Kes da settle bro..
Hari tu lepas aku pergi Maybank pegawai tu kata duit telah
dikeluarkan menggunakan MEPS kat cawangan ATM lain..dia
nasihatkan aku sebelum report polis siasat dulu ahli rumah..sbb
dia kata banyak dah kes hilang duit rupa-rupanya salah sorang
dari family yg curi atau kawan2..selepas mendengar nasihat
pegawai Maybank tu aku pun siasat la sendiri aku suspek adik
bongsu aku yg form 4 baru balik dari asrama dpt cuti seminggu
pasal kes jerebu..sbb duit aku hilang time dia balik..aku jenis
dompet letak jer atas meja..rupa-rupanya mmg betul dia yg curi
lepas aku gertak nak report polis nnti polis dpt cek dekat
CCTV..tgk adik aku tu mcm orang kerisauan hari tu pun dia tak
makan kata tak lalu makan..aku pun dpt agak da mcm dia yg curi
duit aku..last2 sebelum dia balik MRSM hari ni dia ngaku jugak
mungkin da serba salah sangat kot+takut kena report polis..da aku
pun da maafkan dia dan aku nasihatkan dia supaya jgn buat
lagi..sedih pulak aku tgk adik aku ni nangis teresak-esak tadi
sebelum balik Asrama dia..adik aku ni jenis pendiam n baik tapi
tak sangka la pulak ambik duit aku ta bagi tau..Sebagai seorang
abng yg sulong aku nasihat kan dia dan rasanya dia da insaf da
tu..