Aznan pada program Ziarah Seni MADANI FINAS di Kota Media, Angkasapuri hari ini.

Pada pertemuan itu, Amyza sebak kerana masih bersedih selepas kehilangan anak sulungnya Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada 23 Feb lalu, manakala anak keduanya Adrian Adam menghidap kanser tulang.

Teo turut menyampaikam sumbangan peribadi kepada Amyza.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seramai 183 penggiat industri perfileman telah menerima manfaat berjumlah RM144,900 menerusi  program Ziarah MADANI@Finas yang dilaksanakan sejak 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif kebajikan yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bertujuan membantu pelakon dan seniman industri kreatif yang memerlukan sokongan, khususnya dari segi kebajikan dan kesejahteraan hidup.

Beliau berkata pada tahun pertama pelaksanaannya, lapan penerima menerima sumbangan berjumlah RM10,900, sebelum meningkat kepada 49 penerima dengan RM47,000 pada 2024, manakala pada tahun lepas, seramai 123 penerima menerima bantuan berjumlah RM82,000.

“Setakat 10 Mac tahun ini, tiga penerima telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000. Sasaran FINAS pada 2026 adalah untuk menyampaikan sumbangan ini kepada sekurang-kurangnya 100 orang pelakon ataupun seniman.

“Bagi mereka yang memerlukan sebarang bantuan, bolehlah menghubungi FINAS. Kami di Kementerian Komunikasi dan FINAS akan melakukan yang terbaik untuk membantu penggiat industri kreatif ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ziarah Seni MADANI@FINAS di Kota Media, Angkasapuri di sini, hari ini.

Terdahulu, Teo turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pelakon Amyza Aznan yang kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail, 20, akibat kanser paru-paru tahap tiga pada 23 Feb lalu, selepas setahun bertarung dengan penyakit itu.

Amyza, 50, turut berdepan ujian berikutnya apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Teo berharap pertemuan dan sumbangannya dapat memberikan kekuatan serta semangat kepada Amyza, yang pernah membintangi filem seperti  Reversi, Mat Bond Malaya dan drama komedi Midah Kuih Bangkit.

“Beliau kini melalui satu tempoh yang amat menguji, sebagai seorang ibu, saya memahaminya. Kita berharap masa depan mereka, terutamanya dari segi kesihatan dan emosi dijaga dengan baik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register