BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

216 Penggiat Seni Terima Manfaat Program Ziarah Seni MADANI@FINAS Sejak 2023 - Teo

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

216 Penggiat Seni Terima Manfaat Program Ziarah Seni MADANI@FINAS Sejak 2023 - Teo​

a0acc5ed88504f71fea75c3969e4d75c6a2b9d6cd37b4


Sebanyak 216 penggiat industri kreatif tempatan menerima manfaat menerusi Program Ziarah Seni MADANI, yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak 2023 hingga 10 Jun lepas, melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM164,256.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata jumlah penerima menunjukkan peningkatan ketara daripada lapan orang pada 2023, dan jumlah sumbangan sebanyak RM10,900 kepada 49 penerima pada tahun berikutnya dengan dana agihan RM47,000.

“Bagi tahun 2025, jumlah penerima mencatat angka tertinggi, iaitu sebanyak 123 penggiat seni dengan sumbangan mencecah RM82,000.

“Bagi tahun ini setakat 10 Jun pula, sebanyak 36 penggiat industri menerima bantuan membabitkan peruntukan RM24,356,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pelakon, pelawak dan pengacara veteran Mohammad Salih Yaacob di kediamannya di Desa Pandan, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac, Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri dan Data Industri FINAS Rozaidi Abdul Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Erwin Khairul Ahmad.

Teo berkata Kementerian Komunikasi dan FINAS sentiasa terbuka untuk membantu mana-mana penggiat seni yang memerlukan sokongan atau bantuan kebajikan.

“Kami memang akan mengalu-alukan mereka untuk berhubung dengan FINAS. Kami akan berusaha yang terbaik untuk membantu mereka dan juga memberikan semangat kepada mereka,” katanya.

Program Ziarah Seni MADANI@FINAS ialah inisiatif berterusan kerajaan dalam menyantuni, menjaga kebajikan serta menghargai sumbangan para penggiat seni dan veteran industri kreatif tempatan yang berdepan kekangan kesihatan mahupun faktor usia.

Sementara itu, Mohammad Salih atau lebih dikenali sebagai Salih Yaacob, 65, menzahirkan penghargaan kepada FINAS atas keprihatinan yang ditunjukkan menerusi kunjungan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register