Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,877
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,877
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac ketika pemantauan di lokasi penggambaran bagi penerima Dana Kandungan Kreatif di bawah kategori Dana Supertelefilem Bintang Artis Veteran atau STAR di Institut Latihan Memandu Telatin Mewah Sdn Bhd.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Inisiatif Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dilihat mampu memperkasakan penglibatan penggiat seni veteran dalam industri kreatif tempatan.
Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac berkata golongan berkenaan sebelum ini berdepan kekangan mendapatkan tawaran berikutan kebimbangan terhadap faktor rating dalam pasaran semasa.
“Pasaran industri sekarang banyak bergantung kepada media sosial seperti pempengaruh manakala pelakon baharu pula datang daripada kategori berbeza berbanding dahulu. Platform sedia ada mungkin lebih cenderung mengambil pelakon baharu kerana menganggap golongan veteran tidak mempunyai rating.
“Sebaliknya, kerajaan dan FINAS berpandangan golongan veteran termasuk pelakon, penerbit, pengarah dan kru, masih mempunyai nilai serta kepakaran yang boleh dimanfaatkan dalam industri,” katanya kepada pemberita selepas meninjau penggambaran supertelefilem “Makcik Lesen P”, terbitan All Media Creation Sdn Bhd yang merupakan antara projek di bawah Dana STAR di sini hari ini.
Beliau berkata isu rating tidak seharusnya menjadi halangan memandangkan projek itu dibiayai oleh kerajaan.
“Kita ambil risiko ini bagi memberi peluang kepada kandungan sebegini diketengahkan, sekali gus menilai potensi penerimaan penonton terhadap karya yang menampilkan pelakon veteran, selain membuka ruang kepada pasaran baharu dalam industri kandungan tempatan,” katanya.
Dana STAR menyediakan pembiayaan sehingga RM200,000 bagi setiap projek dengan syarat sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga kerja terdiri daripada artis dan kru berusia 55 tahun ke atas.
Menurut Hans, dana berkenaan yang bermula sebagai projek perintis dengan peruntukan RM1 juta telah ditingkatkan kepada RM2 juta, melibatkan 10 produksi bagi fasa awal yang dijadualkan ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sementara itu, pelakon veteran Datin Fadilah Mansor, 67, menyifatkan peluang terlibat dalam projek berkenaan sebagai amat bermakna kerana golongan sepertinya masih diberi ruang untuk terus berkarya.
Dana STAR Perkasa Penglibatan Artis Veteran - FINAS
FINAS, Hans Isaac, dana, supertelefilem, artis, ve